Ahad, 2 Mac 2025

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1


Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketinggian dalam dua negeri dan bahawa kejayaan itu diikat dengan mengikuti Ahli Sunnah Wal Jama'ah, mereka itulah kelompok yang selamat.

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله

surat kamu yang mulia itu telah sampai kepada shuhbah perdampingan seorang saudara iaitu Maulana Muhammad Shiddiq yang kamu muliakan itu. 
جزاكم الله سبحانه عنا خيرا الجزاء

dalam pada kamu memelihara adab bersama para fuqara dan kamu berbicara dengan tawadhu, maka kami berharap perbuatan itu selari dengan hukum "barangsiapa yang merendah diri kerana Allah, maka Allah akan mengangkatnya" yang memastikan dapatnya ketinggian di dalam Diniyyah agama dan Dunyawiyyah keduniaan, bahkan hukum itu adalah berita gembira untuk kamu.

ketika kamu mengucapkan ucapan tentang kaum kerabat, kamu mewakilkan dan mengembalikan, apa yang tergambar bahawa perwakilan ini sebenarnya sungguh berlaku atas tangan salah seorang darwisy. Hendaklah kamu menjadi seorang yang memerhati kepada Natijah kesan dan buahnya. Namun, sayugianya kamu memelihara apa saja hak-haknya sebisa mungkin.

Apalah yang dapat kami tuliskan tentang wasiat-wasiat dan nasihat-nasihat, dan apalah yang dapat kami jelaskan lagi tentang ilmu-ilmu dan ma'rifah-ma'rifah. Sedangkan, Allah memuji usaha para ulama mujtahidin, sufiyyah lagi muhaqqiqin yang tidak memendekkan pada perbahasan yang luas dan terperinci. Daku menyangka sebahagian sahabat telah menyampaikan setengah daripada rencana faqir yang sedikit barangannya ini ke hadapan kamu yang dikhidmati. Barangkali kamu sudah melihatnya.

Kesimpulannya, sesungguhnya jalan kelepasan ialah dalam mengikuti Ahli Sunnah Wal Jama'ah, semoga Allah سبحانه membanyakkan Af'al perbuatan dan Aqwal perkataan mereka dalam urusan Furu' dan Usul.

Kerana mereka adalah firqah kumpulan yang selamat, dan selain mereka termasuk dalam firqah-firqah lain. Firqah yang lain itu berada dalam ruang ketergelinciran dan kemuliaan yang membinasakan, mungkin pada ketika ini ada yang tahu, atau mungkin tiada sesiapa yang tahu. Akan tetapi, pada hari esok, setiap satu akan tahu dan tiada satu pun yang dapat memberi manfaat.
Ya Allah, berilah peringatan kepada kami sebelum maut yang memberi peringatan kepada kami.

Sayyid Ibrahim yang dinisbahkan kepada kedudukan yang tinggi sejak sekian lama telah mengatur perjalanan para pendakwah, hendaklah mereka yang memiliki kemuliaan membantunya dan mengambil apa yang ada pada tangannya sehingga dia melepaskannya dan mengambil urusan keluarganya juga yang dalam kalangan faqir dan yang lemah supaya terhasil untuknya kelapangan khatir dada, dan dapat menyibukkan diri untuk mendoakan keselamatan dua negeri, والسلام 

Jumaat, 28 Februari 2025

Maktubat Imam Rabbani 67 Jilid 1




Surat yang keenam puluh tujuh dituliskan untuk Khan Khanan pada menyerahkan buat yang berhajat.

Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dan kamu atas mengikuti Sayyidil Mursalin penghulu segala rasul ke atas dirinya dan keluarganya selawat serta salam pada zahir batin dan begitunya juga, buat seorang hamba yang berkata "amin" semoga Allah mengasihinya.

terdapat dua perkara yang sangat penting sehingga daku terpaksa memberitahu kepada kamu. 

Pertamanya, tampak timbulnya fikiran yang menyakitkan tetapi zahir hasil mawaddah kasih sayang dan keikhlasan.

Keduanya, memberi isyarat sebagaimana berhajatnya orang yang memerlukan, yang membersihkan diri dengan melaksanakan perkara yang utama, kebaikan, dan menghiasi diri dengan makrifah serta syuhud itu tersangatlah mulia dari sudut nasab dan tersangat mulia dari sudut hasab.

Wahai yang dikhidmati, sesungguhnya pada menzahirkan haq terdapat sejenis kepahitan tapi kepahitan itu tidaklah setara dengan kedahsyatan dan gandaan pahala yang didapat. Maka, alangkah bahagianya mereka yang menelan kepahitan ini sebagaimana dia menelan madu sambil berkata "apakah masih ada lagi?"

Kelaziman sifat imkan itulah sebenarnya yang mewarnakan Ahwal. Sungguh sebahagian kelompok telah sampai kepada martabat Tamkin kukuh sehingga mereka tidak dapat menghapuskan warna itu. 

Sesungguhnya, mumkin yang miskin ini tidak sunyi daripada ahwal. kadang-kadang tenggelam dalam Sulthan Sifat Jalaliyah atau tenggelam dalam Sifat Jamaliyyah, atau berada dalam waktu tempat kepada Qabadh sempit dan waktu tempat kepada Basath lapang.

Bagi setiap musim ada had ketetapan peraturannya yang terendiri, kemarin begitu, hari ini begini. Hati mukmin berada diantara dua jari daripada jari-jari Ar Rahman, Dia membolak balik hati itu sesukanya. Wassalam.

Khamis, 27 Februari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 62 Jilid 1


Surat keenam puluh dua dituliskan kepada Mirza Husamuddin Ahmad untuk menjelaskan bahawa Jazbah tarikan yang berlaku sebelum suluk bukanlah maksud, bahkan Jazbah yang berlaku itu adalah Wasilah perantara untuk meringkaskan Manazil Suluk tingkatan suluk dengan cara memudahkan. Jazbah yang termasuk dalam tujuan untuk dicapai adalah Jazbah yang berlaku setelah suluk. Surat ini juga menjelaskan tentang apa yang bersesuaian.

Segala puji bagi Allah serta salam ke atas para hamba-Nya yang terpilih. 

Ketahuilah, jalan wusul itu tersusun daripada  dua bahagian iaitu Jazbah dan Suluk dalam kata lain disebutkan dengan Tasfiyah dan Tazkiyah. Jazbah adalah muqaddimah permulaan suluk, bukanlah sebahagian daripada maksud. Sedangkan Tasfiyah sebelum Tazkiyah bukanlah termasuk dalam tuntutan.

Jazbah yang menjadi maksud dan Tasfiyah yang dituntut yang sebenarnya hanya akan terhasil setelah sempurnanya suluk. Manakala, Tazkiyah yang terhasil berada dalam Sayr Fillah persiaran di dalam Allah.

Jazbah dan Tasfiyah yang disebutkan tadi itu berfaidah bagi Suluk dan Tazkiyah, sebenarnya hanya untuk memudahkan perjalanan suluk. Kerana urusan ini tidak akan terhasil tanpa suluk.

Keindahan yang dicari tidak akan tercapai tanpa meringkaskan Manazil tingkatan.

Jazbah yang pertama tadi rupa gambarannya persis seperti Jazbah yang kedua tapi tidaklah sama secara hakikatnya. Apa yang diceritakan ini, bukanlah apa yang sedang difahami dengan masuknya Nihayah penghujung pada Bidayah permulaan seperti yang telah diucap oleh Para Masyaikh silsilah yang tinggi ini iaitu masuknya rupa gambaran Nihayah pada Bidayah. Kalau begitu, maka Bidayah sama saja seperti haqiqat Nihayah sedangkan tidaklah sama diantara Nihayah dan Bidayah.

