Rabu, 29 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kesepuluh Jilid Pertama
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kesembilan Jilid Pertama
Selasa, 28 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kelapan Jilid Pertama
Maktub Kelapan
Pada menerangkan Ahwalnya yang berkaitan dengan Baqa' dan Sahwu. Hadhrat Mujaddid قدس اللہ سرہ menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang mulia.
Permohonan dari hamba yang hina, Ahmad. Sesungguhnya tatkala daku dibawa kepada Sahwu dan dimuliakan dengan Baqa', daku dapati telah terzahir ilmu-ilmu pengetahuan yang jarang-jarang, Ma'arif yang tidak pernah diketahui orang dan dilimpahkan kepadaku kesemua itu secara berturut-turut dan berterusan. Kebanyakan daripada ilmu pengetahuan dan Ma'arif itu tidak sepakat dengan penerangan kebanyakan kaum sufi dan tidak juga sepakat dengan istilah yang biasa mereka gunakan.
Semua apa yang telah mereka jelaskan dan katakan tentang masalah Wahdatul Wujud, pada permulaannya daku telah mengalami Ahwal itu, tidak berapa lama daku mengalami Ahwal Shuhud Wahdat Fi Katsrah. Kemudian daku taraqqi naik daripada Maqam tersebut kepada Maqam yang ada di atasnya dengan darjat tingkatan yang tinggi dengan 'Inayat bantuan daripada Al Malikul 'Alam dan Dia telah melimpahkan padaku pada Maqam itu berbagai jenis ilmu pengetahuan. Tetapi tidak didapati Mishdaq [dalil bukti, dan Shahid kesaksian tentang kebenaran] Maqamat ini. Sedangkan Ma'arif dan Maqalat yang daku tuliskan kepada Tuan Syaikh memiliki Mishdaq.
Sesetengah Akabir memberi isyarat dan rumuz petunjuk secara ijmali melalui kalam mereka tentang Wahdatul Wujud, akan tetapi untuk mengesahkannya perlulah kepada Shahid yang adil, sepakat dengan Syariat yang Zahir dan Ijma' Ulama Ahli Sunnah, di mana ianya tidak bersalahan dengan Syariat Zahir yang telah ditetapkan dan juga tidak sama seperti mana perkataan-perkataan Ahli Falasifah dan Usul pendapat mereka. Bahkan tidak juga boleh sama dengan Usul kelompok Ulama islam yang bukan dari kalangan Ahli Sunnah.
Dan sungguh telah tersingkap bahawa kemampuan ada bersama dengan Fi'il perbuatan, dan bahawa tidak ada Qudrat sebelum adanya Fi'il perbuatan. Bahkan terhasil Qudrat itu beriringan dengan Fi'il.
Dan tugas yang diberikan untuk menjaga asbab dan anggota-anggota tubuh, seperti yang telah ulama Ahli Sunnah putuskan. Apa yang telah daku dapati adalah, Maqam ini berada di telapak kaki Khwajah Bahauddin An Naqshbandi قدس سره dan dia berada pada Maqam ini, Hadhrat Khwajah 'Alauddin Attar juga memiliki nasib untuk duduk pada Maqam ini dan begitu juga sebahagian daripada Akabir pembesar-pembesar dalam Silsilah Aliyyah ini seperti Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq Al Ghajdawani قدس الله سره الأقداس dan sebahagian daripada Para Masyaikh terdahulu juga sama seperti Syaikh Ma'ruf Al Karkhi, Syaikh Daud At Tho'i, Syaikh Hasan Al Basri, dan Syaikh Habib Al 'Ajami قدس الله أسرارهم المقدسة.
Hasil daripada Ahwal Wahdatul Wujud, semua benda adalah Kamal kesempurnaan yang terlalu tinggi dan satu-satunya Kesempurnaan. Dan sungguh mereka telah meninggalkan urusan ini dengan begitu cepat, sedangkan Hujub hijab-hijab yang menutup itu tidak kekal kerana boleh diangkat hijab-hijab itu dengan berbagai cara dan kesungguhan yang kuat. Jadi sekarang, urusan yang besar [Wahdatul Wujud] inilah hijab untuknya.
“Tidak ada tabib buat mereka itu, dan tidak juga ada penyembuh”
Seolah-olah mereka yang mengalami Ahwal itu telah menamakan Kesempurnaan yang tunggal dan tiada yang layak untuk bersamanya itu pada segala yang bersambung dan yang terpisah. Mustahil, ini semua tidak mungkin !! Bait ini sesuai untuk Ahwal ini.
“Berhati-hatilah wahai temanku, terhadap orang yang mendakwa telah sampai, ke tempat lubuk ikan-ikan yang berbahaya.”
Dimana Shuhud, siapakah Shahid dan apakah yang Masyhud disaksikan.
Apabila dilihat kepada makhluk maka dapat dilihat Nur Jamal-Nya.
Tiadalah bagi debu tanah ini Nur, tapi Nur itu pada Tuhan bagi segala tuhan-tuhan yang diciptakan manusia. !
Sepatutnya seseorang hamba hendaklah mengetahui bahawa dirinya itu ialah makhuk yang tidak berkuasa, begitu juga hendaklah dia beriktiqad sekalian 'alam ini juga makhluk. Hendaklah dia akur bahawa Al Khaliq dan Al Qadir itu adalah Al Haq عز وجل. Selain daripada ini, jangan tsabitkan Nisbat perkaitan sekali-kali. Mana satu 'Ain dan mana satu cermin?.
“Dimanakah cermin-cermin itu berada ketika adanya gambaran?.”
Ulama zahir daripada Ahli Sunnah Wal Jama'ah, walaupun mereka lemah dalam sesetengah 'amal-amal. Tetapi zahir pada Nazhar mereka bahawa Jamal keindahan pada Aqaid aqidah-aqidah mereka itu terdapat Nuranniyat cahaya, apa yang membuat cahaya itu pudar adalah kecuaian mereka sendiri.
Cahaya itu tidak didapati pada sesetengah Mutasawwif orang yang berpura-pura sufi. Kerana ketiadaan Kamal sempurna pada Aqaid mereka terhadap Zat dan Sifat walaupun mereka melakukan Riyadhat dan Mujahadah.
