Maktub Kesembilan
Pada menerangkan Ahwal yang sesuai bagi Maqam Nuzul. Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi An Naqshbandi telah menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang mulia.
Permohonan : hamba yang sibuk menguruskan kegelapan pada wajah, seorang yang penuh kecuaian, buruk akhlaknya, orang yang sering tertipu sejak dulu sehingga kini, yang sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh pada melanggar perintah Tuannya * seorang pelaku yang sentiasa meninggalkan perkara Azhimah dan perkara yang Aula * yang sentiasa sibuk memperbaiki kedudukannya pada pandangan makhluk * yang sentiasa menghancurkan kedudukannya di sisi Al Haq * Ta'ala yang Maha Tinggi dan Taqaddas Maha Suci, hamba yang lemah Himmah kesungguhan pada memperhias zahir * sedang batinnya juga menyimpang tersesat ke arah Aghyar ghair-ghair selain Allah, yang perkataannya tidak sama dengan perbuatannya * dan hal keadaannya dibina dengan berkhayal * apakah yang boleh didapat daripada mimpi dan berkhayalnya itu * apa yang boleh dia buat dengan perkataannya dan keadaan dirinya itu * waktu yang berlalu mencelanya dan dia berada dalam kerugian * barang murahan, sial dan sesat * dan dirinya tempat mulanya segala kejahatan dan kerosakan * tempat terbit kezaliman dan maksiat kepada Tuhan sekalian hamba-hamba * secara keseluruhan, dalam dirinya terdapat dosa yang berat * dan terkumpulnya segala 'aib-aib * amal khairat kebaikannya layak untuk dilaknat dan tidak diterima * dan amal hasanatnya berhak untuk dibuang dan ditolak *
رُبَّ قارئِ القرآن والقرآنُ يلعَنُه
Adalah Shahid Adil pada haknya,
وكَم من صائم ليس له من صيامه إلا الظَّمأُ والجوع
Adalah Shahid Sidqi pada Shannya * maka celakalah bagi orang yang sebegitu hal keadaannya, manzil kedudukannya, kesempurnaan dan darjatnya * ialah Istighfar, yang mana istighfarnya itu satu dosa seperti dosa-dosanya yang lain bahkan lebih teruk lagi * dan taubatnya ialah maksiat seperti maksiat-maksiatnya yang lain bahkan lebih jelek * semua yang dia buat adalah lebih hodoh daripada kehodohan. Mishdaq perkataan ini
من يزرَعُ الشَّوْكَ لم يحْصُدْ بِهِ عِنَبًا
Penyakitnya ialah Zatiy dirinya sendiri, tidak boleh sembuh dan penyakitnya sejak asal kejadian, ubat pun tidak dapat memberinya manfaat sepertimana perasaan yang buruk [bad mood] ada dalam dirinya tidak dapat terpisah daripada dirinya.
Syair :
Bilakah akan hilang kehitaman orang-orang Habsyi, Sedangkan pada asal kejadian warnanya memang hitam.
Apa yang telah kami lakukan :
وما ظلمهم الله ولكن كانوا أنفسَهم يظلمون
Benar, Khair kebaikan semata-mata mendatangkan Syarir kejahatan juga kerana zahirnya haqiqat Khairiyyat bagi segala suatu menjadikan lawannya Khairiyyat itu jelas juga. Maka Khair kebaikan dan Kamal kesempurnaan apabila keduanya hadir, lazimlah hadir juga keburukan dan kekurangan. Kerana Hasan kebaikan dan Jamal keindahan keduanya itu sebahagian daripada cermin-cermin. Dan tidak ada cermin melainkan adanya gambaran sesuatu di hadapannya. Jadi tidak syak lagi kejahatan itu juga adalah cermin-cermin bagi kebaikan, dan kekurangan itu cermin bagi kesempurnaan. Bertambahnya kejahatan dan kekurangan itu maka kesempurnaan dan kebaikan juga bertambah. Dan apa yang menakjubkan, bahawa tersingkap makna daripada wajah menghina itu semakna dengan wajah memuji. Maka jadilah keburukan dan kekurangan itu setempat dengan kebaikan dan kesempurnaan. Tidak dapat tidak, jadilah Maqam kehambaan berada di atas sekalian Maqamat. Maknanya, Maqam kehambaan itu ialah Maqam yang paling lengkap dan sempurna. Sungguh telah mendapat kemuliaanlah para pecinta dan orang yang berlazat-lazat bersama kekasihnya dengan Maqam ini. Sesungguhnya Maqam ini memiliki Zauq Shuhud, berseronok-seronok dengan kehambaan, dan padanya terdapat Uns, dikhususkan Maqam ini untuk para kekasih. Uns Muhibbin pecinta adalah pada Musyhadah Mahbubnya, dan Uns Mahbub adalah 'Ubudiyyah menghambakan diri pada Mahbub. Mereka mendapat kemuliaan Uns ini disebabkan Daulat dan nikmat sedemikian [Ubudiyyah].