Penjelasan tentang perbahasan yang disebutkan ini secara terperinci terdapat dalam risalah yang telah daku suntingkan pada mentahqiqkan Haqiqat Jazbah serta Suluk dan yang semisalnya.

Kesimpulannya, bahawa meringkaskan untuk memudahkan faham rupa gambaran dengan haqiqat adalah Dhoruri boleh saja, manakala menjelaskan perkara haqiqat dengan menggunakan rupa gambaran adalah ditegah.

Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dengan kebenaran yang hakiki dan menjauhkan kami daripada rupa gambaran yang batil sesat dengan kehormatan Nabi yang dipilih dan keluarganya yang Abrar ke atasnya dan mereka selawat yang paling sempurna dan tahiyyat penghormatan yang paling utama.


Sabtu, 18 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 57 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh tujuh dituliskan untuk Syaikh Muhammad Yusuf tentang sebuah nasihat

semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kamu istiqamah di atas jalan nenek moyang kamu yang mulia dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin penghulu sekalian rasul, ke atasnya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

Hendaklah diketahui, kedaulatan, kepimpinan,  dan kekerabatan adalah harta warisan yang terdapat dalam kalangan kamu. Seharusnya, kehidupan dan pergaulan kamu berlandaskan jalan yang mudah bagi kamu melayakkan diri untuk mendapatkan warisan itu. 

Apa yang daku maksudkan ialah, hendaklah kamu mengelokkan zahir kamu dengan zahir syariat dan menghiasi batin kamu dengan batin syariat, terhiasnya batin dengan syariat itulah ungkapan dari haqiqat. Sesungguhnya, tariqat dan haqiqat itu adalah dua ungkapan daripada Haqiqat Syariat. 

Dan yang mengatakan tariqat sahaja satu-satunya diri sebenar haqiqat syariat, sedangkan dia menganggap tariqat beserta haqiqat adalah dua perkara yang berlainan. Maka,i'tiqad seperti ini adalah i'tiqad para mulhid dan zindiq.

menurut sangkaan faqir terhadap kamu, kamu adalah orang yang sangat baik, jadikanlah beberapa fakta itu sebagai saksi kepada makna ucapan ini. Daku juga telah menceritakan sedikit sebanyak fakta itu kepada ayah kamu yang mulia.

Akhir sekali apa yang ingin daku sebutkan, adalah Syaikh Abdul Ghani itu seorang lelaki yang dipenuhi dengan kesolehan dan berakhlak mulia. Jadi, sekiranya dia datang untuk berkhidmat padamu dalam satu urusan, maka berikanlah perhatian kepadanya. 

والسلام والإكرام

siap terjemah

19 Rajab 1446 Hijrah, 8:28 pagi, Khanqah Naqshaband, Keningau, Sabah, Malaysia

Khamis, 16 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 56 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh enam dituliskan kepada Syaikh Abdul Wahab bin Sayyid Ahmad Al Multani pada menyerahkan seorang daripada kalangan Saadat. Sesungguhnya Para Saadah yang mulia lagi suci, mereka itu adalah orang yang memiliki banyak keberkahan disebabkan perantaraan juz'iyyah sebahagian kecil daripada Sayyid al-Awwalin wal Akhirin, ke atasnya dan ahli keluarganya semoga dilimpahkan selawat. Ya ! lidah siapakah yang dapat menceritakan dengan terperinci manqabat perbuatan baik mereka dan mahmadat perkara yang selayaknya dipuji dari diri mereka ? disebabkan tiada yang berani melakukannya, maka kami cuba memberanikan diri untuk menceritakan bab ini supaya pujian kami terhadap mereka itu menjadi sebab kebahagiaan kami sendiri bahkan hanya dengan memuji merekalah diri kami juga akan mendapat pujian dan kami juga ingin menzahirkan mawaddah kasih sayang terhadap mereka yang adalah kasih terhadap mereka itu adalah perintah daripada Allah.


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan orang yang mencintai mereka dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin ke atasnya dan keluarganya selawat dan salam.

