Maktub Yang Kedua
Pada membicarakan tentang pencapaian Taraqqiyat peningkatan dan Mubahat pengurniaan dengan 'Inayat bantuan Al Haq جل سلطانه. Dia [Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi Mujaddid Alfi Tsani قدس الله سره] menuliskan laporan ini kepada Syaikhnya yang Mulia قدس سره
Surat Rayuan :
Dari Hamba yang hina iaitu Ahmad, kepada Syaikhnya yang Terhormat
Adalah bahawasanya Hadhrat Maulana Shah Muhammad telah membawa arahan dari Tuan Syaikh untuk daku melakukan istikharah berhubung tentang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Agak mengecewakan, daku belum sempat memiliki masa lapang untuk mendapat penghormatan hadir di hadapan Tuan Syaikh yang mulia sehinggalah bulan Ramadan telah pun tiba. Tapi tidak mengapa, daku akan menghibur diri dengan hadir di hadapan Tuan Syaikh setelah berlalunya bulan Ramadan.
Bagaimana daku mampu membalas jasa melalui 'Inayat kurniaan Al Haq جل وعلا untuk Hadhrat Tuan Syaikh yang Aliyyah tinggi maqamnya, yang mana dengan berkat Tawajjuh dari Tuan Syaikh selama ini telah melimpahkan dan menghujani daku Faidhz dengan limpahan yang lebat dan berterusan?.
Syair :
Daku seperti sebuah tanah lapang padanya terdapat awan
Awan itu menghujaniku dengan airnya dengan lebat sekali
Kalaulah daku memiliki seribu lidah dan memujinya
Tidaklah daku mampu melainkan akan kepenatan saja.
Walaubagaimanapun menzahirkan tentang Ahwal keadaan yang telah daku terima saat ini hanya akan menimbulkan sifat kurang ajar, buruk adab, rasa bangga diri dan merasa megah.
Apabila Tuan Syaikhku telah mengangkatkan maqamku,
Maka daku dapat melepasi bintang-bintang dan anak bulan.
Telah mula terbit pada daku Alam Sahwu ketenangan dan Baqa' kemantapan pada penghujung bulan Rabi'ul Akhir. Dan daku mendapat kurniaan sehingga kini dengan kurniaan Baqa' yang Khas pada setiap masa. Daku merasa dikembalikan kepada Ahwal Sahwu sepertimana pada mulanya berlaku Tajalli Zati yang dinisbatkan kepada Syaikh Muhyiddin قدس سرہ kemudian daku telah dibawa kepada Ahwal Sukr kemabukan dan terhasillah ilmu-ilmu pengetahuan yang pelik-pelik dan Ma'arif makrifat pengetahuan yang ajaib-ajaib pada waktu 'Uruj dan Nuzul. Daku juga mendapat kurniaan Ahwal Ihsan dan Syuhud yang Khas pada setiap martabat yang berkesesuaian dengan Maqam Baqa' tersebut.
Daku juga telah mendapat kurniaan Ahwal Baqa' dan Ihsan pada hari keenam dalam bulan Ramadan yang tidak mampu daku menjelaskan Ahwalnya. Daku menyangka tidak akan mampu melepasi Nihayat Isti'dad sehabis-habis kesediaan. Sekarang menjadi mudah di sini untuk Wasl Sampai mengikut keadaan yang sesuai. Kini telah pun tamat Jazbah dengan sempurna dan telah berlaku permulaan pada Sayr Fillah perjalanan menuju Allah yang berkesesuaian bagi Maqam Jazbah. Dan bilamana Fana telah menjadi sempurna maka terhasillah Baqa' setelahnya yang lebih sempurna. Bilamana Baqa' menjadi lebih sempurna jadilah Sahwu ketenangan akan jadi lebih lazim. Bilamana Sahwu telah menjadi biasa, maka terhasillah ilmu-ilmu yang muafakat dengan Syariat.
Sesungguhnya Kamal Sahwu ketenangan yang sempurna dan Ma'arif makrifat pengetahuan ada pada diri Para Anbiya عليهم الصلاة والسلام yang mana telah zahir pada diri mereka Syariat-Syariat dan Aqidah-Aqidah yang menjelaskan tentang Zat dan Sifat.
Perbezaan pada zahirnya adalah disebabkan baki-baki Ahwal Sukr kemabukan dan Ma'arif yang dilimpahkan kepada Faqir ini kebanyakannya adalah Tafsil perincian dan Bayan penjelasan tentang Ma'arif Syar'iyyah yang dapat menghasilkan Ilmu Istidlal secara Kashfi, Dharuri, Mujmal dan Mufassal.
Jika daku menuliskan syarahnya secara terperinci hanya akan menjadikan laporan ini panjang, daku takut dan resah jika menuliskannya akan menyebabkan daku terjebak kepada adab yang buruk.
Siap diterjemahkan pada 14 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 23 May 2024 Masihi pada pukul 11:41 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan