Sabtu, 31 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 188 Jilid 1



Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 188 Jilid 1


Maktub yang keseratus lapan puluh lapan dituliskan kepada Khawajah Muhammad Shiddiq Al Badakhshi pada menghuraikan kemusykilan masalah-masalah yang telah ditanyakan

Telah tiba surat dari saudara yang mulia, didalamnya terdapat pertanyaan tentang tiga perkara. Wahai Muhib pecinta yang dikasihi, hendaklah difahami bahawasanya tersembunyinya sebahagian Lathaif pada Martabat kedudukan Qalb ialah sebuah ringkasan kepada beberapa Lathaif yang mana kesemuanya itu telah terhimpun dalam Qalb.

Ringkasan itu bukan bererti bahawa Qalb telah dapat bersiar dalam Lathaif tertentu itu yang mana kesemuanya terhimpun di dalam martabat Qalb.

Sesungguhnya persiaran Qalb tidak membawa apa-apa makna pun kepada sebab tersembunyinya Lathaif itu pada Maqam Qalb

Yang kedua, bahawa orang yang memiliki Isti'dad kesediaan dalam menempuh Martabat Qalb atau Ruh, maka Syaikh yang Shahib Tasharruf akan dapat menilai kemampuannya sehinggalah dia dapat sampai kepada Martabat Fauqaniyyat. Tetapi urusan ini memiliki perincian yang dalam dan tidak boleh diceritakan sekarang kerana sukar untuk meluahkannya dalam tulisan.

Yang ketiga, bahawasanya Zhahir apabila tercelup dalam warna Bathin, dan apabila Bathin tercelup dengan warna Zhahir, maka pada ketika itu tidak akan ada lagi kesukaran buat menzahirkan Ahkam ketetapan Zhahir pada yang Bathin dan tampaklah Ahwal Bathin pada yang Zhahir.

والسلام

Siap diterjemahkan pada 27 Safar 1446 Hijrah, 10:47, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 141 Jilid 1



MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 141 JILID 1

Maktub yang keseratus empat puluh satu dituliskan kepada Mulla Muhammad Qilli pada menjelaskan bahawa tunjang pada pekerjaan ini adalah Mahabbat kecintaan dan keikhlasan


Semoga Allah سبحانه وتعالى memberi nikmat kepada kami dan kamu juga dengan Taraqqiyat kemajuan dengan sebab kehormatan Sayyidul Mursalin Penghulu sekalian Rasul عليه وعلى آله الصلوات والتسليمات

Wahai Muhib pecinta, sungguh kamu sudah tidak lagi menuliskan surat tentang Ahwal keadaan Qalb yang terhasil pada diri kamu buat beberapa ketika sehinggalah kami meneliti surat kamu dahulu yang menceritakan tentang kaifiyatnya. 

Hendaklah kamu terus menuliskan tentang urusan ini juga secara saksama, kerana dengan menuliskan surat itu menyebabkan dapatnya pandangan Tawajjuh yang Ghaib.

Tunjang urusan ini dengan adanya Mahabbat kecintaan dan keikhlasan. Tidak perlu bersedih sekiranya tidak dapat diketahui akan terhasilnya Taraqqi kemajuan, kerana apabila telah kekal istiqamah berterusan dalam keadaan ikhlas maka perkara itu akan memudahkan bagi sekalian urusan-urusan sepanjang usia pada setiap ketika.

والسلام

Siap diterjemahkan 26 Safar 1446 Hijrah, 16:31, Keningau, Sabah, Malaysia.

Jumaat, 30 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 143 Jilid 1



MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 143 JILID 1

Maktub yang keseratus empat puluh tiga dituliskan kepada Mulla Syamsuddin pada menjelaskan tentang menggunakan peluang masa muda dan tidak menggunakannya kepada perkara yang tidak berguna seperti berhibur dan bermain

Adalah pecinta fuqara Maulana Shamsuddin seorang yang menggunakan peluang dan mendapat nikmat masa muda, dia menahan diri daripada menggunakan usianya daripada berhibur dan bermain lalu menggantikannya pada perkara yang harus dan seimbang. Kalau tidak begitu, maka tidak terhasil suatu pun pada akhirnya selain penyesalan dan kekecewaan. Demikian juga, syarat dan perkhabaran itu sendiri tidak memberi apa-apa manfaat. 

Sayugianya hendaklah melaksanakan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dan mengasingkan antara perkara yang halal dengan yang haram.

Sesungguhnya jalan kejayaan ukhrawiyyah adalah dalam mengikuti Shahib pemilik syariat عليه وعلى آله الصلوات والتسليمات.

