Rabu, 22 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Pertama Jilid Pertama

Maktub Pertama :

Pada menjelaskan Ahwal keadaan yang sesuai dengan Isim Az-Zahir dan penzahiran bahagian yang khas dalam tauhid. Menjelaskan juga 'Urujat kenaikan yang berlaku di atas maqam tertentu, tersingkapnya tingkatan syurga dan martabat sebahagian Ahlillah. Hadhrat Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang mulia, Syaikh yang Kamil sempurna lagi Mukammil menyempurnakan, yang dapat menyampaikan kepada darjat wilayat, yang menunjukkan kepada jalan sehabis-habis penghujungan pada langkah permulaan, yang menguatkan agama islam dan yang ridha bahawa agamanya ialah islam, Syaikh dan Imam kami, Syaikh Muhammad Baqi An Naqshbandi Al Ahrari قدس الله سره الاقداس mudah-mudahan Allah mensucikan rahsianya dan menyampaikan kepada apa yang dia inginkan dengan setinggi-tinggi pencapaian.


Surat Rayuan : 

Daripada hamba yang hina iaitu Ahmad kepada Tuan Syaikh puncak segala kehormatan, ingin merayu untuk menyampaikan laporan ahwalnya yang beragam sebagai menurut arahan dari Syaikhnya yang mulia.

sungguh hamba telah menerima satu kurniaan pada pertengahan jalan [suluk tariqat Naqshband], iaitu [kurniaan ahwal] Tajalli Isim Az-Zahir yang sangat jelas lagi terang. Sehingga Dia telah menzahirkan DiriNya kepadaku dengan Tajalli yang Khas pada segala benda satu persatu secara berasingan, terutamanya pada pakaian wanita, bahkan sehingga setiap juzuk bahagian-bahagian pakaian mereka itu juga telah terjadinya Tajalli tersebut satu persatu. Disebabkan ahwal inilah yang membuatkan aku tergoda pada kaum mereka sehingga aku tidak mampu menjelaskannya dan hamba seolah-olah telah menyerah diri kerana tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Penzahiran itu pula hanya berlaku pada satu tempat [dalam pakaian itu] saja, tidak pada tempat-tempat yang lain dan aku tidak pernah melihat kehalusan-kehalusan yang begitu terperinci dan keindahan yang begitu memukau pada mana-mana pakaian. Penzahiran seperti ini aku tidak pernah melihatnya pada mana-mana tempat lain. Sungguh disebabkan inilah aku telah menjadi lemah tidak berdaya seperti air di hadapan mereka [wanita]. Begitu jugalah yang berlaku apabila Dia mentajallikan Dirinya pada setiap makanan, minuman dan pakaian satu persatu secara berasingan. Sehingga beza antara air garam [masin] dan air gula [manis] adalah sama saja, kedua-duanya lazat lagi manis di kedudukan cawan air yang berasingan disebabkan terjadinya Khususiyat Tajalli yang sempurna atas kedua-dua air itu secara berasingan satu persatu dan tidak mungkin daku dapat menjelaskan Khususiyat Tajalli ini dengan ringkas pada surat ini. Daku sudah tidak menemukan tempat untuk pergi. Pada ketika mengalami ahwal Tajalli ini, daku telah mengetahui bahawa kita tidak sepatutnya menafikan Tajalli berta'aluq dengan Nisbat Tanzihiyyat. Dan disebabkan Tajalli Az-Zahir ini saja pun tidak terlepas daripada Nisbat Tanzihiyyat maka Al-Bathin Yang Maha Mulia terlebih lagilah sunyi dan tidak perlukan lagi Nisbat itu. Hakikat sebenar yang telah daku fahami adalah Al-Bathin tidak mampu dibala'kan  [dilihat] dengan pandangan mata kita yang lemah ini. Bahkan tidak juga dapat dijelaskan dengan seluruh maklumat-maklumat pengetahuan dan zuhurat penzahiran-penzahiran. Dan disebabkan Tajalli Az-Zahir dapat ditemukan pada perkara yang nilainya banyak dan perkara yang bangsa dualiti [dua perkara yang saling bertentangan seperti baik, buruk, sihat, sakit dll] maka menjadi gembiralah dia dengan sebab berlakunya ahwal Tajalli ini, kemudian Tajalliyat [banyak ahwal Tajalli berlaku] ini terus berlaku dalam keadaan tersembunyi dan tertutup sehingga berlalulah beberapa tempoh apa yang tinggal hanyalah Nisbat Hairat kebingungan dan Jahalat ketidaktahuan tentang hal keadaan sebenar Tajalliyat itu, dan jadilah ahwal Tajalliyat tersebut tidak sama seperti apa yang sudah diceritakan .

