Sabtu, 1 Jun 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Kesebelas Jilid Pertama

Maktub Kesebelas

Pada menjelaskan sebahagian Kasyaf, terhasilnya Maqam Ru'yat melihat dan menyalahkan diri atas kelemahan diri sendiri pada semua Ahwal keadaan, penzahiran makna dan sir rahsia tiga kalimat perkataan Syaikh Abi Sa'id Abil Khair, dan menjelaskan juga Ahwal sebahagian sahabat-sahabatnya [rakan Hadhrat Mujaddid قدس سرہ]. Hadhrat Mujaddid قدس سرہ menuliskan surat ini untuk Syaikhnya yang mulia.

Surat permohonan daripada hamba yang hina, Ahmad. Sesungguhnya, Maqam yang dimana daku telah melihat diriku sendiri berada padanya dulu itu, daku telah melihat tempat persinggahan Para Khulafa yang tiga setelah memberi perhatian untuk mengikuti arahan dari Tuan Syaikh yang mulia. Pada ketika daku tidak melihat diriku berada pada Maqam itu dan tidak tetap dalam mengikut arahan Tuan Syaikh, maka daku tidak akan dapat melihat Para Khulafa yang tiga itu untuk pandangan kali pertama. Begitu juga ketika daku tidak tetap dan stabil dalam mengikut arahan Tuan Syaikh pada Maqam itu, daku juga tidak akan dapat melihat salah seorang daripada Para Imam Ahlil Bait pada Maqam itu selain dua imam yakni Al Imam Al Hasan dan Al Imam Al Husain Ibni 'Ali bin Abi Thalib dan Al Imam Zainal 'Abidin رضي الله عنهم أجمعين.

Tetapi pada Maqam itu terdapat berbagai tempat persinggahan untuk mereka dan mungkin boleh melihatnya dengan Nazhar pandangan yang mendalam.

Adapun jalan untuk Ru'yat memandang diri sendiri yang dahulu itu, jalan (cara) yang daku gunakan tersebut adalah tidak sesuai (tidak boleh) digunakan untuk Maqam ini. Ketidaksesuaiannya (tidak bolehnya) itu ada dua jenis :

Jenis pertama : tiada zahirnya satu pun jalan daripada banyaknya jalan. Jikalau daku dapat melihat satu saja jalan (cara lain), nescaya ketidaksesuaian itu tidak diperlukan lagi.

Keduanya, tidak sesuai (tidak boleh digunakan) secara mutlak. Ketidaksesuaiannya itu tidak akan hilang walau dengan macamana cara sekalipun. (Walaupun tidak dijumpai sebarang cara, tetap tidak boleh digunakan).

Jalan yang dapat menyampaikan kepada Maqam sedemikian itu hanya ada dua, tiada yang ketiganya. Yakni, tidak akan zahirnya jalan dalam Nazhar pandangannya, selain dua jalan ini saja.

Jalan pertama, Ru'yat melihat Naqshi kekurangan, Qushur kecuaian, dan menyalahkan diri sendiri dalam amal-amal kebaikannya , Ru'yat itu hendaklah dengan Jazbah yang kuat. (Melihat kekurangan, menyalahkan dirinya itu hendaklah dengan penuh jazbah).

Keduanya, Suhbat dengan Syaikh yang Mukammil dapat menyempurnakan lagi Majzub yang telah sempurna suluknya.

Sungguh Allah سبحانه telah mengurniakan daku rezeki pada Jalan yang pertama mengikut kadar kesediaan berdasarkan 'Inayat bantuan dari Tuan Syaikh yang tinggi. Tidak akan terbit padaku amal-amal kebaikan melainkan dengan menuduh menyalahkan diriku sendiri. Bahkan hatiku tidak pernah beristirehat daripada berhenti menyalahkan diriku sendiri dan tuduhan seperti ini tidak pernah hilang dari Qalbi hatiku. Sehingga daku diperlihatkan kepada diriku sendiri seolah-olah tidak pernah lahir dari diriku amal yang sesuai mengikut Kitab Al Malikil Yamin. Daku juga telah beriktiqad, catatan amalan pada sebelah kananku kosong daripada amal-amal kebaikan, tidak sama sepertimana yang telah daku catit dengan panjang lebar dalam penulisanku. Maka bagaimanakah daku hendak berhadapan dengan Al Haq جل وعلا nanti.