Orang yang membawa surat yang sedang dibaca ini ialah Sayyid Ahmad, dia ini adalah termasuk dalam golongan Saadah, sekumpulan penuntut ilmu dan termasuk dalam jemaah orang-orang soleh.

Sungguh dia telah menghadapi had batasannya kerana hidupnya yang berterusan susah. Jika pintu keluhuran itu masih memiliki ruang, maka orang yang diberi isyarat tadi itu layak diberikan pandangan perhatian dan pertolongan lagi dia itu tersangatlah berhak untuk itu. Jika pintu keluhuran yang tinggi itu sudah tidak memiliki ruang, maka serahkanlah dia kepada seseorang yang mukhlisin agar dia menjadi tenang tenteram dalam kehidupannya. 

Tatkala daku yakin padamu, maka daku mengutus surat ini padamu, kerana kamu sering memberi perhatian yang sempurna dalam menguruskan urusan orang-orang faqir dan berhajat. Demikian lagi,  kerana kamu sering memberi tumpuan yang khusus untuk menolong para saadah yang besar, maka sebelum kami menghantar surat ini, kami sendiri telah menyunting perkataan-perkataan di dalamnya dan apa yang telah disebutkan, walaupun dalam keadaan dia tidak gembira dengan apa yang ditulis. Hal itu tampak tatkala dia hendak pergi, dia tidak gembira sebagaimana gembiranya seseorang yang mendapat rukhsah keringanan. Sifatnya sebegitu tiada lain adalah kerana dia itu termasuk dalam golongan orang yang mukhlisin.


semoga Allah سبحانه mengurniakan kita istiqamah dan ikhlas untuk mencintai mereka.

Berlebihan daripada ini hanya akan membuat surat ini menjadi panjang.


siap terjemah

16 Rajab 1446 Hijrah, 5:11 petang, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Selasa, 14 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 51 Jilid 1



Maktub surat yang kelima puluh satu dituliskan juga untuk al-Sayyid an-Naqib al-Syaikh Farid Bukhari tentang galakkan memperkenalkan hukum syariat ke atas Sahib pemiliknya selawat dan salam

Kami memohon kepada Allah سبحانه agar mengukuhkan tiang rukun undang-undang syariat dan menyebarluaskan hukum hakam Millah agama yang putih lagi mudah (islam) dengan perantaraan wujudnya silsilah keturunan yang agung lagi mulia.

Inilah pekerjaan yang sebenar dan selebihnya adalah perkara yang sia-sia. 

Untuk Ghuroba dari kalangan ahli islam mendapatkan kelepasan pada hari ini daripada tenggelam ke dasar laut kesesatan adalah dengan mendapatkan pertolongan daripada bahtera ahli bait keluarga Khairil Basyar sebaik-baik manusia, sumber risalah yang ke atasnya dan ahli keluarganya, semoga dilimpahkan selawat yang paling sempurna dan salam yang paling afdhal.

Dia عليه الصلاة والسلام telah bersabda : perumpamaan ahli baitku seperti perumpamaan bahtera Nuh, siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang bertindak sebaliknya, akan binasa.

Maka apa yang sepatutnya dibuat adalah menggunakan semua himmah kesungguhan yang tinggi untuk menghasilkan kebahagiaan yang agung ini.

Sungguh telah menjadi mudah bagi mereka itu dengan 'inayat bantuan daripada Allah سبحانه وتعالى الجاه والجلال والعظمة والشوكة Maha Suci Dia, yang Tertinggi, yang Memiliki Kehormatan, yang Maha Agung, yang Maha Besar, yang tidak memiliki had batasan semuanya itu.

Jika terhimpun semua kurniaan yang telah disebutkan ini serta pada dirinya sendiri memiliki kehormatan, maka mereka yang seperti itulah yang telah mendahului dalam medan kebahagiaan mengatasi sekalian rakan-rakan. Al-Faqir disini akan sentiasa memberi tawajjuh kepada kamu dengan sepenuh iradah untuk menzahirkan perkataan-perkataan seperti ini agar dapat menguatkan syariat yang benar dan untuk memperkenalkannya kepada orang ramai.

