Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 134 Jilid 1
Maktub yang keseratus tiga puluh empat dituliskan kepada Mulla Muhammad Shiddiq dalam menghalangnya daripada urusan pemasaran.
Semoga Allah سبحانه mengurniakan 'Urujat kenaikan kepada kami dan kamu juga yang tanpa penghabisan dalam menuju kehampiran pada-Nya menerusi kehormatan Sayyidil Mursalin Penghulu sekalian Rasul عليه وعلى آله الصلوات والتسليمات
Wahai Muhib yang dikasihi, sesungguhnya masa itu umpama pedang yang memotong, sedangkan tidak diketahui adakah masih akan diberikan kesempatan esok hari atau tidak.
Maka sayugianya mendahulukan perkara yang penting buat hari ini dan urusan yang tidak penting hendaklah ditunda kepada hari esok. Perkara ini adalah mengikut hukum ketetapan akal fikiran dan keputusannya.
Akal yang aku maksudkan bukanlah akal fikiran معاش mereka yang ingin hidup kekal di dunia, tapi akal معاد mereka yang memikirkan tentang hari akhirat.
Tidaklah aku ingin menuliskan lebih dari ini.
Siap diterjemahkan pada 28 Safar 1446 Hijrah, 15:21, Keningau, Sabah, Malaysia.