Ketahuilah, semua orang yang ada dalam alam ini dari kalangan Kuffar orang kafir ingkar, Zindiq dan Mulhid itu lebih afdal utama daripada diriku dalam berbagai rupa, dan semua kejahatan yang ada dalam alam ini adalah Ana daku.

Manakala tentang Jazbah, walaupun Jazbah itu telah sempurna dengan sempurnanya Sayr perjalanannya kepada Allah, tetap juga, sebahagian kelaziman kebiasaan dan Tawabi' tabiat-tabiatnya akan masih ada lagi berbaki. Sekarang, pada Maqam ini baki yang tersebut itu juga telah pun sempurna dengan sebab terjadinya Fana' pada Markaz Maqam Sayr Fillah.

Daku telah tuliskan secara sempurna Tentang Ahwal Fana' yang telah berlaku itu dalam surat yang telah terdahulu, mudah-mudahan murod yang dikehendaki dengan Fana' itu selari dengan kalam perkataan Khwajah 'Ubaidillah Ahrar قدس سرہ yang katanya : "telah berkata Para Akabir : Penghujung urusan ini adalah Fana'" iaitu Fana' yang sebenar itu akan berlaku setelah Tajalli Zati.

Haqiqat sebenar dari Sayr Fillah perjalanan menuju Allah dan Fana' Iradat itu ialah sebahagian dari sekian banyaknya Fana'. 

Syair :

Setiap orang yang tidak mencintai Maulanya adalah seorang yang Fani binasa, Maka orang seperti ini baginya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.

Mereka yang tidak memiliki kesesuaian dengan Maqam ini, dalam pandanganku mereka itu terdiri daripada dua kelompok. Satu kelompok, mereka itu diberikan Tawajjuh kepada Maqam ini dan mereka cuba mencari jalan untuk sampai kepada Maqam ini. Satu kelompok lagi, mereka itu sedikit pun tidak memalingkan diri kepada Maqam ini dan tidak juga diberikan Tawajjuh untuk mereka. 

Tawajjuh Hadhrat yakni Syaikhnya itu adalah lebih dahsyat agar terzahirnya jalan ini. Ini adalah jalan kedua daripada dua jalan untuk Wusul sampai kepada Maqam ini. Dan untuk terzahirnya kesesuaian pada jalan ini dimana daku diperintahkan oleh Hadhrat Tuan Syaikh, maka daku berani memberikan Tawajjuh semata-mata untuk mengikut arahan Tuan Syaikh, jika daku tidak mengikut arahan Tuan Syaikh, maka daku adalah sama seperti Ahmad yang dulunya, tidak pernah berubah.

Laporan kedua, telah zahir Maqamat yang lain pada pertengahan melalui Maqam tersebut kali kedua, setengah Maqam itu berada di atas Maqam yang lain. Tatkala daku sampai ke Maqam yang diatas Maqam terdahulu itu setelah menzahirkan Iftiqar berhajatnya kepada biasan Tawajjuh Syaikhnya, maka menjadi semakin jelaslah padaku Maqam Hadhrat Dzi An Nurain Sayidina 'Usman bin 'Affan bin Abil 'Ash bin Umayyah Amirul Mu'minin Zun Nurain رضي الله عنه. Dan terdapat juga tempat persinggahan bagi Khulafa yang lain pada Maqam tersebut. Maqam ini ialah Maqam Takmil dan juga Irsyad pada martabat ini. Begitu juga dua Maqam yang akan disebutkan setelah ini, ia juga adalah Maqam Takmil dan Irsyad. 

Kemudian daku telah melihat satu Maqam yang berada diatas Maqam Sayidina 'Usman رضي الله عنه, tatkala daku sampai pada Maqam itu, menjadi jelas padaku Maqam Hadhrat Al Faruq Sayidina 'Umar bin Al Khattab Al Quraisy Al 'Adawi Abu Hafs رضي الله عنه, dan bagi Khulafa yang lain juga terdapat tempat persinggahan pada Maqam ini juga. 

