Jumaat, 24 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Keempat Jilid Pertama

 Maktub keempat

Pada menjelaskan kelebihan bulan Ramadan yang penuh berkat dan menjelaskan Haqiqat Muhammadiyyah عليه وعلى آله الصلاة والسلام والتحية

Hadhrat Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi As Sirhindi An Naqshband menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang agung.


Surat Rayuan daripada Khadim yang tersangat hina :

Telah berlalu masa yang lama dan sampai ke saat ini daku tidak menerima sebarang surat menyurat dan Ahwal permintaan yang mulia untuk daku berkhidmat kepada Hadhrat Syaikh yang tinggi.

Kini kami sedang menanti tibanya bulan Ramadan yang Mubarak, dan kerana bulan ini memiliki kesesuaian yang sempurna dengan Al-Quran Al Majid yang mulia yang menampung bagi seluruh Kamalat Zatiyyah dan Shuyunat yang masuk di dalam Daerah Asal sehinggakan Zhill bayangan Zhilliyat Asal dan Qabiliyyat Ula tidak dapat menyentuhnya.

Disebabkan kesesuaian inilah, telah turunnya wahyu pada bulan ini, firman Allah تعالى :

﴾شَهْرُ رَمَضَانَ الّذِي أُنزِلَ فِيهِ القُرآن﴿

Ayat inilah yang membenarkan pendapat itu, dan kerana kesesuaiannya, bulan ini menghimpunkan semua kebaikan dan keberkatan. Setiap keberkatan dan kebaikan yang sampai kepada setiap orang dalam apa cara sekalipun sepanjang tahun hanyalah setitik dari lautan keberkahan bulan yang Azhimil Qadr kadarnya memiliki keagungan dan keberkatannya tidak memiliki penghabisan. Jam'iyyat yang terhasil pada bulan ini menjadi sebab untuk terhasilnya Jam'iyyat sepanjang tahun. Tafriqat penceraian pada bulan ini menjadi sebab terhasilnya Tafriqat sepanjang tahun. Maka berbahagialah buat mereka yang akan berada pada bulan yang penuh keberkatan ini iaitu mereka yang ridha menantikannya. Dan celakalah buat mereka yang tidak ridha dengannya, kerana dia tertegah daripada mendapat keberkatan dan diharamkan daripada kurniaan dan kebaikan.

Dan juga, adalah disunnahkan mengkhatamkan al-Quran disamping menghasilkan sekalian Kamalat Ashliyyah dan Barakat Zhilliyyat. Maka barangsiapa yang menhimpunkan diantara keduanya adalah diharapkan bahawa dia tidak diharamkan daripada mendapat keberkatannya dan tidak ditegah daripada mendapat segala kebaikannya. 

Keberkatan yang terkandung pada hari-hari di bulan ini tidak dapat disamakan dengan keberkatan-keberkatan yang ada pada bulan yang lain, dan kebaikan-kebaikan yang terkandung pada malam-malam bulan ini tidak dapat diqiyas samakan dengan malam-malam pada bulan yang lain. Boleh jadi, rahsia hukum tentang bersegera membuka puasa dan melambatkan bersahur jika dilihatkan adalah untuk mendapatkan kesempurnaan  Imtiyaz kecemerlangan dan Qabiliyyat Ula pada dua bahagian siang dan malam yang mana telah kami sebutkan di atas.

Haqiqat Muhammadiyyah keatas Mazharnya الصلاة والسلام والتحية adalah ibarat bagi Qabiliyyat Zat, sedangkan dia bukanlah Qabiliyyat Zat. Mereka menyangka Haqiqat Muhammadiyyah adalah Qabiliyyat Zat, Kerana tersifatnya dia dengan seluruh sifat-sifat Qabiliyyat Zat sepertimana yang difahami oleh sebahagian orang. Bahkan Qabiliyyat Zat عز سلطانه itu pada Iktibar Ilmi dari sudut ilmiah adalah berkaitan dengan Kamalat Zatiyyah dan Shuyunat, dan inilah kesimpulan yang dapat difahami daripada Haqiqat Al-Quran Al Majid.

Dan Qabiliyyat yang memiliki sifat adalah berkesesuaian bagi tempat sifat-sifat dan Barzakh batas diantara Zat dan Sifat adalah Haqaiq sekalian Anbiya عليهم وعلى نبينا الصلوات والتسليمات.

