Ahad, 21 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Yang Ke 199 Jilid 1

Maktub Yang Ke 199 Jilid 1


Maktub yang keseratus sembilan puluh sembilan dituliskan untuk Mulla Muhammad Amin Al Kaabali pada menerangkan penerimaan dari permintaannya untuk mengamalkan wirid


Telah sampai surat yang mengingatkan tentang sebuah kecintaan yang mendalam dan keikhlasan. Surat yang memberitahu tentang kesempurnaan kasih sayang dan perhatian. Dengan sampainya surat ini telah menimbulkan kegembiraan. 

Mudah-mudah Allah سبحانه memberi 'afiyat kesejahteraan kepada kamu.

Terlihat dalam surat tersebut adanya permintaan untuk diajarkan wirid daripada sekian banyaknya aurad. Untuk urusan jni, daku telah menghantar saudara yang dapat memberi petunjuk pengajaran iaitu Maulana Muhammad Shiddiq supaya dia dapat mengajarkan zikir yang sesuai dari sekian banyak azkar pada tariqat yang tinggi ini. Sepatutnya dia sedang dalam perjalanan dan akan tiba untuk menunaikan arahan tentang urusan ini. 

Mudah-mudahan urusan ini akan membuahkan natijah kesan-kesan. Kerana urusan ini sebenarnya tidak memadai hanya dengan semata-mata tulisan di atas kertas, maka diserahkan urusan ini secara bertemu berdepan dalam suhbat persahabatan. Maka daku telah mengutus seorang saudara yang telah diceritakan tadi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.

Wassalam.

*Siap diterjemahkan pada 13 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 19 July 2024 Masihi pukul 6:10 petang di Maahad Darus Sa'adah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 88 Jilid 1

Maktub Yang Ke 88 Jilid 1

Maktub yang kelapan puluh lapan dituliskan untuk Yahlawan Mahmud pada menjelaskan keutamaan beruban dalam mengusahakan iman dan kebaikan, juga nasihat untuk membiasakan diri dalam keadaan Khauf ketakutan pada usia muda dan Roja' ketika lanjut usia.

Semoga Allah سبحانه menjadikan kamu dawam sentiasa bersamanya. Apakah nikmat yang lebih agung daripada seorang yang mengusahakan iman dan kebaikan sehingga rambutnya beruban seperti yang datang dalam hadith nabawi ke atasnya shalawat dan salam ; 

"Barangsiapa yang beruban dalam islam, maka diampunkan dosanya."

Seharusnyalah setelah seseorang itu beruban, dia hendaklah menguatkan lagi sisi Roja' pengharapannya dan membiasakan diri untuk Zhan Maghfirah bersangka baik mendapat keampunan kerana Khauf ketakutan sepatutnya sudah berlebihan pada ketika usia remajanya. 

Jadi, pada ketika lanjut usia, tiada apa yang penting melainkan menguatkan pengharapan.

Semoga dikurniakan kesejahteraan pada awal dan akhir.

*Siap diterjemahkan pada 16 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 22 July 2024 Masihi pukul 2:36 petang di Khanqah Naqshabandi, Maahad Daarus Sa'aadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 179 Jilid 1

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 179 Jilid 1



Maktub yang keseratus tujuh puluh sembilan dituliskan untuk Mir Abdillah bin Mir Nu'man pada memberikannya sebuah nasihat.

Anak yang dicintai, hendaklah sentiasa mencari peluang untuk sentiasa mendapatkan kejayaan seperti namanya yang dipanggil masa muda. Hendaklah juga menyibukkan diri dalam menghasilkan ilmu-ilmu syariat dan amal perbuatan yang bersesuaian dengannya. Hendaklah berhati-hati dalam perkara yang dapat memalingkan umur yang mulia ini kepada perkara yang tidak penting dan janganlah sia-siakan umur dengan bersenda gurau dan bermain-main. Ayahanda kamu yang mulia akan datang bertemu dengan kamu selepas beberapa hari. 

إن شاء الله تعالى


Hendaklah kamu selalu memberikan khabar tentang ahwal keadaan kamu yang berkaitan sehinggalah ayahanda kamu sampai kepada kamu.

Syair :

Orang yang sentiasa menyerupai ayahnya, dia tidak akan dianiaya

*Siap diterjemahkan pada 14 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 20 July 2024 Masihi pukul 2:38 petang di Maahad Darus Sa'adah, Keningau, Sabah, Malaysia

Maklumat

    Blog ini adalah hasil kerja ilmiah yang dapat faqir hasilkan mengikut kadar kemampuan dan nikmat ilmu yang diberikan oleh Allah Ta'ala. Banyaklah kecacatan, kekurangan dan kesalahan yang faqir sendiri merasakannya, namun tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikannya. Justeru itu, diharapkan buat para pembaca yang budiman dinasihatkan untuk jangan berpada dengan terjemahan faqir ini saja. Bahkan sekiranya menemukan kesalahan sedikit atau pun banyak hendaklah segera menyampaikannya kepada faqir melalui ruang komen yang ada. Jangan lupa untuk memberikan komentar dengan beradab atas dasar kasih sayang dan kebaikan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi faqir melalui whatsapp atau pun email di bawah ini;

No. Whatsapp : +60167770714
Email : Naqsha693@gmail.com

Maktubat Imam Rabbani Surat Ke 49 Jilid 1



Maktub yang ke empat puluh sembilan untuk Sayyid Naqib Syaikh Farid Al Bukhari pada mengesyorkan kepadanya untuk menghimpunkan dua daulat iaitu Tahalliyat Al Zahir dengan mendirikan ketetapan syariat dan Takhalliyat Al Batin daripada perhubungan dengan selain-Nya تعالى

Semoga Allah سبحانه mengurniakan kamu kebahagiaan dengan melalui  Pemerintahan Empayar Suriah (dahulunya sebuah Dinasti Afghan dan kini adalah sebahagian daripada India dan Bangladesh) dan memberikan kebahagiaan yang maknawi untukmu.

Kedamaian Empayar Suriah sebenarnya adalah mengikut keadaan zahir yang telah dibersihkan melalui hukum ketetapan syariat Musthafawiyah ke atas pemiliknya shalawat, salam dan penghormatan. Sedangkan kebahagiaan maknawiyah adalah bebasnya batin dan sunyinya batin daripada perhubungan dengan suatu yang selain-Nya dan pertambatan dengan selain-Nya تعالى 

Alangkah beruntungnya orang yang mendapat kemuliaan dengan dua daulat ini.

Syair :

“Inilah yang diperintahkan dan yang selebihnya adalah permainan senda gurau.”

Berlebih-lebihan dari ini adalah kerosakan.

*Siap diterjemahkan pada 15 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 21 July 2024 Masihi pukul 5:36 petang di Maahad Daarus Sa'aadah, Keningau, Sabah.

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...