Kemudian daku telah melihat diatas Maqam Sayidina 'Umar رضي الله عنه, adanya Maqam As Shiddiq Al Akbar Sayidina Abu Bakr 'Abdillah bin Abi Quhafah Abu Bakr As Shiddiq رضي الله عنه, dan setelah daku sampai pada Maqam ini juga, daku mendapati ada Khwajah Bahauddin An Naqshbandi Muhammad bin Khwajah Ahmad Az Zuhuri Al Faruqi Al 'Arif Billah Syaikh Bahauddin An Naqshband As Shufi قدس سره, di kalangan Para Masyaikh, Hadhrat Khwajah Naqshbandi lah yang telah menemaniku melalui sekalian Maqamat. Dan semua Khulafa Rasyidin memiliki tempat persinggahan pada Maqam ini juga. Tiada perbezaan mereka itu melainkan pada tempat persinggahan, Maqam, laluannya, dan Tsabat tempat tetapnya.

Tidak akan didapati Maqam lain yang berada di atas Maqam ini melainkan Maqamnya Khatamin Nabiyyin Wal Mursalin عليه من الصلوات أكملها ومن التحيات أتمها.

Dan telah zahir padaku Maqam Nurani yang bercahaya lagi 'Ali tersangat tinggi, Maqam ini setentang dengan Maqam As Shiddiq Al Akbar رضي الله عنه, daku sekali-kali tidak pernah melihat Maqam semisalnya sebelum ini.

Maqam ini terangkat sedikit tinggi daripada Maqam tersebut, tingginya seperti tinggi papan apabila orang-orang mengangkatnya dari tanah. Menjadi jelas padaku bahawa ia juga adalah Maqam Mahbubiyyat dan Maqam ini dihias dan diukir. Daku dapati diriku juga turut dihias dan diukir disebabkan kesan daripada Maqam ini. Kemudian daku dapati diriku setelah itu menjadi Latif halus pada ketika mengalami Kaifiyat itu, dan daku melihat diriku sendiri bertebaran di Afaq langit seperti angin dan potongan awan sehinggalah daku telah memahami tentang sebahagian penjuru Afaq, manakala Hadhrat Khwajah Naqshbandi pula berada pada Maqam As Shiddiq dan daku dapati diriku sendiri berada pada Maqam yang sejajar dengan Hadhrat Khwajah seperti mana kaifiyat yang daku ceritakan tadi.

Laporan ketiga, Janganlah dilihat meninggalkan kesibukan dalam pekerjaan ini adalah perkara yang diridhai, Seperti dalam perkara tersebut ini; ada seorang alim yang tenggelam dalam kesesatan sedangkan orang lain mendapati diri mereka memiliki kemampuan untuk menghindarkan diri orang alim itu dari kesesatan, hendaklah sibuk untuk berfikir dengan wajar dan membantu diri orang alim itu keluar daripada kesesatan walaupun di hadapan mereka itu ada kesibukan urusan yang lain. Akan tetapi menyibukkan diri dengan melakukan pekerjaan seperti ini akan menjadi perkara yang Dharuri penting dan Mardhiy diridhai dengan syarat hendaklah merasa penting untuk beristighfar disebabkan timbulnya sebahagian was-was dan bisikan-bisikan yang terhasil pada pertengahan melakukan pekerjaan ini. Dengan melakukan syarat inilah pekerjaan itu akan masuk ke dalam Ridha, ada pun jika tidak memberi perhatian untuk melaksanakan syarat ini, maka kerjanya itu tidak diridhai. Bahkan kerjanya itu kekal lebih rendah. Ada pun Khwajah Naqshbandi dan Khwajah 'Alauddin Al Attar قدس سرهما maka pekerjaan daripada kedua mereka ini adalah diridhai tanpa mereka memberi perhatian terhadap syarat ini.

Ada pun tentang kerja dari faqir ini kadangkala pekerjaannya masuk dalam keridhaan dengan tanpa memberi perhatian terhadap syarat, kadangkala kerjanya menjadi kekal dalam keadaan yang lebih rendah.

