Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketinggian dalam dua negeri dan bahawa kejayaan itu diikat dengan mengikuti Ahli Sunnah Wal Jama'ah, mereka itulah kelompok yang selamat.
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله
surat kamu yang mulia itu telah sampai kepada shuhbah perdampingan seorang saudara iaitu Maulana Muhammad Shiddiq yang kamu muliakan itu.
جزاكم الله سبحانه عنا خيرا الجزاء
dalam pada kamu memelihara adab bersama para fuqara dan kamu berbicara dengan tawadhu, maka kami berharap perbuatan itu selari dengan hukum "barangsiapa yang merendah diri kerana Allah, maka Allah akan mengangkatnya" yang memastikan dapatnya ketinggian di dalam Diniyyah agama dan Dunyawiyyah keduniaan, bahkan hukum itu adalah berita gembira untuk kamu.
ketika kamu mengucapkan ucapan tentang kaum kerabat, kamu mewakilkan dan mengembalikan, apa yang tergambar bahawa perwakilan ini sebenarnya sungguh berlaku atas tangan salah seorang darwisy. Hendaklah kamu menjadi seorang yang memerhati kepada Natijah kesan dan buahnya. Namun, sayugianya kamu memelihara apa saja hak-haknya sebisa mungkin.
Apalah yang dapat kami tuliskan tentang wasiat-wasiat dan nasihat-nasihat, dan apalah yang dapat kami jelaskan lagi tentang ilmu-ilmu dan ma'rifah-ma'rifah. Sedangkan, Allah memuji usaha para ulama mujtahidin, sufiyyah lagi muhaqqiqin yang tidak memendekkan pada perbahasan yang luas dan terperinci. Daku menyangka sebahagian sahabat telah menyampaikan setengah daripada rencana faqir yang sedikit barangannya ini ke hadapan kamu yang dikhidmati. Barangkali kamu sudah melihatnya.
Kesimpulannya, sesungguhnya jalan kelepasan ialah dalam mengikuti Ahli Sunnah Wal Jama'ah, semoga Allah سبحانه membanyakkan Af'al perbuatan dan Aqwal perkataan mereka dalam urusan Furu' dan Usul.
Kerana mereka adalah firqah kumpulan yang selamat, dan selain mereka termasuk dalam firqah-firqah lain. Firqah yang lain itu berada dalam ruang ketergelinciran dan kemuliaan yang membinasakan, mungkin pada ketika ini ada yang tahu, atau mungkin tiada sesiapa yang tahu. Akan tetapi, pada hari esok, setiap satu akan tahu dan tiada satu pun yang dapat memberi manfaat.
Ya Allah, berilah peringatan kepada kami sebelum maut yang memberi peringatan kepada kami.
Sayyid Ibrahim yang dinisbahkan kepada kedudukan yang tinggi sejak sekian lama telah mengatur perjalanan para pendakwah, hendaklah mereka yang memiliki kemuliaan membantunya dan mengambil apa yang ada pada tangannya sehingga dia melepaskannya dan mengambil urusan keluarganya juga yang dalam kalangan faqir dan yang lemah supaya terhasil untuknya kelapangan khatir dada, dan dapat menyibukkan diri untuk mendoakan keselamatan dua negeri, والسلام