Sungguh telah terhasillah padaku Mahabbat yang tinggi pada diri Ulama dan penuntut-penuntut, disebabkan mereka diriku menjadi baik dan daku bercita-cita untuk menjadi sebahagian dalam kelompok mereka. Daku pun bermuzakarah bersama pelajar-pelajar tentang “التوضيح والتلويح”daripada kitab Muqaddimat Al Arba' dan juga kami semua bersama-sama membahas dan membaca kitab Fiqh “الهداية”.
Daku juga duduk bersama ulama pada membincangkan tentang Ihathah dan Ma'iyyat dua alam.
Disebabkan itulah daku telah ketahui bahawa Al Haq سبحانه وتعالى bukanlah 'Ain bagi 'alam ini. Tidak juga Muttashil bersambung dan tidak juga Munfashil terpisah daripadanya, tidak juga berserta 'alam, tidak juga bercerai daripadanya, tidak Muhith meliputi, tidak juga bercampuk aduk dengannya. Ketahuilah bahawa segala zat-zat dan sifat-sifat kesemuanya itu makhluk Allah تعالى, tidak juga sifat-sifat makhluk itu adalah Sifat-Sifat bagi Allah تعالى, dan af'alnya makhluk ini bukanlah Af'al Allah سبحانه. Bahkan daku telah ketahui bahawa yang memberi kesan pada segala af'al adalah Qudratnya تعالى, qudrat makhluk itu tidak dapat memberi kesan sepertimana yang ada dalam Mazhab Ulama Mutakallimin.
Seperti itu juga, daku telah ketahui bahawa Sifat-Sifat yang tujuh[Ma'ani] itu maujud ada dan daku telah tahu juga bahawa Al Haq سبحانه itu Muridun hal keadaan Dia yang berkehendak. Daku telah mentashwirkan Qudrat Allah itu dengan makna Dia mampu membuat sesuatu dan boleh meninggalkan membuat sesuatu dengan yakin pasti, bukan dengan makna jika Dia Mahu dia buat, dan jika Dia Tidak Mahu dia tidak buat. Daku tidak katakan bahawa Syarat yang kedua itu tidak boleh diterima, sepertimana Para Hukama telah mengatakan tentangnya yakni Falasifah yang bodoh dan sebahagian Sufiyyah, kerana pendapat ini membawa kepada Ijab (lawan sifat Salbiah) dan menyetujui usul Hukama' tadi. Daku beriktiqad tentang masalah Qadha dan Qadar sebagaimana pendapat ulama. Kerana sesungguhnya Al Malik boleh melakukan apa saja yang dia mahu dalam Mulki kerajaan-Nya. Daku tidak melihat masuknya perbicaraan Qabiliyyat dan Isti'dad pada mulanya. Kerana itu juga membawa kepada Ijab (lawan sifat Salbiah). Dan Allah سبحانه boleh memilih tentang apa yang hendak dia lakukan. Qiyaskanlah seumpama ini.
Apabila daku menulis tentang himpunan Ahwal Dharuriyyat yang penting ini, daku tidak sedar telah berlebihan dalam menuliskannya.
“Seseorang itu tidak tahu bahawa masa telah pergi meninggalkannya.”
*Telah siap diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada 20 Zulqa'dah 1445 bertepatan 28 May 2024 Masihi pukul 09:19 malam di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Ahad, 26 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Ketujuh Jilid Pertama
Sabtu, 25 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Keenam Jilid Pertama
Maktub [Surat] Yang Keenam
Pada menjelaskan tentang penghasilan Jazbah dan Suluk, pentarbiyyahan melalui dua sifat iaitu sifat Jalal dan Jamal, menjelaskan juga tentang Fana' dan Baqa' dan tentang ketinggian Nisbat Naqshbandiyyah. Dia [Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi An Naqshband] menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang Mulia.
Permohonan dari hamba yang hina iaitu Ahmad, sesungguhnya Mursyid جل سلطانه telah menjadikan daku mulia dalam segala hal, dengan keberkatan Tawajjuh yang tinggi darinya serta pentarbiyyahannya melalui dua Tariqat iaitu Jazbah dan Suluk. Juga mengasuh daku dengan dua sifat iaitu Jalal dan Jamal. Kini difahami adalah Jalal itu 'Ain bagi Jamal dan Jamal pula adalah 'Ain bagi Jalal.
Sesungguhnya Para Masyaikh telah menghuraikan 'Ibarat ini dalam sebahagian Hasyiah "Risalah Al Qudsiyyah" tentang Mafhumnya yang jelas nyata dan mereka telah meletakkan catatan ke dalam Hasyiah itu secara Mafhum dan Mauhum kiasan.
Sedangkan Ibarat yang difahami pada zahirnya, tidak memerlukan Tahrif dan Ta'wil. Bukti daku ditarbiyyah melalui kedua sifat Jalal dan Jamal ini ialah dengan memiliki Mahabbat Zatiyyah. Dan adalah tidak mungkin seseorang boleh mencapai Mahabbat Zatiyyah tanpa tarbiyyat dari Jalal dan Jamal.
Mahabbat Zatiyyah adalah 'Alamat tanda telah berlakunya Fana' dan Fana' pula ialah 'Ibarat terlupanya seseorang itu selain daripada Allah تعالى.
Maka bilamana dia telah Fana', ilmu pengetahuan akan berterusan keluar daripada dasar hatinya secara keseluruhan sehingga menjadi Jahil Mutlak tentang Ketuhanan. Adalah tidak benar berlaku Fana' tanpa Jahil Mutlak. Fana' tidak memiliki nasib peluang untuk mencapai Mahabbat Zatiyyah. Jahil Mutlak tentang ketuhanan ini akan kekal, tidak mungkin akan hilang. Tidak juga, kadang-kadang Jahil Mutlak dan pada masa yang lain tiada.
Ringkasnya : Sebelum Baqa' adalah Jahalat Mahdah, setelah Baqa' maka terhimpunlah Jahalat dan Ilmu bersamaan. Maka pada 'Ain Jahalat adanya Syu'ur dan pada 'Ain Hairat adanya Hudur.
Pada kedudukan inilah terhasilnya Haqqul Yaqin, Haqqul Yaqin itu adalah apabila Ilmu Yaqin dan 'Ain Yaqin itu masing-masing tidak memiliki hijab dinding antara satu dengan yang lain.