Kini, mereka telah melihat hilal anak bulan Ramadan di Delhi, Hadhrat Walidah faham keadaan sakitku, dia menyuruhku agar daku berhenti, jadi daku pun berhenti dalam keadaan terdesak untuk mendengar pengkhataman al-quran.

Perkara inilah yang bernilai di sisi Allah سبحانه وتعالى, dan apa yang diharapkan dari Allah ialah terhasilnya kebahagiaan di kedua alam (dunia dan akhirat).

siap terjemah
15 Rajab 1446 Hijrah/ 15 January 2025 Masihi
Rabu, 1:17 petang

Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia

Isnin, 13 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 50 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh tentang kecelaan dunia yang hina dituliskan untuk al- Sayyid an- Naqib al-Syaikh Farid al-Bukhari juga.

semoga Allah سبحانه memuliakan kamu dengan kelepasan daripada merasa sedap terhadap perkara selain Diri-Nya dan mudah-mudahan Dia menjadikan kamu bertawajjuh menghadap diri kepada-Nya سبحانه  secara keseluruhan serta menjadikan kamu dirundung perasaan cinta kepada-Nya secara berterusan melalui kehormatan Penghulu Sekalian Manusia Yang Membebaskan Daripada Pandangan Yang Kabur, ke atas dirinya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

Ketahuilah, dunia ini manis pada zahirnya dan dingin segar pada rupanya. Tetapi, pada realitinya dunia itu adalah racun yang membunuh dan nikmat yang palsu. Tiada faedahnya memiliki memiliki hubungan rapat dan kemesraan yang mengikat dengan dunia. 

Menerima dunia adalah perkara yang memalukan dan terpesona padanya adalah hal yang gila. Hukumnya itu sama seperti hukum najis yang disalut dengan emas dan rupanya sama seperti racun yang dicampur dengan gula. Orang yang berakal tidak akan tertipu dengan nikmat yang tidak bermutu seperti ini dan orang yang pintar juga tidak akan mahu memiliki barangan yang telah rosak.

Kerana ini, para fuqaha telah berkata;

kalau seseorang itu hendak mewasiatkan hartanya untuk orang-orang yang pintar, maka hendaklah dia memberikan hartanya itu kepada orang-orang yang zuhud. Kerana mereka itu sering meninggalkan dunia, dan  perbuatan mereka tidak mempedulikan dunia itu menunjukkan betapa sempurnanya akal dan rasional mereka.

berlebih-lebihan dalam menuliskannya adalah Ithnab menjadikan penulisan ini panjang. 

Tinggal lagi keinginan daku yang satu ini, Syaikh Zakariyya diberi bebanan untuk mengutip cukai dalam usianya sekarang. Dalam keadaan sebegitu dia sentiasa merasa takut dengan perkiraan yang cepat, perkiraan cepat itu menurutnya sangat mudah berbanding dengan perkiraan yang lambat.

Dia melihat kepada piagamnya yang agung pada alam asbab ini berkat tawajjuh dari kamu yang mulia. Dia berharap adalah keadaannya yang sedang berkhidmat di tempat yang tinggi itu ialah dapat dizahirkan dalam tulisan yang baru juga yakni dapat disampaikan kepada para tuan-tuannya.

syair :

ألا أعطني قلبا ترى من جسارة 
الأسود وإن ألفيتني قبل ثعلبا

tidakkah kau mahu memberikan kepadaku hati yang telah melihat daripada seekor hitam yang berani, walaupun dulu kau telah menyelamatkan aku daripada ular.

Semoga Allah سبحانه memudahkan daulat yang memiliki gambaran dan maknawi ini dengan kehormatan Nabi al-Ummi dan keluarganya yang mulia, ke atas dirinya dan mereka semua selawat serta salam.

siap terjemah
14 Rajab 1446 Masihi/13 January 2025
9:48 malam, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...