Sabtu, 25 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Keenam Jilid Pertama

Maktub [Surat] Yang Keenam

Pada menjelaskan tentang penghasilan Jazbah dan Suluk, pentarbiyyahan melalui dua sifat iaitu sifat Jalal dan Jamal, menjelaskan juga tentang Fana' dan Baqa' dan tentang ketinggian Nisbat Naqshbandiyyah. Dia [Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi An Naqshband] menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang Mulia.

Permohonan dari hamba yang hina iaitu Ahmad, sesungguhnya Mursyid جل سلطانه telah menjadikan daku mulia dalam segala hal, dengan keberkatan Tawajjuh yang tinggi darinya serta pentarbiyyahannya melalui dua Tariqat iaitu Jazbah dan Suluk. Juga mengasuh daku dengan dua sifat iaitu Jalal dan Jamal. Kini difahami adalah Jalal itu 'Ain bagi Jamal dan Jamal pula adalah 'Ain bagi Jalal.

Sesungguhnya Para Masyaikh telah menghuraikan 'Ibarat ini dalam sebahagian Hasyiah "Risalah Al Qudsiyyah" tentang Mafhumnya yang jelas nyata dan mereka telah meletakkan catatan ke dalam Hasyiah itu secara Mafhum dan Mauhum kiasan.

Sedangkan Ibarat yang difahami pada zahirnya, tidak memerlukan Tahrif dan Ta'wil. Bukti daku ditarbiyyah melalui kedua sifat Jalal dan Jamal ini ialah dengan memiliki Mahabbat Zatiyyah. Dan adalah tidak mungkin seseorang boleh mencapai Mahabbat Zatiyyah tanpa tarbiyyat dari Jalal dan Jamal.

Mahabbat Zatiyyah adalah 'Alamat tanda telah berlakunya Fana' dan Fana' pula ialah 'Ibarat terlupanya seseorang itu selain daripada Allah تعالى. 

Maka bilamana dia telah Fana', ilmu pengetahuan akan berterusan keluar daripada dasar hatinya secara keseluruhan sehingga menjadi Jahil Mutlak tentang Ketuhanan. Adalah tidak benar berlaku Fana' tanpa Jahil Mutlak. Fana' tidak memiliki nasib peluang untuk mencapai Mahabbat Zatiyyah. Jahil Mutlak tentang ketuhanan ini akan kekal, tidak mungkin akan hilang. Tidak juga, kadang-kadang Jahil Mutlak dan pada masa yang lain tiada.

Ringkasnya : Sebelum Baqa' adalah Jahalat Mahdah, setelah Baqa' maka terhimpunlah Jahalat dan Ilmu bersamaan. Maka pada 'Ain Jahalat adanya Syu'ur dan pada 'Ain Hairat adanya Hudur. 

Pada kedudukan inilah terhasilnya Haqqul Yaqin, Haqqul Yaqin itu adalah apabila Ilmu Yaqin dan 'Ain Yaqin itu masing-masing tidak memiliki hijab dinding antara satu dengan yang lain.  

Ilmu yang terhasil sebelum ini adalah Jahalat yang keluar daripada ruang i'tibar [tidak diambil kira]. Walaupun waktu itu dia memperoleh Ilmu, maka ianya adalah Ilmu dalam dirinya sendiri. Jika dia mengalami Syuhud maka dia Syuhud pada dirinya sendiri, dan jika dia mendapat Ma'rifat atau Hairat maka itu pun Makrifat dan Hairat pada dirinya sendiri.

Selama dia masih memandang pada luaran, maka itu tidak akan memberikan hasil Fana' padanya, walaupun pada ketika Nazhar itu dia melihat kesatuan, yakni secara keseluruhan semua adalah satu. Bahkan apa yang patut dia lakukan adalah dengan memutuskan pandangannya pada luaran secara total.

Khwajah Naqshbandi قدس سره telah berkata : "setiap kali Ahlillah memandang sesuatu setelah Fana' dan Baqa' mereka mendapati suatu itu juga ada dalam diri mereka, setiap kali mereka mengenal sesuatu, mereka semakin kenal suatu itu juga ada pada diri mereka dan Hairat kehairanan mereka adalah pada kewujudan diri mereka sendiri saja.

Dapat difahami secara jelas bahawa Syuhud, Ma'rifat, Hairat berada dalam Nafs diri, maka cukuplah penjelasan ini. Tiada suatu pun daripada Kharij luaran ini termasuk dalamnya [Syuhud, Ma'rifat dan Hairat]. Bila mana seseorang mendapati Syuhud, Ma'rifat dan Hairat pada luaran, maka dia tidak memiliki keberuntungan dan nasib peluang untuk mengalami Ahwal Fana'. Jika sebahagian daripada Syuhud, Ma'rifat dan Hairat itu berada pada Kharij luaran Nafs, maka di manakah Baqa' berada setelah itu?.