Ilmu yang terhasil sebelum ini adalah Jahalat yang keluar daripada ruang i'tibar [tidak diambil kira]. Walaupun waktu itu dia memperoleh Ilmu, maka ianya adalah Ilmu dalam dirinya sendiri. Jika dia mengalami Syuhud maka dia Syuhud pada dirinya sendiri, dan jika dia mendapat Ma'rifat atau Hairat maka itu pun Makrifat dan Hairat pada dirinya sendiri.
Selama dia masih memandang pada luaran, maka itu tidak akan memberikan hasil Fana' padanya, walaupun pada ketika Nazhar itu dia melihat kesatuan, yakni secara keseluruhan semua adalah satu. Bahkan apa yang patut dia lakukan adalah dengan memutuskan pandangannya pada luaran secara total.
Khwajah Naqshbandi قدس سره telah berkata : "setiap kali Ahlillah memandang sesuatu setelah Fana' dan Baqa' mereka mendapati suatu itu juga ada dalam diri mereka, setiap kali mereka mengenal sesuatu, mereka semakin kenal suatu itu juga ada pada diri mereka dan Hairat kehairanan mereka adalah pada kewujudan diri mereka sendiri saja.
Dapat difahami secara jelas bahawa Syuhud, Ma'rifat, Hairat berada dalam Nafs diri, maka cukuplah penjelasan ini. Tiada suatu pun daripada Kharij luaran ini termasuk dalamnya [Syuhud, Ma'rifat dan Hairat]. Bila mana seseorang mendapati Syuhud, Ma'rifat dan Hairat pada luaran, maka dia tidak memiliki keberuntungan dan nasib peluang untuk mengalami Ahwal Fana'. Jika sebahagian daripada Syuhud, Ma'rifat dan Hairat itu berada pada Kharij luaran Nafs, maka di manakah Baqa' berada setelah itu?.
Penghujung sekalian martabat tingkatan dalam Fana' dan Baqa' adalah Mahabbat Zatiyyah. Ini adalah Fana' Mutlaq, dan Mutlaqnya Fana' adalah lebih luas menyeluruh daripada Baqa' dan selain daripada Baqa'. Baqa' mengikut Miqdar timbangan Fana', kerana inilah ada sebahagian Ahlillah Syuhud pada Kharij luaran setelah sahnya terhasil Mahabbat Zatiyyah melalui perantaraan Fana' dan Baqa'. Akan tetapi Nisbat mereka yang Mulia yakni Nisbat Para Naqshbandiyyin itu melangkaui sekalian Nisbat yang lain.
Syair :
“Tidak semua angin bertiup dari Hijaz, Dan tidak pula semua besi ditempa dari Yaman”
Disebabkan itu, seorang atau dua orang Akabir dalam Silsilah ini telah pun menjadi mulia sepanjang zaman melalui Nisbat ini, bagaimana mereka hendak menceritakan tentang Silsilah yang lain. Dalam Nisbat ini adanya Khwajah Abdul Khaliq Al Ghajdawani قدس سره dan beberapa Syaikh daripada Masyaikh telah pun melengkapkan dan menyempurnakan Nisbat ini. Orang yang daku maksudkan ialah Hadhrat Khwajah Baha'uddin yang ma'ruf dikenal sebagai Naqshbandi قدس سره, menjadi mulia lah Daulat ini disebabkan Khulafa'nya iaitu Khwajah Ala'uddin Al Attar قدس سره.
“Kebahagiaan itu akan menjadi milik orang yang memiliki nasib”
Apa yang menakjubkan disebabkan Nisbat ini, setiap kali datangnya bala' musibah setelah daku berada dalam keadaan gembira dan senang hati. Maka daku akan katakan pada ketika itu : "apakah ada tambahan bala' dan musibah lagi?". Tiap kali suatu daripada perhiasan-perhiasan dunia ingin menawan hatiku, hatiku menyukai ujian seperti ini. Memang selama ini daku ingin diuji seperti itu. Tatkala daku Nuzul ke 'Alam Asbab, barulah daku menemukan kelemahan dan ketergantunganku padanya. Pada ketika itu daku mengalami satu kesedihan kerana telah berlaku kerosakan pada hatiku cuma hanya dalam sesaat. Walau demikian telah hilang dengan pantas kerosakan itu dan tiada baki yang tertinggal sedikit pun.
Begitu juga, dahulu apabila daku berdoa pada Allah سبحانه untuk menolak bala' atau musibah, bukan maksudnya daku ingin terangkatnya bala' itu, bahkan tujuan daku berdoa adalah kerana menjunjung perintah Allah yang menyuruh untuk berdoa.
ادعوا
Sekarang maksud daripada doaku adalah untuk terangkatnya musibah-musibah dan bala', lalu ketakutan dan kesedihan kembali semula yang mana keduanya itu telah pun hilang sebelum ini. Tahulah daku sekarang bahawa selama ini semua Ahwal yang diceritakan tadi, itu semua terjadi disebabkan Ahwal Sukr kemabukan.
Adapun pada ketika mengalami Ahwal Sahwu, semua Ahwal yang berlaku pada sisi kebanyakan orang-orang awam yang dikarenakan kelemahan ketergantungan, ketakutan, kesedihan, kekecewaan, kegembiraan semua itu akan berlaku juga pada mereka yang Sahib Sahwu pada permulaan. Jika doanya bukanlah bermaksud untuk terangkatnya bala' tetapi hatinya tetap menyukai jika perkara itu berlaku. Melainkan, Hal keadaan dia itu telah mengalahkan diriku. [Daku tersilap].
Pada mulanya terlintas di fikiranku bahawa para Anbiya عليهم الصلوات والتسليمات itu berdoa, bukanlah maksudnya sebelum mereka hendak berdoa mereka sudah pun menginginkan hasil keinginan. Tatkala daku dimuliakan dengan pengurniaan Nisbat Naqshbandiyyah ini, barulah daku ketahui akan Haqiqat kenyataan perkara jni [doa para Anbiya عليهم الصلوات والتسليمات] adalah jelas. Daku ketahui bahawa doanya para Anbiya عليهم الصلوات والتحيات adalah atas sebab kelemahan, berhajat, takut dan kecewa, bukan semata-mata untuk menuruti perintah Allah تعالى untuk berdoa.
Terkadang daku menuliskan surat laporan ini dengan panjang lebar untuk menyampaikan Ahwal yang sedang berlaku dalam menuruti arahan dari Tuan Syaikh.