Keempatnya, bahawa Syaikh Abu Sa'id Abul Khair telah menyebutkan dalam kitab An Nafahat, katanya : "apabila tidak kekal 'Ain, maka dimanakah terdapatnya 'Atsar kesan? tiada yang kekal dan tiada yang tinggal." Kalam ini sungguh telah memusykilkan diriku pada ketika awal Nazhar. Sesungguhnya Syaikh Muhyiddin dan para pengikutnya berpendapat bahawa hilangnya 'Ain adalah maklum pengetahuan daripada maklumat-maklumat pengetahuan Allah تعالى yang mustahil. Jika tidak (jika ia bukan pengetahuan yang mustahil), nescaya bertukarlah Ilmu pengetahuan itu kepada Jahil (kebodohan). Apabila kekal 'Ain, kemana perginya 'Atsar kesan?.

Pendapat ini adalah kalam yang Mutamakkin kukuh dalam zihin fikiran tentang perbicaraan ini, maka sekali-kali tidaklah akan larut hilang kalam Syaikh Abu Sa'id. Kemudian Allah سبحانه telah mengkasyaf singkapkan  Sir rahsia kalam ini setelah mendapat Tawajjuh yang sempurna dan pengesahan dari Tuan Syaikh bahawa 'Ain tidak kekal, begitu juga 'Atsar.

Daku telah dapati makna ini dalam diriku juga, maka tiadalah kekal kemusykilan. Daku telah melihat Ma'rifat pada Maqam ini juga, daku melihat Maqam ini sangat tinggi berada di atas Maqam yang menjadi jelas Nazhar kepada Syaikh Muhyiddin dan pengikutnya, dan tidak ada penafian diantara dua pihak perbahasan ini. Kerana satunya berada di satu Maqam dan satu Maqam lagi berada di Maqam yang lain. Mereka tidak berada di Maqam yang sama.

Untuk memperincikan laporan ini di dalam surat, terpaksa perlu huraian yang panjang dan membosankan.

Sungguh telah zahir juga apa yang telah dikatakan oleh Syaikh yakni Syaikh Abu Sa'id Abul Khair tentang dawam berterusannya perkataan ini, kata-katanya ini adalah satu ibarat tentang apa dan dawam kekalnya itu apa. Lalu daku dapati kata-katanya ini kekal berada dalam diriku walaupun kata-katanya ini daripada kata-kata yang nawadir jarang-jarang disebut dan didengar. (Tapi tetap kekal).

Juga, hatiku tidak cenderung untuk Muthola'ah kitab-kitab dan merasa tidak sedap hati untuk membacanya, melainkan ada dalamnya menyebutkan Manaqib Para Masyaikh Kibar Al 'Aliyyah dan menyebutkan ahwal mereka yang mulia dan pengalaman mereka di dalam Maqamat, maka menjadi gembiralah daku untuk muthola'ah perkara yang seperti itu.

Ahwal Para Masyaikh yang dahulu-dahulu itu lebih banyak pengharapan di dalamnya. Daku tidak mampu untuk muthola'ah kitab-kitab Haqaiq haqiqat-haqiqat dan Ma'arif ma'rifat-ma'rifat terutamanya kalimat tauhid Wahdatul Wujud dan Tanazzulat Maratib. Daku diperlihatkan diriku sendiri dalam bab ini banyaknya keserupaan dengan Syaikh 'Alauddaulah dan daku sepakat dengannya tentang Zauq dan Ahwal dalam masalah ini. Tetapi ilmu yang dahulu itu tidak mahu meninggalkan diriku kerana ingkarnya dan bersikap keras terhadap tuannya, yakni seperti mana telah terbitnya Ahwal itu daripada Syaikh 'Alauddaulah.