Seharusnya tidak usahlah dipandang akan kelazatan pada hal-hal yang Faniyyat akan binasa dan kenikmatan hal-hal yang akan binasa.

Semoga Allah سبحانه mengurniakan taufiq pada mengerjakan segala kebaikan.

Siap diterjemahkan pada 26 Safar 1446 Hijrah, 21:30, Keningau, Sabah, Malaysia.

Khamis, 29 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 123 Jilid 1




MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 123 JILID 1

Maktub yang keseratus dua puluh tiga dituliskan untuk Mulla Thahir Al Badakhshi pada menerangkan bahawa perlaksanaan amalan Nafil walaupun amalan berhaji, amalan tersebut dianggap tidak berguna apabila dia biasa mensia-siakan satu amalan fardhu dari sekian banyak fardhu.

Telah sampai surat dari saudaraku yang mendapat petunjuk. Mudah-mudahan dia sentiasa dalam keadaan suci daripada kotoran segala Ta'aluqat sepertimana namanya Thahir yang suci.

Wahai saudara, sungguh telah datang dalam sebuah perkhabaran, bahawa tanda Allah تعالى tidak mempedulikan seorang hamba itu ialah sibuknya dia pada perkara yang tidak berguna dan sibuk melakukan amalan nafil daripada sekian banyak amalan nawafil serta meninggalkan satu amalan fardhu daripada fardhu-fardhu yang lain. Segala amal perbuatannya itu termasuk dalam perkara yang tidak berguna. 

Maka hendaklah kau selidiki semua Ahwal keadaanmu, supaya kau dapat mengetahui kesibukanmu pada amal yang mana, amal nafil atau fardhu dan berapakah amalan yang terhalang kerana melaksanakan haji nafil sedangkan amal itu dapat saja diusahakan untuk dijaga.

Maka sayugianya seorang yang berakal itu memerhatikan dengan perhatian yang mendalam, cukuplah untukmu isyarat petunjuk ini.

والسلام عليكم
Salam keselamatan keatas kamu dan rakan-rakan kamu.


Siap diterjemahkan pada 25 Safar 1446 Hijrah bersamaan 29 August 2024 Masihi. Keningau, Sabah, Malaysia. 21:17

Isnin, 26 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 103 Jilid 1



MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 103 JILID 1

Maktub yang keseratus tiga dituliskan untuk Sayyid Farid pada menerangkan tentang makna 'Afiyat dan permintaan untuk dilantik seorang Qadhi bagi negeri Sirhind

Mudah-mudahan Allah سبحانه merezekikan 'Afiyat buat kami dan kepada kamu juga.
'Afiyat yang dimaksudkan adalah keinginan dari seseorang yang mulia, yang selalu berdoa kepada Allah سبحانه dan mengharapkan 'Afiyat dari Dia عز وجل untuk setiap harinya. 

Seseorang telah bertanya, sepanjang waktu kau yang berlalu itu, bukankah kau berada dalam keadaan 'Afiyat?.

Maka dia berkata : benar, tapi 'Afiyat menurutku adalah aku ingin melalui hari-hari yang berjalan itu dalam keadaan aku tidak melakukan satu pun maksiat daripada sekian banyaknya maksiat yang dilakukan pada Allah تعالى daripada waktu fajar hinggalah maghrib.

Sesungguhnya sudah berlalu satu tempoh waktu, sedangkan di Sirhind belum lagi memiliki seseorang Qadhi. Disebabkan perkara ini, perlaksanaan sebahagian hukum hakam syariat berada dalam Tawaqquf. Sebagai contoh, aku memiliki seorang anak saudara, dan terdapat harta warisan daripada kedua orangtua untuknya, sedangkan tiada sebarang wasiat yang dituliskan untuknya. Selain itu, Tasarruf penggunaan pada harta itu tanpa izin syar'i adalah tidak dibolehkan. Maka jika pada ketika ini adanya seorang Qadhi, pasti dia akan mendapat hak Tasarruf pada harta itu dengan izin daripada beliau.


Siap diterjemahkan pada 22 Safar 1446

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 150 Jilid 1




MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 150 JILID 1

Maktub yang keseratus lima puluh dituliskan kepada Khawajah Muhammad Qasim pada menjelaskan bahawa tiada yang berhak untuk dicari selain Al Haq تعالى وتقدس


Telah tiba surat daripada saudara kami Khawajah Muhammad Qasim dan sampainya surat itu telah menimbulkan kegembiraan. 

Semoga dadamu tidak menjadi sempit atas sebab gangguan keadaan dunia dan semoga ditenggelamkan akan Ahwal keadaan yang terlihat kerana kamu tidak layak mendapat yang sedemikian itu. Sesungguhnya kejadian yang terjadi ini berada pada gambaran Fana. Bahkan apa yang sepatutnya dilalui ialah pada menghasilkan keridhaan Al Haq سبحانه وتعالى sama ada padanya terdapat kesukaran mahu pun kesenangan. 