*telah siap menterjemahkan Maktubat Imam Rabbani ke dalam bahasa melayu pada 17 Zulqa'dah 1445 Hijriah bersamaan 26 May 2024 Masihi pukul 2:00 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Maktubat Imam Rabbani Surat Kelima Jilid Pertama
Maktub Yang kelima
Pada menyerahkan Khwajah Burhan yang mana dia itu termasuk dalam golongan orang yang Mukhlisin serta menjelaskan beberapa Ahwal keadaannya. Dia [Hadhrat Mujaddid قدس سره] menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang agung.
Surat Permohonan dari Khadim yang tersangat hina :
Daku telah menulis satu Risalah yang menjelaskan tentang Tariqat Khwajagan قدس الله أسرارهم dan daku telah pun menghantarnya ke sisi Tuan yang tinggi, Mudah-mudahan risalah itu akan dipandang oleh Tuan Syaikh dengan Nazhar yang Mubarak. tetapi ia hanya dalam bentuk nota karangan. Daku belum sempat memindahkan risalah itu ke kertas putih [buku] disebabkan ada perkara yang mendesak Khwajah Burhan untuk dia harus pergi secara tergesa-gesa, mungkin dengan sebab pemergiannya itu dia akan menemukan ilmu-ilmu yang lain.
Apabila daku membaca Risalah Silsilah Al Ahrari itu hari demi hari, datang dalam Khatir fikiran untuk menyampaikannya kepada Tuan, supaya Tuan dapat menuliskan suatu daripada sebahagian ilmu-ilmunya, atau Tuan boleh memerintahkan Faqir untuk menuliskan suatu padanya, dan Khatir fikiran untuk menyampaikan perkara ini kepada Tuan menjadi semakin kuat.
Semasa daku memikirkan perkara ini, tiba-tiba ilmu-ilmu pengetahuan tentang nota karangan ini menjadi semakin melimpah lebat; maka daku pun menuliskannya, dan menerangkan sebahagian ilmu-ilmu ke dalam Risalah itu untuk menghimpunkan apa yang telah daku tuliskan di dalam nota ini secara keseluruhan.
Jika Tuan Syaikh ingin menjadikan nota karangan ini sebagai Takmil penyempurnaan Risalah itu, adalah dipersilakan. Sebaliknya, jika Tuan Syaikh ingin menuliskan beberapa ilmu yang sesuai untuknya di dalam risalah itu dan daku menerimanya, maka itu pun daku mempersilakannya.
Terlalu berlebihan dalam memanjangkan penulisan surat ini adalah keluar daripada adab.
Dan laporan mengenai Khwajah Burhan, selama ini dia telah pun bersikap dengan baik dan melakukan perkara yang baik-baik. Dia telah mendapat peluang untuk berada pada Sayr yang ketiga yang bersesuaian dengan Maqam Jazbah, kini disebabkan dia telah menjadi orang penting yang diperintahkan untuk membantu mencari sumber mata pencarian, makanan, dia menjadi kelam kabut dan sedikit terganggu. Maka daku menghantarkan dia kepada pihak Tuan yang mulia, dan apa saja keputusan Tuan untuknya, ianya akan diterima.
*Telah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu oleh 'Abdu Faqir Haqir La Syai' Miskin umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada 17 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 25 May 2024 Masihi pukul 7:31 malam di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Jumaat, 24 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Keempat Jilid Pertama
Maktub keempat
Pada menjelaskan kelebihan bulan Ramadan yang penuh berkat dan menjelaskan Haqiqat Muhammadiyyah عليه وعلى آله الصلاة والسلام والتحية
Hadhrat Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi As Sirhindi An Naqshband menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang agung.
Surat Rayuan daripada Khadim yang tersangat hina :
Telah berlalu masa yang lama dan sampai ke saat ini daku tidak menerima sebarang surat menyurat dan Ahwal permintaan yang mulia untuk daku berkhidmat kepada Hadhrat Syaikh yang tinggi.
Kini kami sedang menanti tibanya bulan Ramadan yang Mubarak, dan kerana bulan ini memiliki kesesuaian yang sempurna dengan Al-Quran Al Majid yang mulia yang menampung bagi seluruh Kamalat Zatiyyah dan Shuyunat yang masuk di dalam Daerah Asal sehinggakan Zhill bayangan Zhilliyat Asal dan Qabiliyyat Ula tidak dapat menyentuhnya.
Disebabkan kesesuaian inilah, telah turunnya wahyu pada bulan ini, firman Allah تعالى :
﴾شَهْرُ رَمَضَانَ الّذِي أُنزِلَ فِيهِ القُرآن﴿
Ayat inilah yang membenarkan pendapat itu, dan kerana kesesuaiannya, bulan ini menghimpunkan semua kebaikan dan keberkatan. Setiap keberkatan dan kebaikan yang sampai kepada setiap orang dalam apa cara sekalipun sepanjang tahun hanyalah setitik dari lautan keberkahan bulan yang Azhimil Qadr kadarnya memiliki keagungan dan keberkatannya tidak memiliki penghabisan. Jam'iyyat yang terhasil pada bulan ini menjadi sebab untuk terhasilnya Jam'iyyat sepanjang tahun. Tafriqat penceraian pada bulan ini menjadi sebab terhasilnya Tafriqat sepanjang tahun. Maka berbahagialah buat mereka yang akan berada pada bulan yang penuh keberkatan ini iaitu mereka yang ridha menantikannya. Dan celakalah buat mereka yang tidak ridha dengannya, kerana dia tertegah daripada mendapat keberkatan dan diharamkan daripada kurniaan dan kebaikan.
Dan juga, adalah disunnahkan mengkhatamkan al-Quran disamping menghasilkan sekalian Kamalat Ashliyyah dan Barakat Zhilliyyat. Maka barangsiapa yang menhimpunkan diantara keduanya adalah diharapkan bahawa dia tidak diharamkan daripada mendapat keberkatannya dan tidak ditegah daripada mendapat segala kebaikannya.
Keberkatan yang terkandung pada hari-hari di bulan ini tidak dapat disamakan dengan keberkatan-keberkatan yang ada pada bulan yang lain, dan kebaikan-kebaikan yang terkandung pada malam-malam bulan ini tidak dapat diqiyas samakan dengan malam-malam pada bulan yang lain. Boleh jadi, rahsia hukum tentang bersegera membuka puasa dan melambatkan bersahur jika dilihatkan adalah untuk mendapatkan kesempurnaan Imtiyaz kecemerlangan dan Qabiliyyat Ula pada dua bahagian siang dan malam yang mana telah kami sebutkan di atas.