Maharaja pada medan ini secara mutlak ialah Sanadud Dunya Wad Din, Sayyidul Awwalin Wal Akhirin, Habib Rabbil 'Alamin عليه من الصلوات أتمها ومن التحيان أكملها. Maka jika daku ingin menyampaikan seseorang ke daulat ini dengan semata-mata kurniaan, nescaya dia akan sempurna ittiba' Baginda عليه الصلاة والسلامsecara tahqiq pada permulaannya, kemudian dia akan diangkat ke tempat tertinggi melalui perantaraan Ittiba'.
ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله ذو الفضل العظيم.
Makna yang dikehendaki daripada Syar kejahatan dan Nuqshan kekurangan itu ialah Ilmu Zauqi tentang kedua itu, bukannya Ilmu Zauqi itu memiliki sifat kejahatan dan kekurangan. Shahib yang memiliki ilmu ini berakhlaq dengan Akhlaq Allah تعالى شأنه وتقدس. Ilmu ini ialah sebahagian daripada jumlah keseluruhan buah-buahan akhlaq itu. Maka bagaimanakah Kejahatan dan Kekurangan itu memiliki ruang tempat untuk tinggal selain berta'aluqnya ilmu itu dengan keduanya.
Ilmu Zauqi, dengan perantaraan Shuhud yang sempurna dia akan dapat melihat segala sisi kejahatan sebagai Khair kebaikan sahaja. Dan Shuhud ini akan terjadi setelah Nuzulnya Nafs Muthmainnah kepada Maqamnya, disebabkan telah sampai Nafs Muthmainnah ke Maqamnya, maka sentiasalah hamba itu tidak akan jatuh ke keinginan nafsunya, tidak berjalan dengan hawa nafsu di atas muka bumi, dan tidak juga nafsunya sampai ke martabat yang tidak patut untuknya sampai iaitu kesempurnaan Maulanya جل شأنه, maka bagaimana pula jika Nafs dirinya beraqidah bahawa 'Ain Maulanya dan Sifat-Sifat Maulanya itu ialah sifat-sifat dirinya, Maha Tinggilah Allah daripada sedemikian itu sebagai ketinggian yang tersangat besar. Ini ialah Iktiqad pegangan yang menyimpang terhadap Asma dan Sifat. Dan ketuhanannya itu termasuk dalam golongan Mishdaq firman-Nya تعالى :
وذرُ الذين يلحدون في أسمائه
Bukanlah setiap orang yang Jazbahnya mendahului Suluk [Majzub Salik] itu sebahagian daripada Mahbubin para kekasih. Tetapi Jazbah yang mendahului suluk ialah satu syarat tanda yang menunjukkan termasuk dalam golongan Mahbubin para kekasih. Benar, setiap Jazbah memiliki cabang dari makna Mahbubiyyat. Maka sesungguhnya Jazbah yang dimaksudkan ialah Jazbah beserta suluk. Dengan makna inilah telah terhasil Jazbah pada diri mereka melalui satu kesan daripada bermacam kesan, bukannya secara Zatiy dengan sendirinya mendapat Jazbah. Jazbah yang Zatiy tanpa usaha, yang tidak di'illat keranakan dengan sesuatu pun dari segala suatu. Ketahuilah, kamu akan dapati bahawa setiap Muntahi akan menjadi mudah untuknya Jazbah pada pengakhiran serta keadaannya termasuk dalam kalangan Muhibbin para pecinta. Telah zahir padanya makna Mahbubiyyat dengan perantaraan kesan suluk yang tidak mencukupi padanya, yakni difahami daripada makna ini, kesan daripada suluknya sebenarnya tidak mencukupi untuk si Salik menjadi Mahbub kekasih. Kesan suluknya itu hanyalah untuk Tazkiyyah dan Tasfiyah saja. Disebabkan makna inilah, terbinanya Jazbah dalam diri sebahagian Mubtadi untuk Ittiba' Nabi ﷺ dalam beberapa perkara, Tapi terbina keatas Muntahi untuk Ittiba' semata-mata. Dapatlah juga difahami daripada makna ini tentang Zatiy tanpa usaha dan Fadhliy dengan kurniaan pada perbicaraan Mahbubiyyat, perlunya kepada Ittiba'nya ﷺ bahkan daku katakan : sesungguhnya makna Zatiy tanpa usaha itu ialah Zatiyyahnya Nabi ﷺ, dan namanya pula sesuai digunakan untuk nama Tuhannya ﷺ pada diri Nabi ﷺ inilah terdapatnya Khususiyyat keistimewaan. Dengan sebab inilah dia iaitu Nabi ﷺ mendapatkan kebahagiaan.
والله أعلم بالصواب، وإليه المَرْجِع والمآب، والله يحق الحق وهو يهدي السبيل.
*Telah siap diterjemahkan pada 21 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 29 May 2024 Masihi pukul 10:21 malam di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
العبد الضعيف الفقير الحقير اللا شيء المسكين الفاني أومڤما دبو دتلافق كاكي ڤارا مشائخ
حضرة الفقير عزمي بن أصلي
غفر الله ذنوبه وستر عيوبه

Tiada ulasan:
Catat Ulasan