Penghujung sekalian martabat tingkatan dalam Fana' dan Baqa' adalah Mahabbat Zatiyyah. Ini adalah Fana' Mutlaq, dan Mutlaqnya Fana' adalah lebih luas menyeluruh daripada Baqa' dan selain daripada Baqa'. Baqa' mengikut Miqdar timbangan Fana', kerana inilah ada sebahagian Ahlillah Syuhud pada Kharij luaran setelah sahnya terhasil Mahabbat Zatiyyah melalui perantaraan Fana' dan Baqa'. Akan tetapi Nisbat mereka yang Mulia yakni Nisbat Para Naqshbandiyyin itu melangkaui sekalian Nisbat yang lain.

Syair :

“Tidak semua angin bertiup dari Hijaz, Dan tidak pula semua besi ditempa dari Yaman”


Disebabkan itu, seorang atau dua orang Akabir dalam Silsilah ini telah pun menjadi mulia sepanjang zaman melalui Nisbat ini, bagaimana mereka hendak menceritakan tentang Silsilah yang lain. Dalam Nisbat ini adanya Khwajah Abdul Khaliq Al Ghajdawani قدس سره dan beberapa Syaikh daripada Masyaikh telah pun melengkapkan dan menyempurnakan Nisbat ini. Orang yang daku maksudkan ialah Hadhrat Khwajah Baha'uddin yang ma'ruf dikenal sebagai Naqshbandi قدس سره, menjadi mulia lah Daulat ini disebabkan Khulafa'nya iaitu Khwajah Ala'uddin Al Attar قدس سره.

“Kebahagiaan itu akan menjadi milik orang yang memiliki nasib”

Apa yang menakjubkan disebabkan Nisbat ini, setiap kali datangnya bala' musibah setelah daku berada dalam keadaan gembira dan senang hati. Maka daku akan katakan pada ketika itu : "apakah ada tambahan bala' dan musibah lagi?". Tiap kali suatu daripada perhiasan-perhiasan dunia ingin menawan hatiku, hatiku menyukai ujian seperti ini. Memang selama ini daku ingin diuji seperti itu. Tatkala daku Nuzul ke 'Alam Asbab, barulah daku menemukan kelemahan dan ketergantunganku padanya. Pada ketika itu daku mengalami satu kesedihan kerana telah berlaku kerosakan pada hatiku cuma hanya dalam sesaat. Walau demikian telah hilang dengan pantas kerosakan itu dan tiada baki yang tertinggal sedikit pun. 

Begitu juga, dahulu apabila daku berdoa pada Allah سبحانه untuk menolak bala' atau musibah, bukan maksudnya daku ingin terangkatnya bala' itu, bahkan tujuan daku berdoa adalah kerana menjunjung perintah Allah yang menyuruh untuk berdoa. 

ادعوا

Sekarang maksud daripada doaku adalah untuk terangkatnya musibah-musibah dan bala', lalu ketakutan dan kesedihan kembali semula yang mana keduanya itu telah pun hilang sebelum ini. Tahulah daku sekarang bahawa selama ini semua Ahwal yang diceritakan tadi, itu semua terjadi disebabkan Ahwal Sukr kemabukan. 

Adapun pada ketika mengalami Ahwal Sahwu, semua Ahwal yang berlaku pada sisi kebanyakan orang-orang awam yang dikarenakan kelemahan ketergantungan, ketakutan, kesedihan, kekecewaan, kegembiraan semua itu akan berlaku juga pada mereka yang Sahib Sahwu pada permulaan. Jika doanya bukanlah bermaksud untuk terangkatnya bala' tetapi hatinya tetap menyukai jika perkara itu berlaku. Melainkan, Hal keadaan dia itu telah mengalahkan diriku. [Daku tersilap]. 

Pada mulanya terlintas di fikiranku bahawa para Anbiya عليهم الصلوات والتسليمات itu berdoa, bukanlah maksudnya sebelum mereka hendak berdoa mereka sudah pun menginginkan hasil keinginan. Tatkala daku dimuliakan dengan pengurniaan Nisbat Naqshbandiyyah ini, barulah daku ketahui akan Haqiqat kenyataan perkara jni [doa para Anbiya عليهم الصلوات والتسليمات] adalah jelas. Daku ketahui bahawa doanya para Anbiya عليهم الصلوات والتحيات adalah atas sebab kelemahan, berhajat, takut dan kecewa, bukan semata-mata untuk menuruti perintah Allah تعالى untuk berdoa.

Terkadang daku menuliskan surat laporan ini dengan panjang lebar untuk menyampaikan Ahwal yang sedang berlaku dalam menuruti arahan dari Tuan Syaikh.

*telah siap menterjemahkan Maktubat Imam Rabbani ke dalam bahasa melayu pada 17 Zulqa'dah 1445 Hijriah bersamaan 26 May 2024 Masihi pukul 2:00 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.


'Abdu Dhaif Faqir Haqir La Syai' Miskin umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh
Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...