Haqiqat Muhammadiyyah keatas Mazharnya الصلاة والسلام والتحية adalah ibarat bagi Qabiliyyat Zat, sedangkan dia bukanlah Qabiliyyat Zat. Mereka menyangka Haqiqat Muhammadiyyah adalah Qabiliyyat Zat, Kerana tersifatnya dia dengan seluruh sifat-sifat Qabiliyyat Zat sepertimana yang difahami oleh sebahagian orang. Bahkan Qabiliyyat Zat عز سلطانه itu pada Iktibar Ilmi dari sudut ilmiah adalah berkaitan dengan Kamalat Zatiyyah dan Shuyunat, dan inilah kesimpulan yang dapat difahami daripada Haqiqat Al-Quran Al Majid.
Dan Qabiliyyat yang memiliki sifat adalah berkesesuaian bagi tempat sifat-sifat dan Barzakh batas diantara Zat dan Sifat adalah Haqaiq sekalian Anbiya عليهم وعلى نبينا الصلوات والتسليمات.
Dan Qabiliyyat yang sedemikian jika berserta dengan memandang sudut iktibarat kita dapati padanya memiliki Haqaiq yang berbilang-bilang. Dan Qabiliyyat yang sebegitulah adalah ia Haqiqat Muhammadiyyah. Walaupun ada padanya Zhill bayang-bayang, tetap dia tidak akan dapat tercampur dengan warna sifat-sifat sedangkan tidak memiliki dinding penghalang diantaranya.
Haqaiq sekalian mereka yang Muhammadi Masharab ialah Qabiliyyat Zat dengan melihat Iktibar Ilmi yang berkaitan pada sebahagian Kamalat.
Dan Qabiliyyat Muhammadiyyah memiliki batas penghadang antara Zat dan antara Qabiliyyat yang berbilang-bilang. Sesungguhnya sebahagian orang telah memahami sebagaimana yang telah disebutkan tentang bahawasanya perantaraan tersebut cuma seluas satu tapak kaki saja pada kedudukan Sifat-Sifat. Dan Nihayat kesudahan 'Uruj yang sedemikian kedudukan itu sehinggalah sampai ke Qabiliyyat, maka tidak mengapa menisbatkannya kepada Nabi ﷺ.
Dan kerana Qabiliyyat yang memiliki sifat tidak dapat terjangkau pada asalnya, maka sebahagian orang membuat keputusan dengan mudah bahawa Haqiqat Muhammadiyyah memiliki dinding penghalang selamanya. Jika tidak maka Haqiqat Muhammadiyyah keatas Mazharnya الصلاة والسلام adalah semata-mata iktibar pada Zat yang memungkinkan tidak perlunya kepada renungan fikiran yang lama, bahkan orang memahaminya bahawa itulah yang realiti.
Dan Qabiliyyat yang memiliki sifat jika ada iktibariyyat juga, tetapi mengambil warna sifat-sifat, maka dia akan mensifatkannya dengan warna sifat itu melalui perantaraan Barzakhiyyat batas penghadang.
Dan sifat-sifat itu wujud pada Kharij luaran dengan sebab kewujudannya pada luaran menjadi sebab adanya pertambahan maka terangkatlah hilanglah Kharij luaran itu daripada Daerah Imkan. Maka tidak mengapa menghukumkan kewujudan dinding penghalang itu sebagai kekal ada.
Permisalan ilmu-ilmu seperti ini yang mana tempat terbitnya ialah Jami'iyyat diantara Asal-Asal dan Zhiliyyat dan Iradat yang menginginkannya terlalu ramai. Kebanyakan dari ilmu-ilmu ini daku menuliskannya pada daun-daun.
Manakala, Maqam Quthbiyyat tempat terbitnya adalah pada dasar kedalaman ilmu-ilmu tentang Maqam Zhiliyyat.
Dan Martabat Fardiyyat adalah perantara untuk datangnya Ma'arif pengenalan pengetahuan tentang Daerah Asal, dan Imtiyaz cemerlang diantara Zhill dan Asal adalah tidak mudah tanpa terhimpunnya dua Daulat ini. Kerana itulah sebahagian Masyaikh tidak berbicara banyak tentang Qabiliyyat Ula, hanya yang biasa dibicarakan adalah Ta'ayyun Awal atas Zat, dan mereka telah menyangka bahawa Syuhud sedemikian Qabiliyyat sebagai Tajalliyat Zatiyyah.
Dan apa yang benar adalah apa yang telah daku tahqiq benarkan, dan Amar urusan ini telah pun daku terangkan.
والله يحق الحق وهو يَهدِى السبيل.
Risalah yang daku telah diperintahkan untuk mengarangnya, belum dapat daku menyiapkannya sekarang, bahkan masih sama seperti sedia kala, daku tidak tahu apakah hikmah Tuhan atas keterlewatannya siap risalah ini. Menulis berlebihan daripada ini untuk Tuan Syaikh hanyalah menyebabkan daku kurang beradab.
*Telah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu oleh Faqir Haqir La Syai' Miskin Fani umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada 16 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 24 May 2024 Masihi pada pukul 11:08 Malam di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ketiga Jilid Pertama
Maktub Ketiga
Pada menjelaskan bahawa terhentinya Para sahabat-sahabat Tariqat [mereka yang bersuhbah dengan Hadhrat Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi As Sirhindi] pada Maqamat tertentu dan menjelaskan tentang apa-apa yang berkaitan dengan perkara tersebut. Hadhrat Mujaddid قدس الله سره الأقداس menuliskan surat laporan ini kepada Syaikhnya yang Agung.
Surat Permintaan :
Sahabat-Sahabat Tariqat yang tinggal di sini dan Sahabat-Sahabat yang berada di sana, setiap satu dari mereka sedang tersekat pada suatu Maqam, padahal untuk mereka keluar daripada Maqam tersebut adalah tersangat sukar. Sedang daku sendiri tidak mendapati diriku memiliki Qudrat untuk melepaskannya. Semoga Allah سبحانه mengurniakan kami Taraqqi peningkatan dengan keberkatan Tawajjuh Tuan Syaikh yang tinggi.