Dan juga, daku telah memberikan Tawajjuh untuk menghilangkan penyakit beberapa kali lalu telah terzahir kesannya. Begitu juga telah zahir Ahwal sebahagian orang yang telah mati daripada 'Alam Barzakh, dan daku melakukan Tawajjuh juga untuk menghilangkan kesakitan-kesakitan dan kesengsaraan daripada mereka. Kini tiada lagi baki kekuatan untuk melakukan Tawajjuh. Diriku sudah tidak mampu untuk berhimpun dengan sesuatu pun disebabkan telah terbit sebahagian rampasan, kezaliman dan ketidakadilan daripada sebahagian manusia kepada hak diri faqir, mereka telah memberikan kesengsaraan, kezaliman yang banyak seperti mengurung daku pada tempat ini dan mereka telah mengusir daku untuk keluar dari kampung tanpa hak.

Walaupun begitu tidak pernah jatuh habuk atas fikiran dan tidak juga berjalannya beban dan kesakitan dalam Qalb sama sekali, apa lagi niat dalam hati untuk untuk menyinggung perasaan mereka. 

Sebahagian Ashab rakan-rakan telah berusaha untuk mendapatkan Syuhud dan Ma'rifat pada ketika berada di Maqam Jazbah, dan sekarang mereka belum lagi meletakkan kaki pada Manazil tingkatan Suluk. Daku akan menyebutkan secara ringkas tentang Ahwal mereka dan melaporkan kepada Hadhrat Tuan Syaikh. Semoga Allah سبحانه memuliakan mereka dengan daulat suluk setelah selesainya Jazbah. Sekarang daku ceritakan tentang Ahwalnya :

Sesungguhnya Syaikh itu (seorang rakan Hadhrat Mujaddid قدس سرہ) cahayanya adalah terikat dan terkurung pada Maqam tersebut. Nur itu tidak dapat sampai ke Nuqtah titik Fauqaniyyat di dalam Maqam Jazbah setelah terkurung. Sesungguhnya Maqam Jazbah itu akan menyakiti Syaikh itu pada ketika gerak dan diamnya dan disebabkan itu, dia tidak akan memiliki kewarasan untuk membezakan antara perkara yang elok dan yang tidak elok. 

Begitu juga sama halnya, telah terjadi pada para Ashab rakan-rakan, dalam kebanyakan urusan Jazbah, nur untuk mereka telah terhenti disebabkan tidak memelihara adab (maka perkara yang sama telah terjadi pada diri mereka).

Daku hairan pada bab ini, Syaikh itu tiada Iradat keinginan untuk terhenti urusan jazbahnya, bahkan dia inginkan Taraqqi peningkatan. Tapi urusan-urusan jazbahnya terhenti diam tidak bergerak dengan tanpa ikhtiarnya, jikalau lah tidak disebabkan perkara ini, pasti Jalannya akan menjadi lebih dekat. 

Maulana yang biasa disebutkan namanya ( Hadhrat Mujaddid menyebutkan tentang dirinya sendiri) telah nuzul ke Nuqtah pengakhiran dan telah selesailah urusan Jazbahnya. Dia telah sampai ke Barzakhiat pada Maqam tersebut dan menyampaikan laporan tentang perbezaan dari tempat destinasi ke penghujungan. Pada awalnya, dia juga telah melihat sifat-sifat bahkan dia telah melihat Nur yang berdiri pada sifat terpisah dari dirinya. Dia telah mendapati dirinya seperti hantu yang kesepian. Kemudian dia melihat sifat-sifat yang terlepas dari zat dan dia telah sampai pada Ru'yat penglihatan ini ketika berada di Maqam Jazbah sehingga Ahadiyyat. Sekarang dia merasa kagum dengan alam dan dirinya, sehingga tidak lagi berkata-kata tentang Ihathah meliputi dan tidak juga tentang Ma'iyyat dan kini Tawajjuhnya ialah kepada yang paling batin daripada segala yang batin, sekira-kira tiada hasil baginya apa-apa lagi selain cuma Hairat kehairanan dan Jahalat ketidaktahuan.