Kemudian daripada menyampaikan laporan ahwal Tajalli itu, dia juga ingin menyampaikan laporan tentang suatu ahwal tentang Fana' yang Khas iaitu Ta'ayyun 'ilmi yang telah berlaku setelah kembali sedar daripada Fana' Ta'ayyun 'adam, dan sudah tidak berbaki lagi perasaan Ana Keakuan disebabkan Ahwal Fana' yang terjadi itu. Pada waktu itu barulah terbit tanda-tanda keislaman dan 'alamat bahawa telah hancur sarang-sarang Syirik Khafi akibat terkesan pada perkara yang zahir, telah binasa juga sifat memandang orang lain dengan pandangan merendahkan, sikap tidak mempedulikan orang lain, suka menyimpan tuduhan pada orang, lintasan-lintasan hati yang melalaikan, dan lintasan hati untuk berbuat jahat. Dengan bahasa mudahnya telah zahirlah sebahagian daripada sifat 'Ubudiyyah kehambaan dan Idhzmihlal hilangnya keakuan. Dengan berkat Tawajjuh dari Tuan Syaikh, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menyampaikan kami kepada Maqam Haqiqat 'Ubudiyyat dan 'Urujat yang begitu banyak sekali berlaku sehingga tidak dapat dibilang dan dengan berkat Tawajjuhnya juga telah berlakunya 'uruj pada martabat yang pertama, maka sampailah daku kepada tempat yang padanya lenyaplah masa iaitu tempat yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Lalu dia melihat syurga Khuldi beserta di bawahnya ialah Masyhud, kemudian terlintaslah pada ketika itu dalam Khatir lintasan hatinya bahawa dia sedang menyaksikan Maqamat tempat sebahagian Rijal di situ. Tatkala aku mentawajjuhkannya, maka dapatlah terlihat Maqamat mereka. Daku telah dapat melihat setiap satu dari diri mereka memiliki tempat masing-masing mengikut darjat Makan tempat, Makanat status, Zauq rasa dan Syauq kerinduan.

Kemudian telah berlaku 'Uruj ke martabat yang kedua, iaitu Maqamat Para Masyaikh yang agung dan Para Imam Ahlil Bait yang mulia dan Khulafa' Rasyidin pemberi petunjuk pada sekalian makhluk, dan juga Maqam yang Khas iaitu Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام dan begitu juga Maqamat sekalian Para Anbiya dan Rusul yang tiap satunya memiliki kefahaman yang berbeza, dan Maqamat Para Malaikat yang memenuhi ruang yang tinggi kesemuanya daku saksikan sehingga tidak dapat dijelaskan bagaimana keadaan sebenarnya. Telah berlaku juga daripada 'Uruj itu ke tempat yang sukar dijelaskan iaitu tempat perkadaran di tengah-tengah Markaz bumi dan seperti yang diketahui atau lebih kurang sedikit daripada yang telah diketahui sehinggalah ke sehabis-habis 'Uruj sampailah ke Maqam Hadhrat Khwajah Bahauddin An Naqshbandi قدس الله سره, dan di atas Maqam itu ada sebilangan Masyaikh yang agung, bahkan pada Maqam yang sama dengan nisbat Fauqaniyyat Nisbat Teratas yang rendah sedikit ada Masyaikh seperti Syaikh Ma'aruf Al Karkhi dan Syaikh Abi Sa'id Al Kharraz dan Maqamat Masyaikh yang lain. Sebahagiannya berada dibawahnya dan sebahagian lain berada di Maqam yang sama.

Dan mereka yang berada pada Maqam Fauqani adalah Para Imam Ahlil Bait, di atasnya Khulafa' Rasyidun رضوان الله عليهم اجمعين dan Maqamat sekalian Para Anbiya' عليهم الصلاة والسلام, mereka itu berada di sisi Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام dan begitu juga Maqamat Para Malaikat yang tinggi, mereka juga berada di sisi lain Maqam Nabi kita. Dan bagi Maqam Nabi kita عليه الصلاة والسلام adalah Maqam Fauqi dan inilah Maqam yang asli bagi Nisbat sekalian Maqamat. Hanya Allah سبحانه Dia Yang Terlebih Mengetahui tentang Haqaiq Amar haqiqat-haqiqat urusan itu semua.

Dan telah berlaku juga 'Uruj dengan 'Inayat Allah Yang Maha Suci sepertimana yang Dia Mengkehendakinya. Daku juga telah mengalami 'Uruj pada sebahagian tempoh masa tanpa diingini, lalu  diperlihatkan segala Asya' suatu yang lain dan secara berturut-turut kebanyakan dari kesan-kesan pada sebahagian 'Urujat itu dia telah menjadi lupa, sepertimana yang daku ingin, daku menuliskan sebahagian Haalat keadaan yang telah dialami supaya menjadi mudah untuk menulisnya pada ketika hendak menyampaikan laporan ini, akan tetapi ianya terlalu sukar untuk dilakukan. Maka sungguh surat rayuan ini hanya layak untuk dipandang hina bahkan Ahwal kurniaan yang telah dialami hanya layak untuk diistighfarkan daripada dituliskan. Dan sebahagian daripada laporan ini adalah Khatrah lintasan hati ketika daku hendak menuliskannya namun apa yang terjadi pada akhirnya daku tetap melaporkannya. Berlebih-lebih dalam menuliskan laporan ini hanya menjadikan daku buruk adab terhadap Tuan Syaikh.

Daku juga ingin melaporkan tentang Hal keadaan yang dialami oleh Hadhrat Mulla Qasim 'Ali Ahsan, dia sedang mengalami Ahwal Istihlak Keterbinasaan dan Istighraq Ketenggelaman dan dia telah melepasi kesemua Maqamat Jazbat dan dia juga telah meletakkan kakinya di atas Maqamat Jazbat tersebut. Sebelum ini dia melihat segala Sifat-Sifat itu berasal daripada satu asal, dan sekarang dia melihat Sifat-Sifat itu bersama Wujudnya memberi penerangan untuk dirinya dan dia merasa dirinya kosong tidak memiliki apa-apa. Bahkan sekarang dia melihat dirinya bersama Nur yang memiliki Sifat-Sifat itu juga dan dia dapati dirinya berada di sisi Nur itu. 

Laporan Ahwal dari sahabat-sahabat yang lain tentang peningkatan serta kemajuan mereka hari demi hari juga ingin daku sampaikan secara terperinci, tetapi mungkin pada surat yang akan datang.

 إن شاء الله العزيز

Siap diterjemahkan pada 13 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 22 May 2024 Masihi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...