Salah seorang yang rapat denganku telah pun melampaui Maqam tersebut dan kini dia telah pun sampai pada Muqaddimah Tajalliyat Zatiyyah, dan Hal keadaannya sekarang tersangatlah baik, sekarang dia telah pun meletakkan kakinya di atas tapak kaki Faqir ini.
Daku berharap perkara yang sama akan berlaku kepada mereka yang lain juga. Sebahagian daripada Ikhwan Tariqat, mereka tidak Munasib sesuai untuk berjalan pada jalan Tariqat Muqarrabin, akan tetapi dengan melihatkan Hal mereka, adalah mereka itu Muafakat sesuai pada jalan Tariqat Abrar, dan apa yang telah mereka hasilkan daripada Yaqin secara keseluruhannya adalah Ghanimah Harta yang bernilai juga. Sebaiknya kami hendaklah memerintahkan mereka untuk kekal pada Jalan Tariqat itu.
Setiap manusia, masing-masing memiliki Shan keadaan yang khas.
Daku tidak berani memperincikan nama-nama mereka; Kerana Hal keadaan mereka itu tidak tersembunyi daripada Tuan Syaikh dan berlebihan pada menjelaskannya akan menyebabkan daku terkeluar daripada adab yang baik.
Hadhrat Mir Sayyid Syah Husain pada suatu hari telah menyampaikan laporan, ketika dia Mashgul sibuk melakukan latihan kerohanian dia melihat bahawa dirinya seolah-olah telah sampai ke satu gerbang yang besar. Lalu dikatakan kepadanya bahawa ini adalah pintu Hayrat ahwal kebingungan, dan dia pun berkata : “tatkala daku melihat ke dalam, daku telah mendapati ada Hadhrat Syaikh [ Khwajah Baqi Billah] dan engkau [ Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi ] berada bersamanya, dan apabila daku ingin pergi ke tempat itu, kakiku tidak dapat melangkahinya.”
*Siap diterjemahkan oleh Faqir Haqir La Syai' umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada Jumaat 15 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 24 May 2024 Masihi pukul 3:08 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
Rabu, 22 Mei 2024
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kedua Jilid Pertama
Maktub Yang Kedua
Pada membicarakan tentang pencapaian Taraqqiyat peningkatan dan Mubahat pengurniaan dengan 'Inayat bantuan Al Haq جل سلطانه. Dia [Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi Mujaddid Alfi Tsani قدس الله سره] menuliskan laporan ini kepada Syaikhnya yang Mulia قدس سره
Surat Rayuan :
Dari Hamba yang hina iaitu Ahmad, kepada Syaikhnya yang Terhormat
Adalah bahawasanya Hadhrat Maulana Shah Muhammad telah membawa arahan dari Tuan Syaikh untuk daku melakukan istikharah berhubung tentang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Agak mengecewakan, daku belum sempat memiliki masa lapang untuk mendapat penghormatan hadir di hadapan Tuan Syaikh yang mulia sehinggalah bulan Ramadan telah pun tiba. Tapi tidak mengapa, daku akan menghibur diri dengan hadir di hadapan Tuan Syaikh setelah berlalunya bulan Ramadan.
Bagaimana daku mampu membalas jasa melalui 'Inayat kurniaan Al Haq جل وعلا untuk Hadhrat Tuan Syaikh yang Aliyyah tinggi maqamnya, yang mana dengan berkat Tawajjuh dari Tuan Syaikh selama ini telah melimpahkan dan menghujani daku Faidhz dengan limpahan yang lebat dan berterusan?.
Syair :
Daku seperti sebuah tanah lapang padanya terdapat awan
Awan itu menghujaniku dengan airnya dengan lebat sekali
Kalaulah daku memiliki seribu lidah dan memujinya
Tidaklah daku mampu melainkan akan kepenatan saja.
Walaubagaimanapun menzahirkan tentang Ahwal keadaan yang telah daku terima saat ini hanya akan menimbulkan sifat kurang ajar, buruk adab, rasa bangga diri dan merasa megah.
Apabila Tuan Syaikhku telah mengangkatkan maqamku,
Maka daku dapat melepasi bintang-bintang dan anak bulan.
Telah mula terbit pada daku Alam Sahwu ketenangan dan Baqa' kemantapan pada penghujung bulan Rabi'ul Akhir. Dan daku mendapat kurniaan sehingga kini dengan kurniaan Baqa' yang Khas pada setiap masa. Daku merasa dikembalikan kepada Ahwal Sahwu sepertimana pada mulanya berlaku Tajalli Zati yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhyiddin قدس سرہ kemudian daku telah dibawa kepada Ahwal Sukr kemabukan dan terhasillah ilmu-ilmu pengetahuan yang pelik-pelik dan Ma'arif makrifat pengetahuan yang ajaib-ajaib pada waktu 'Uruj dan Nuzul. Daku juga mendapat kurniaan Ahwal Ihsan dan Syuhud yang Khas pada setiap martabat yang berkesesuaian dengan Maqam Baqa' tersebut.
Daku juga telah mendapat kurniaan Ahwal Baqa' dan Ihsan pada hari keenam dalam bulan Ramadan yang tidak mampu daku menjelaskan Ahwalnya. Daku menyangka tidak akan mampu melepasi Nihayat Isti'dad sehabis-habis kesediaan. Sekarang menjadi mudah di sini untuk Wasl Sampai mengikut keadaan yang sesuai. Kini telah pun tamat Jazbah dengan sempurna dan telah berlaku permulaan pada Sayr Fillah perjalanan menuju Allah yang berkesesuaian bagi Maqam Jazbah. Dan bilamana Fana telah menjadi sempurna maka terhasillah Baqa' setelahnya yang lebih sempurna. Bilamana Baqa' menjadi lebih sempurna jadilah Sahwu ketenangan akan jadi lebih lazim. Bilamana Sahwu telah menjadi biasa, maka terhasillah ilmu-ilmu yang muafakat dengan Syariat.
Sesungguhnya Kamal Sahwu ketenangan yang sempurna dan Ma'arif makrifat pengetahuan ada pada diri Para Anbiya عليهم الصلاة والسلام yang mana telah zahir pada diri mereka Syariat-Syariat dan Aqidah-Aqidah yang menjelaskan tentang Zat dan Sifat.
Perbezaan pada zahirnya adalah disebabkan baki-baki Ahwal Sukr kemabukan dan Ma'arif yang dilimpahkan kepada Faqir ini kebanyakannya adalah Tafsil perincian dan Bayan penjelasan tentang Ma'arif Syar'iyyah yang dapat menghasilkan Ilmu Istidlal secara Kashfi, Dharuri, Mujmal dan Mufassal.
Jika daku menuliskan syarahnya secara terperinci hanya akan menjadikan laporan ini panjang, daku takut dan resah jika menuliskannya akan menyebabkan daku terjebak kepada adab yang buruk.
Siap diterjemahkan pada 14 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 23 May 2024 Masihi pada pukul 11:41 pagi
Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Pertama Jilid Pertama
Maktub Pertama :
Pada menjelaskan Ahwal keadaan yang sesuai dengan Isim Az-Zahir dan penzahiran bahagian yang khas dalam tauhid. Menjelaskan juga 'Urujat kenaikan yang berlaku di atas maqam tertentu, tersingkapnya tingkatan syurga dan martabat sebahagian Ahlillah. Hadhrat Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang mulia, Syaikh yang Kamil sempurna lagi Mukammil menyempurnakan, yang dapat menyampaikan kepada darjat wilayat, yang menunjukkan kepada jalan sehabis-habis penghujungan pada langkah permulaan, yang menguatkan agama islam dan yang ridha bahawa agamanya ialah islam, Syaikh dan Imam kami, Syaikh Muhammad Baqi An Naqshbandi Al Ahrari قدس الله سره الاقداس mudah-mudahan Allah mensucikan rahsianya dan menyampaikan kepada apa yang dia inginkan dengan setinggi-tinggi pencapaian.
Surat Rayuan :
Daripada hamba yang hina iaitu Ahmad kepada Tuan Syaikh puncak segala kehormatan, ingin merayu untuk menyampaikan laporan ahwalnya yang beragam sebagai menurut arahan dari Syaikhnya yang mulia.
sungguh hamba telah menerima satu kurniaan pada pertengahan jalan [suluk tariqat Naqshband], iaitu [kurniaan ahwal] Tajalli Isim Az-Zahir yang sangat jelas lagi terang. Sehingga Dia telah menzahirkan DiriNya kepadaku dengan Tajalli yang Khas pada segala benda satu persatu secara berasingan, terutamanya pada pakaian wanita, bahkan sehingga setiap juzuk bahagian-bahagian pakaian mereka itu juga telah terjadinya Tajalli tersebut satu persatu. Disebabkan ahwal inilah yang membuatkan aku tergoda pada kaum mereka sehingga aku tidak mampu menjelaskannya dan hamba seolah-olah telah menyerah diri kerana tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Penzahiran itu pula hanya berlaku pada satu tempat [dalam pakaian itu] saja, tidak pada tempat-tempat yang lain dan aku tidak pernah melihat kehalusan-kehalusan yang begitu terperinci dan keindahan yang begitu memukau pada mana-mana pakaian. Penzahiran seperti ini aku tidak pernah melihatnya pada mana-mana tempat lain. Sungguh disebabkan inilah aku telah menjadi lemah tidak berdaya seperti air di hadapan mereka [wanita]. Begitu jugalah yang berlaku apabila Dia mentajallikan Dirinya pada setiap makanan, minuman dan pakaian satu persatu secara berasingan. Sehingga beza antara air garam [masin] dan air gula [manis] adalah sama saja, kedua-duanya lazat lagi manis di kedudukan cawan air yang berasingan disebabkan terjadinya Khususiyat Tajalli yang sempurna atas kedua-dua air itu secara berasingan satu persatu dan tidak mungkin daku dapat menjelaskan Khususiyat Tajalli ini dengan ringkas pada surat ini. Daku sudah tidak menemukan tempat untuk pergi. Pada ketika mengalami ahwal Tajalli ini, daku telah mengetahui bahawa kita tidak sepatutnya menafikan Tajalli berta'aluq dengan Nisbat Tanzihiyyat. Dan disebabkan Tajalli Az-Zahir ini saja pun tidak terlepas daripada Nisbat Tanzihiyyat maka Al-Bathin Yang Maha Mulia terlebih lagilah sunyi dan tidak perlukan lagi Nisbat itu. Hakikat sebenar yang telah daku fahami adalah Al-Bathin tidak mampu dibala'kan [dilihat] dengan pandangan mata kita yang lemah ini. Bahkan tidak juga dapat dijelaskan dengan seluruh maklumat-maklumat pengetahuan dan zuhurat penzahiran-penzahiran. Dan disebabkan Tajalli Az-Zahir dapat ditemukan pada perkara yang nilainya banyak dan perkara yang bangsa dualiti [dua perkara yang saling bertentangan seperti baik, buruk, sihat, sakit dll] maka menjadi gembiralah dia dengan sebab berlakunya ahwal Tajalli ini, kemudian Tajalliyat [banyak ahwal Tajalli berlaku] ini terus berlaku dalam keadaan tersembunyi dan tertutup sehingga berlalulah beberapa tempoh apa yang tinggal hanyalah Nisbat Hairat kebingungan dan Jahalat ketidaktahuan tentang hal keadaan sebenar Tajalliyat itu, dan jadilah ahwal Tajalliyat tersebut tidak sama seperti apa yang sudah diceritakan .
Kemudian daripada menyampaikan laporan ahwal Tajalli itu, dia juga ingin menyampaikan laporan tentang suatu ahwal tentang Fana' yang Khas iaitu Ta'ayyun 'ilmi yang telah berlaku setelah kembali sedar daripada Fana' Ta'ayyun 'adam, dan sudah tidak berbaki lagi perasaan Ana Keakuan disebabkan Ahwal Fana' yang terjadi itu. Pada waktu itu barulah terbit tanda-tanda keislaman dan 'alamat bahawa telah hancur sarang-sarang Syirik Khafi akibat terkesan pada perkara yang zahir, telah binasa juga sifat memandang orang lain dengan pandangan merendahkan, sikap tidak mempedulikan orang lain, suka menyimpan tuduhan pada orang, lintasan-lintasan hati yang melalaikan, dan lintasan hati untuk berbuat jahat. Dengan bahasa mudahnya telah zahirlah sebahagian daripada sifat 'Ubudiyyah kehambaan dan Idhzmihlal hilangnya keakuan. Dengan berkat Tawajjuh dari Tuan Syaikh, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyampaikan kami kepada Maqam Haqiqat 'Ubudiyyat dan 'Urujat yang begitu banyak sekali berlaku sehingga tidak dapat dibilang dan dengan berkat Tawajjuhnya juga telah berlakunya 'uruj pada martabat yang pertama, maka sampailah daku kepada tempat yang padanya lenyaplah masa iaitu tempat yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Lalu dia melihat syurga Khuldi beserta di bawahnya ialah Masyhud, kemudian terlintaslah pada ketika itu dalam Khatir lintasan hatinya bahawa dia sedang menyaksikan Maqamat tempat sebahagian Rijal di situ. Tatkala aku mentawajjuhkannya, maka dapatlah terlihat Maqamat mereka. Daku telah dapat melihat setiap satu dari diri mereka memiliki tempat masing-masing mengikut darjat Makan tempat, Makanat status, Zauq rasa dan Syauq kerinduan.
Kemudian telah berlaku 'Uruj ke martabat yang kedua, iaitu Maqamat Para Masyaikh yang agung dan Para Imam Ahlil Bait yang mulia dan Khulafa' Rasyidin pemberi petunjuk pada sekalian makhluk, dan juga Maqam yang Khas iaitu Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام dan begitu juga Maqamat sekalian Para Anbiya dan Rusul yang tiap satunya memiliki kefahaman yang berbeza, dan Maqamat Para Malaikat yang memenuhi ruang yang tinggi kesemuanya daku saksikan sehingga tidak dapat dijelaskan bagaimana keadaan sebenarnya. Telah berlaku juga daripada 'Uruj itu ke tempat yang sukar dijelaskan iaitu tempat perkadaran di tengah-tengah Markaz bumi dan seperti yang diketahui atau lebih kurang sedikit daripada yang telah diketahui sehinggalah ke sehabis-habis 'Uruj sampailah ke Maqam Hadhrat Khwajah Bahauddin An Naqshbandi قدس الله سره, dan di atas Maqam itu ada sebilangan Masyaikh yang agung, bahkan pada Maqam yang sama dengan nisbat Fauqaniyyat Nisbat Teratas yang rendah sedikit ada Masyaikh seperti Syaikh Ma'aruf Al Karkhi dan Syaikh Abi Sa'id Al Kharraz dan Maqamat Masyaikh yang lain. Sebahagiannya berada dibawahnya dan sebahagian lain berada di Maqam yang sama.
Dan mereka yang berada pada Maqam Fauqani adalah Para Imam Ahlil Bait, di atasnya Khulafa' Rasyidun رضوان الله عليهم اجمعين dan Maqamat sekalian Para Anbiya' عليهم الصلاة والسلام, mereka itu berada di sisi Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام dan begitu juga Maqamat Para Malaikat yang tinggi, mereka juga berada di sisi lain Maqam Nabi kita. Dan bagi Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام adalah Maqam Fauqi dan inilah Maqam yang asli bagi Nisbat sekalian Maqamat. Hanya Allah سبحانه Dia Yang Terlebih Mengetahui tentang Haqaiq Amar haqiqat-haqiqat urusan itu semua.
Dan telah berlaku juga 'Uruj dengan 'Inayat Allah Yang Maha Suci sepertimana yang Dia Mengkehendakinya. Daku juga telah mengalami 'Uruj pada sebahagian tempoh masa tanpa diingini, lalu diperlihatkan segala Asya' suatu yang lain dan secara berturut-turut kebanyakan dari kesan-kesan pada sebahagian 'Urujat itu dia telah menjadi lupa, sepertimana yang daku ingin, daku menuliskan sebahagian Haalat keadaan yang telah dialami supaya menjadi mudah untuk menulisnya pada ketika hendak menyampaikan laporan ini, akan tetapi ianya terlalu sukar untuk dilakukan. Maka sungguh surat rayuan ini hanya layak untuk dipandang hina bahkan Ahwal kurniaan yang telah dialami hanya layak untuk diistighfarkan daripada dituliskan. Dan sebahagian daripada laporan ini adalah Khatrah lintasan hati ketika daku hendak menuliskannya namun apa yang terjadi pada akhirnya daku tetap melaporkannya. Berlebih-lebih dalam menuliskan laporan ini hanya menjadikan daku buruk adab terhadap Tuan Syaikh.
Daku juga ingin melaporkan tentang Hal keadaan yang dialami oleh Hadhrat Mulla Qasim 'Ali Ahsan, dia sedang mengalami Ahwal Istihlak Keterbinasaan dan Istighraq Ketenggelaman dan dia telah melepasi kesemua Maqamat Jazbat dan dia juga telah meletakkan kakinya di atas Maqamat Jazbat tersebut. Sebelum ini dia melihat segala Sifat-Sifat itu berasal daripada satu asal, dan sekarang dia melihat Sifat-Sifat itu bersama Wujudnya memberi penerangan untuk dirinya dan dia merasa dirinya kosong tidak memiliki apa-apa. Bahkan sekarang dia melihat dirinya bersama Nur yang memiliki Sifat-Sifat itu juga dan dia dapati dirinya berada di sisi Nur itu.
Laporan Ahwal dari sahabat-sahabat yang lain tentang peningkatan serta kemajuan mereka hari demi hari juga ingin daku sampaikan secara terperinci, tetapi mungkin pada surat yang akan datang.
إن شاء الله العزيز
Siap diterjemahkan pada 13 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 22 May 2024 Masihi
Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1
Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...
-
Surat keenam puluh dua dituliskan kepada Mirza Husamuddin Ahmad untuk menjelaskan bahawa Jazbah tarikan yang berlaku sebelum suluk bukanlah ...
-
Surat yang keenam puluh tujuh dituliskan untuk Khan Khanan pada menyerahkan buat yang berhajat. Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dan kamu...
-
Maktub Kesebelas Pada menjelaskan sebahagian Kasyaf, terhasilnya Maqam Ru'yat melihat dan menyalahkan diri atas kelemahan diri sendiri p...
%20An%20elderly%20Mullah%20seated%20under%20a%20tree%20with%20a%20musician%20and%20devotees,%20India,%20Delhi,%20circa%201800.jpeg)


%20of%20Nizami%20of%20Ganja%20_%20The%20Metropolitan%20Museum%20of%20Art.jpeg)



%20of%20Nizami%20of%20Ganja%20_%20The%20Metropolitan%20Museum%20of%20Art.jpeg)