Sayyid Shah Husain juga telah sampai ke Qurb Nuqtah titik penghampiran yang terakhir daripada Maqam Jazbah dengan cara sampai kepalanya ke Nuqtah itu. Begitu juga, dia telah mendapati sifat-sifat terlepas dari zat tetapi dia mendapati zat yang sama itu ada setiap tempat dan selamat zat itu secara zahir. Miyan Ja'afar juga telah sampai ke Qurb Nuqtah yang terakhir. Kebanyakan yang zahir pada dirinya itu ialah Syauq rindu dan cinta, dan Maqamnya itu sangat hampir dengan Shah Husain. Zahir juga perbezaan pada Ashab yang lain. Miyan Syaikhan, Syaikh 'Isa, Syaikh Kamal, mereka telah sampai ke Nuqtah Fauqaniyyat dalam Maqam Jazbah. Dan Syaikh Kamal juga telah memberi Tawajjuh untuk Nuzul. Syaikh Nagori juga telah sampai di bawah Nuqtah Fauqaniyyat, tetapi di hadapannya ada jarak yang panjang. Dan sebilangan Ashab yang dimaksudkan dalam bilangan lapan, sembilan bahkan mungkin sepuluh orang, mereka semua telah sampai ke bawah Nuqtah Fauqaniyyat. Sebahagian mereka telah sampai ke Nuqtah itu dan sebahagian lagi telah bersiap untuk Nuzul, dan sebahagian lagi menghampiri  Nuqtah Fauqaniyyat dan sebahagian lagi sangat jauh daripada Nuqtah itu.

Syaikh Miyan Muzammil telah mendapati dirinya tiada, dan dia melihat sifat-sifatnya sepertimana asal, dia mendapati dirinya semata-mata tanpa sifat berada pada setiap tempat, dia juga mendapati Fatamorgana segala Asya suatu yang sangat ketiadaan I'tibar pada Asya itu bahkan dia dia tidak dapat melihat apa-apa pun. Bab ini serupa juga dengan apa yang zahir pada diri Maulana yang biasa disebutkan namanya (Hadhrat Mujaddid قدس سره menceritakan tentang dirinya sendiri). Dia mendapat keizinan untuk memberikan pelajaran tentang perkara yang diridhai kepada Para Thalibin, akan tetapi keizinan itu sesuai pada ketika berada di Maqam Jazbah. Walaupun masih berbaki lagi sebahagian urusan-urusan Jazbah yang biasanya membolehkan dia mendapat faidah, tetapi dia tetap mahu bergegas pergi dari Maqam itu dan tidak mahu berhenti disitu.

Apabila dia telah mencapai kehadiran Para Masyaikh yang Aqdas suci, mereka telah menyuruh dia untuk melakukan perkara yang didalamnya terdapat kebaikan (memberikan Ta'lim kepada Para Thalibin). Tiadalah pengetahuan untuk melakukan perkara yang baik itu ada dalam diri Faqir ini, maka daku melaporkannya kepada Tuan Syaikh, dan keputusannya berada di sisi Tuan Syaikh.

Khwajah Dhiyauddin Muhammad telah berada di sini (khanqah Hadhrat Mujaddid قدس سره) dalam beberapa hari. Dia telah berusaha untuk mendapatkan Hudur dan Jam'iyyat secara keseluruhan. Kemudian takdir lain yang berlaku, iaitu datang pada Khatirnya tentang kurangnya asbab-asbab dirinya untuk meneruskan kehidupan. Maka tumpuannya telah tertumpu untuk menjadi tentera. Manakala anak Maulana Syir Muhammad memberi tumpuan untuk menjadi seperti Tuan Syaikh kerana kelazimannya (biasa datang Khanqah), dia telah mencapai Hudur dan Jam'iyyat secara keseluruhan. Dia tidak dapat Taraqqi meningkat sebagaimana yang sepatutnya disebabkan adanya sebahagian halangan-halangan. Berlebih-lebihan dalam memanjangkan surat ini, adalah tidak beradab.

Setiap orang tidak akan tahu masanya telah pergi meninggalkannya.

