Rabu, 29 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kesepuluh Jilid Pertama

Maktub Kesepuluh

Tentang terhasilnya Qurb kedekatan, Bu'd kejauhan, Farq terpisah dan Wasl terhubung dengan makna yang tidak diketahui serta sebahagian daripada ilmu-ilmu yang sesuai dengan Maqam tersebut. Hadhrat Mujaddid قدس سره menuliskan surat ini kepada syaikhnya yang agung.


Surat Rayuan dari khadim yang hina, daku telah lama menunggu, dan sepanjang tempoh itu surat panggilan untuk daku berkhidmat ke hadapan Tuan Syaikh yang mulia belum lagi tiba.

Syair :

Bukanlah keajaiban itu kembalinya ruh ke badan setelah mati, keajaiban itu apabila memberi salam kepada kekasih, lalu dia setia membalas salamku,
Kalaulah daku tidak memiliki peluang untuk bertemu dengannya, maka dapat mendengarnya memanggilku daripada kejauhan itu sudah memadai

Hendaklah merasa bangga atas perkara ini, yang mana mereka telah menamakan Nihayat penghujung yang sangat jauh itu sebagai Qurb kedekatan dan sehabis-habis perpisahan itu sebagai Wasl kebersamaan !. Mereka memberi isyarat pada semua perkara tersebut seolah-olah menafikan Qurb dekat dan Wisal bersama. 

Syair.

Bagaimanakah caranya untuk mendapat kebahagiaan, untuk mencapainya gunung-ganang pun sanggup dihancurkan, ketakutan pun sanggup dihilangkan.

Untuk mencapai kebahagiaan, dia akan bertambah memperpanjangkan kesedihannya yang tanpa henti itu dan membantu kerungsingannya untuk lebih lama berterusan. 

Murad ialah seorang yang dikehendaki, pada pengakhiran seorang Murad, dia akan menjadi Murid juga iaitu berkehendak, tapi berkehendak seperti kehendak Iradat-Nya, dan Mahbub seorang yang dicintai pada pengakhirannya akan Muhib mencintai juga dan diberikan Mahabbat kecintaan untuk mencintai Mahbub.

Pada diri Nabi ﷺ adanya Maqam Muradiyyat dan Mahbubiyyat yang menjadikan orang sampai pada Maqam ini sebagai Murid berkehendak dan Muhib mencintai. Maka tiada syak lagi perkhabaran mereka tentang Halnya Rasulullah ﷺ yang sentiasa bersedih dan runsing yang berterusan. Nabi ﷺ telah bersabda :

ما أوذي نبي مثلما أوذيت

Tiada Nabi yang disakitkan seperti mana daku telah disakiti.

Dan Muhib para pecinta mereka itu adalah orang-orang yang menanggung beban Mahabbat cinta, dan bebanannya ini sangat berat buat Muhib para pecinta.

Syair :

Aduhai ! Untuk menjelaskan kisahnya sangatlah panjang

Syair :

Dan seorang yang mabuk cinta tidak dapat dipisahkan daripada menceritakan kisahnya

Pembawa surat permintaan ini ialah Syaikh Ilahi Bakhsy, pada dirinya telah terhasil Jazbah dan Mahabbat, dialah punca daku menuliskan penceritaan seperti ini di dalam surat untuk Tuan Syaikh yang terpuji.
Kesimpulannya, telah terzahir padanya ahwal Syauq yang berterusan dan Tawajjuh kepada had batas yang demikian. Pada awalnya, telah terzahir sebahagian Iradat kemahuan saja untuknya kerana mungkin tidak faham, tatkala dia telah memahaminya disebabkan perantaraan Faqir ini maka masuk bebaslah dia kedalamnya setelah terlepas dari ketidakfahaman. Mudah-mudahan Tuan Syaikh meridhainya apabila bertemu dengannya, maka kami telah tuliskan surat ini dengan perkataan-perkataan sebegini disebabkan perkara yang telah diceritakan tadi, dan berlebihan memanjangkan surat permohonan ini adalah jauh daripada lingkaran adab yang baik.

*Telah siap diterjemahkan ke dalam bahasa melayu pada 21 Zulqa'dah 1445 Hijriah bersamaan 30 May 2024 Masihi pukul 2:44 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.


العبد الضعيف الفقير الحقير المسكين اللا شيء الفاني أومڤما دبو دتلافك كاكي ڤارا مشائخ
حضرة الفقير عزمي بن أصلي غفر الله ذنوبه وستر عيوبه




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...