Ahad, 26 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Ketujuh Jilid Pertama

Maktub Ketujuh

Pada menerangkan sesetengah Ahwalnya yang pelik serta beberapa perkara yang ingin ditanyakan. Hadhrat Mujaddid Syaikh Ahmad Al Faruqi As Sirhindi An Naqshbandi menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang mulia.

Surat Permohonan dari hamba yang hina, Ahmad. Sesungguhnya ruhku telah mencapai sebuah Maqam yang sukar untuk dijelaskan pada ketika 'Uruj. Maqam ini khusus buat Hadhrat Khwajah Naqshbandi قدس سره الأقداس. Kemudian setelah beberapa waktu, tubuhku telah menemukan unsur-unsur yang berada disana. Daku berfikir pada waktu itu, bahwa 'alam ini secara keseluruhannya ialah daripada 'Unsuriyyat dan Falakiyyat yang turun ke bawah. Tiada nama dan bentuk pada Maqam ini, kerana itulah hanya sebahagian Auliya' kibar saja yang menduduki Maqam ini. Kini daku dapati seluruh 'alam bersamaku pada Mahal tempat dan Maqam ini. Telah berlakulah Hairat kehairanan, kebingungan seperti adanya satu benda asing yang lengkap sempurna berada bersama diriku di situ.

Kesimpulannya, terkadang zahir hal keadaan yang tidak ada daku dan 'alam padanya dan tidak juga ada suatu pun disitu secara Nazhar renungan yang mendalam dan pada 'Ilmu pengetahuan. Haalat keadaan itu berterusan sehinggalah ke saat ini dan wujudnya alam ini adalah dihijabkan daripada Nazhar dan 'Ilmu. Kemudian Maqam yang demikian itu pun telah turun sedikit demi sedikit seperti mana 'alam tadi [ 'alam yang terdapat 'Unsuriyyat dan Falakiyyat] dan daku mendapati diriku dari waktu ke waktu meningkat naik ke atas. Kemudian daku telah berniat untuk melakukan solat dua rakaat Syukril Wudhu. Lalu telah zahirlah padaku Maqam yang sangat tinggi. Pada Maqam tersebut daku telah melihat Akabir Naqshbandiyyin yang empat [Khwajah Naqshbandi, Khwajah Muhammad Parsa, Khwajah 'Alauddin Attar, Khwajah Ubaidillah Al Ahrar] قدس الله أسرارهم. Pada Maqam itu juga ada Masyaikh yang lain seperti Sayyid At Tha'ifah Khwajah Bayazid Bistami dan para Masyaikh yang lain. Sesetengah daripada Para Masyaikh berada di atas Maqam itu. Tetapi mereka mengambil keputusan untuk berada pada tempat itu dan sebahagian Masyaikh yang lain berada di bawah Maqam itu mengikut perbezaan Darjat mereka. Daku dapati diriku berada terlalu jauh daripada Maqam mereka. Bahkan daku tidak melihat diriku sesuai untuk berada pada Maqam itu. Disebabkan peristiwa ini diriku merasa sangat terganggu sehingga daku hampir menjadi gila dan ruhku ingin keluar daripada tubuhku kerana terlalu sedih dan menyesal. Keadaan ini berlalu beberapa lama. Akhirnya, daku melihat diriku terpilih untuk berada pada Maqam tersebut dengan keberkatan Tawajjuh Tuan Syaikh yang tinggi dan daku telah dapati kepalaku selari pada Maqam itu. Lalu daku naik sedikit demi sedikit dan duduk di atas Maqam itu. Kemudian terlintas dalam fikiranku setelah Tawajjuh bahawa Maqam tersebut adalah Maqam Takmil penyempurnaan yang lengkap sempurna. Maqam tersebut boleh dicapai setelah selesainya Suluk dan bagi Majzub, dia tidak memiliki nasib untuk berada pada Maqam tersebut kerana suluknya belum sempurna.