Adalah tidak patut untuk menuntut selain Zat yang Wajibil Wujud جل شأنه terlebih khusus bagi mereka-mereka yang semisal kamu daripada kalangan orang-orang yang mulia.

Atas dasar itu juga, kalaulah datang satu isyarat petunjuk untuk berkhidmat dan melakukan satu perkara baik, maka hendaklah kita bersungguh-sungguh pada melaksanakannya dengan sebab kurniaan nikmat.

Wassalam



Siap diterjemahkan pada 22 Safar 1446 Hijrah di Maahad Darus Saadah, Jalan Kota Ayangan, Keningau, Sabah, Malaysia [22:43 PM]

Maktubat Imam Rabbani Surat Ke 241 Jilid 1



MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT 241 JILID 1

Maktub yang kedua ratus empat puluh satu dituliskan kepada Maulana Muhammad Shalih pada menjelaskan Taraqqi kemajuan sebahagian Ashab rakan-rakan

Setelah mengucapkan pujian dan selawat adalah dimaklumkan kepada saudara yang mendapat petunjuk bahawa Ahwal keadaan had-had batasan ini wajib untuk dipuji dan rakan-rakan yang berada di sana dalam keseronokan dan kegembiraan khususnya Maulana Muhammad Shiddiq. Sesungguhnya dia telah mendapat kemuliaan dalam beberapa hari ini dengan kurniaan Wilayat Khassah dan Tahqiqnya Ism Al Kulli yang meningkat daripada asalnya Al Ism Al Juz'i. Dia telah  memandangnya bersama sedemikian itu sehinggalah keatas. Kesemua yang dia perolehi ini adalah dengan 'Inayat bantuan daripada Allah سبحانه .

Mudah-mudahan dia akan cenderung untuk Ruju' kembali setelah terhasilnya peluang yang melimpah ruah ini daripada sana dan sesungguhnya Allah telah mengkhususkan rahmat-Nya buat mereka-mereka yang Dia ingini. 

Maka sayugianya, hendaklah kamu menulis Ahwal keadaan kamu dan Ahwal keadaan rakan-rakan yang telah masuk ke dalam Tariqat ini dan juga Ahwal kesemua mereka yang ingin masuk dalam Tariqat ini sekarang dan hendaklah juga kamu menetap tinggal disana dalam beberapa hari lagi.

Wassalam


Siap diterjemahkan pada 21 Safar 1446 Hijrah di Hospital Baru, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani Surat Ke 218 Jilid 1

MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 218 JILID 1

Maktub yang kedua ratus lapan belas dituliskan untuk Mulla Daud pada menerangkan perlunya untuk memelihara adab-adab kepada Syaikh Tariqat

Telah tiba surat sharif yang mulia daripada saudara yang mulia iaitu Mulla Daud dan layak untuk mendapat pujian. Al Haq سبحانه telah menjadikan zahir dan batinnya suci dan terhias dengan perkara-perkara yang boleh mendapat keridhaan, dengan kehurmatan Nabi dan keluarganya yang mulia ke atas mereka selawat dan salam.

Hal yang perlu diusahakan ialah ketiadaan jatuh dalam kemalasan untuk mengulang-ngulang zikir pada Qalb dan istiqamah tetap atas jalan Para Akabir قدس الله أسرارهم untuk mendapatkan pelbagai Tawajjuhat daripada diri mereka.

Maka bila mana datangnya satu kegelapan dan sebuah suasana yang tidak elok yang tidak dapat dielakkan maka cara penyembuhannya tiada lain adalah dengan kembali, tunduk dengan rayuan, pergi dan pulang ke sisi Al Haq yang suci جل سلطانه. Tawajjuh yang sempurna kepada pembimbingnya ialah  wasilah yang dapat menyampaikan kepada terhasilnya Daulat ini. Maka hendaklah memelihara adab-adab yang dapat menyampaikan kepada Daulat yang agung ini, begitu jugalah sepatutnya perlu memelihara adab kepada perkara yang dapat menghasilkan Hudhur dan Ghaibat.

Hendaklah menjadikan keridhaan daripada mereka semua iaitu Para Kabir sebagai wasilah kepada menghasilkan keridhaan Al Haq سبحانه dan inilah dia sebenarnya jalan kelepasan dan kejayaan.

Wassalam


*Siap diterjemahkan oleh faqir Azmye bin Asli pada 21 Safar 1446 Hijrah bersamaan 26 August 2024 di Hospital Baru, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...