Dan Qabiliyyat yang sedemikian jika berserta dengan memandang sudut iktibarat kita dapati padanya memiliki Haqaiq yang berbilang-bilang. Dan Qabiliyyat yang sebegitulah adalah ia Haqiqat Muhammadiyyah. Walaupun ada padanya Zhill bayang-bayang, tetap dia tidak akan dapat tercampur dengan warna sifat-sifat sedangkan tidak memiliki dinding penghalang diantaranya.

Haqaiq sekalian mereka yang Muhammadi Masharab ialah Qabiliyyat Zat dengan melihat Iktibar Ilmi yang berkaitan pada sebahagian Kamalat. 

Dan Qabiliyyat Muhammadiyyah memiliki batas penghadang antara Zat dan antara Qabiliyyat yang berbilang-bilang. Sesungguhnya sebahagian orang telah memahami sebagaimana yang telah disebutkan tentang bahawasanya perantaraan tersebut cuma seluas satu tapak kaki saja pada kedudukan Sifat-Sifat. Dan Nihayat kesudahan 'Uruj yang sedemikian kedudukan itu sehinggalah sampai ke Qabiliyyat, maka tidak mengapa menisbatkannya kepada Nabi ﷺ.

Dan kerana Qabiliyyat yang memiliki sifat tidak dapat terjangkau pada asalnya, maka sebahagian orang membuat keputusan dengan mudah bahawa Haqiqat Muhammadiyyah memiliki dinding penghalang selamanya. Jika tidak maka Haqiqat Muhammadiyyah keatas Mazharnya الصلاة والسلام adalah semata-mata iktibar pada Zat yang memungkinkan tidak perlunya kepada renungan fikiran yang lama, bahkan orang memahaminya bahawa itulah yang realiti.

Dan Qabiliyyat yang memiliki sifat jika ada iktibariyyat juga, tetapi mengambil warna sifat-sifat, maka dia akan  mensifatkannya dengan warna sifat itu melalui perantaraan Barzakhiyyat batas penghadang.

Dan sifat-sifat itu wujud pada Kharij luaran dengan sebab kewujudannya pada luaran menjadi sebab adanya pertambahan maka terangkatlah hilanglah Kharij luaran itu daripada Daerah Imkan. Maka tidak mengapa menghukumkan kewujudan dinding penghalang itu sebagai kekal ada.

Permisalan ilmu-ilmu seperti ini yang mana tempat terbitnya ialah Jami'iyyat diantara Asal-Asal dan Zhiliyyat dan Iradat yang menginginkannya terlalu ramai. Kebanyakan dari ilmu-ilmu ini daku menuliskannya pada daun-daun.

Manakala, Maqam Quthbiyyat tempat terbitnya adalah pada dasar kedalaman ilmu-ilmu tentang Maqam Zhiliyyat.

Dan Martabat Fardiyyat adalah perantara untuk datangnya Ma'arif pengenalan pengetahuan tentang Daerah Asal, dan Imtiyaz cemerlang diantara Zhill dan Asal adalah tidak mudah tanpa terhimpunnya dua Daulat ini. Kerana itulah sebahagian Masyaikh tidak berbicara banyak tentang Qabiliyyat Ula, hanya yang biasa dibicarakan adalah Ta'ayyun Awal atas Zat, dan mereka telah menyangka bahawa Syuhud sedemikian Qabiliyyat sebagai Tajalliyat Zatiyyah.

Dan apa yang benar adalah apa yang telah daku tahqiq benarkan, dan Amar urusan ini telah pun daku terangkan. 

والله يحق الحق وهو يَهدِى السبيل.

Risalah yang daku telah diperintahkan untuk mengarangnya, belum dapat daku menyiapkannya sekarang, bahkan masih sama seperti sedia kala, daku tidak tahu apakah hikmah Tuhan atas keterlewatannya siap risalah ini. Menulis berlebihan daripada ini untuk Tuan Syaikh hanyalah menyebabkan daku kurang beradab.


*Telah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu oleh Faqir Haqir La Syai' Miskin Fani umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada 16 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 24 May 2024 Masihi pada pukul 11:08 Malam di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...