Kemudian setelah menuliskan permintaan ini, daku juga ingin melaporkan tentang Kaifiyat dan Haalat yang tidak mudah untuk menjelaskan secara tulisan. Telah berlaku Fana Iradat pada tempat ini, sepertimana telah berta'aluq Iradat keinginan dengan yang Muradat diingini yang dahulunya tiada dan tinggallah Asal Iradat sepertimana yang telah daku ceritakan dalam surat. Sekarang telah terputuslah titik peluh Iradat keinginan secara Kulliyat keseluruhan. Maka pada ketika ini tiada lagi Murad yang diinginkan dan tiada juga Iradat keinginan. Telah zahirlah rupa gambaran Fana' ini juga dalam Nazhar pandangan. Dan terlimpahlah sebahagian daripada ilmu-ilmu pengetahuan mengikut Maqam ini. 

Tatkala daku menuliskan surat ini, pada ketika itulah  berlakunya Fana', Faidhzat 'Ulum limpahan ilmu-ilmu, dan terbukanya Nazhar yang Khas, pandangan diluar daripada Wahdat, (pandangannya tidak sama seperti pandangan ketika Wahdat), walaupun tidak memandang seperti pandangan Wahdat itu adalah perkara yang telah ditetapkan, bahkan memang tiada sebarang perkaitan pun dengannya (Wahdat). Tapi setiap kali daku mendapatinya (Wahdat), daku ingin melaporkannya, sedangkan daku tidak berani untuk menuliskannya sehinggalah sampai kepada Martabat Yaqin, barulah daku tuliskan laporan tentangnya. 

Daku juga melihat rupa gambaran Maqam itu berada jauh dari Wahdat, sepertimana daku melihat Dehli dari kejauhan. Sedikit keraguan pun tiada pada Maqam ini.

Walaupun pandangan ini bukannya Wahdat, bukan di luar Wahdat, dan bukan juga Maqam yang lain, daku tetap mengenali mana yang benar atau mana yang diluar kebenaran. Hairat Kebingungan dan Jahalat Kejahilan saling bertukar-tukar (kejap Hairat, kejap Jahalat). Tiada perbezaan antara Jahalat dan Hairat disebabkan Ru'yat ini, daku tidak tahu apa yang daku sedang laporkan sekarang. Semuanya saling Tanaqud dengan Tanaqud berlawanan, perbicaraan tentang ini tidak dapat dikaitkan, walaupun hal keadaannya benar tanpa ragu.

أستغفر الله وأتوب إليه مع جميع ما كره الله قولا وفعلا خاطرا وناظرا.

Dan lagi, pada saat ini telah menjadi jelaslah apa yang telah daku fikirkan dahulu tentang Fana' Sifat. Pada haqiqatnya, Fana' Khususiyyat Sifat dan apa tidak sama dengannya, pada ketika jatuhnya sifat ke dalam Wahdat, maka terangkatlah Khususiyyat itu lalu memberi waham, bahawa telah berlaku Fana' Sifat. Jadi, Fana itu telah menolak asal kesemua sifat dan terpadamlah asal semua sifat-sifat. Satu pun tiada lagi yang tinggal walaupun dengan cara menggabungkan dan memasukkan. Penaklukan Ahadiyat tidak meninggalkan apa-apa lagi. Tiada juga sisa baki Tamyiz kemampuan untuk membezakan yang terhasil daripada Martabat Ilmu Ijmali atau Tafsili. Jadilah pandangannya pada ketika itu pada Khariji luaran secara (total) sempurna adalah Allah semuanya.Tiada suatu pun yang bersama-sama Allah dalam pandangannnya.

Beginilah keadaannya sekarang pada saat ini, yang mana dahulunya terhimpun pada dirinya ilmu tentang perbicaraan ini, kini tidak ada lagi. Adalah diharapkan daripada ini, semoga terhasilnya juga kesedaran tentang kesihatan dan penyakit.

Dilihat pada saat ini, Maulana Qasim memiliki nasib untuk berada pada Maqam Takmil, begitu juga bagi Ashab yang lain, mereka juga memiliki peluang yang sama.

والله سبحانه أعلم بحقيقة الحال

*Telah siap diterjemahkan pada 25 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 2 June 2024 Masihi pukul 2:21 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia


العبد الضعيف الفقير الحقير اللا شيء المسكين أومڤما دبو دتلافك كاكي ڤارا مشائخ
حضرة الفقير عزمي بن أصلي غفر الله ذنوبه وستر عيوبه


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...