Daku telah terfikir pada waktu itu bahawa Wusul sampai pada Maqam tersebut adalah sebahagian daripada Natijah kesan-kesan yang terjadi pada ketika daku melihat diriku melazimi Tuan Syaikh, dan daku telah melihat Sayidina 'Ali كرم الله وجهه mendatangiku lalu berkata : "daku datang kepadamu adalah untuk mengajarkan engkau ilmu langit". 

Tatkala daku melihat dengan teliti, daku dapati Maqam itu adalah dikhususkan untuk Sayidina 'Ali كرم الله وجهه lebih daripada sekalian Khulafa Rasyidin رضي الله عنهم أجمعين.

 والله سبحانه وتعالى أعلم

Permohonan yang kedua :

Terlihat pada diriku bahwa akhlak yang buruk sedikit demi sedikit menghilang, sebahagiannya keluar daripada badan seumpama benang dan sebahagian yang lain keluar seperti cacing. Pada satu masa daku berfikir semua akhlak yang buruk itu telah pun keluar semuanya. Tiba-tiba ia zahir semula pada masa lain.

Ketiganya :

Bahawa Tawajjuh untuk menghilangkan sebahagian penyakit dan kesukaran-kesukaran adakah ia memiliki syarat atau tidak? Contoh syaratnya seperti perlukah mengetahui adakah Al Haq سبحانه وتعالى meridhai perbuatan itu atau tidak terlebih dahulu.
Tertulis dalam 'ibarat Kitab Rasyahat yang telah dinaqal daripada Hadhrat Khwajah yakni Hadhrat Khwajah Ubaidillah Ahrar قدس سره الأقداس bahawa perbuatan itu tidak memiliki sebarang syarat. Maka kerana apa mereka menghukumkan perbuatan melakukan Tawajjuh seperti ini adalah tidak baik. Yakni tidak baik disisi Al Haq?

Keempatnya :

Sebahagian Thalibin yang telah mengalami Ahwal Hudur, adakah pada awalnya sudah pun menjadi kelaziman untuk dia ditegah daripada melakukan zikir dan beberapa amalan dengan tujuan agar Hudurnya terpelihara. Kemudian, Martabat Hudur manakah yang tidak diperlukan zikir padanya, dan Martabat Hudur yang lain manakah yang perlu kepada zikir sejak mula hingga akhir? 
Pada asalnya, Thalibin boleh melakukan zikir dan amalan lain sehinggalah dia mencapai Nihayat penghujungan. Maka apakah hakikat maksud perkara ini?. Kerana apa mereka menyuruhnya untuk melakukan zikir dan beberapa amalan.

Kelimanya :

Hadhrat Khwajah yakni Khwajah Ubaidillah Ahrar telah berkata dalam kitab Al Faqarat : "pada akhirnya Para Masyaikh memerintahkan Thalibin untuk melakukan zikir, sesungguhnya beberapa dari Maqasid tujuan-tujuan tidak dapat dicapai melainkan dengan zikir. Tiadalah Maqasid ini melainkan Para Masyaikh telah pun menetapkannya"

Keenamnya : 

Sebahagian daripada Thalibin meminta untuk diajarkan Tariqat, tetapi mereka tidak berhati-hati terhadap makanan walaupun dalam keadaan tidak berhati-hati itu, tetap telah terhasil Hudur dan Ahwal yang lain seperti Istighraq pada diri mereka, maka jika kami bertegas terhadap mereka untuk berhati-hati dalam makanan, mereka akan meninggalkan semua terus. Yakni mereka memilih untuk meninggalkan Tariqat secara keseluruhan kerana lemahnya keinginan. Maka apakah hukum tentang perkara ini?. Sesetengah yang lain hanya meminta untuk tersambung ke dalam silsilah yang mulia ini saja dengan jalan iradat tanpa keinginan untuk mempelajari zikir. Adakah perkara ini dibolehkan atau tidak?. Maka jika boleh, bagaimanakah caranya? 

Berlebihan dalam menyampaikan permohonan, menjadikan daku tidak beradab.

*Telah siap diterjemahkan pada 18 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 27 May 2024 Masihi pukul 09:58 pagi di Hospital Baru, Keningau, Sabah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...