Maktub Yang kelima
Pada menyerahkan Khwajah Burhan yang mana dia itu termasuk dalam golongan orang yang Mukhlisin serta menjelaskan beberapa Ahwal keadaannya. Dia [Hadhrat Mujaddid قدس سره] menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang agung.
Surat Permohonan dari Khadim yang tersangat hina :
Daku telah menulis satu Risalah yang menjelaskan tentang Tariqat Khwajagan قدس الله أسرارهم dan daku telah pun menghantarnya ke sisi Tuan yang tinggi, Mudah-mudahan risalah itu akan dipandang oleh Tuan Syaikh dengan Nazhar yang Mubarak. tetapi ia hanya dalam bentuk nota karangan. Daku belum sempat memindahkan risalah itu ke kertas putih [buku] disebabkan ada perkara yang mendesak Khwajah Burhan untuk dia harus pergi secara tergesa-gesa, mungkin dengan sebab pemergiannya itu dia akan menemukan ilmu-ilmu yang lain.
Apabila daku membaca Risalah Silsilah Al Ahrari itu hari demi hari, datang dalam Khatir fikiran untuk menyampaikannya kepada Tuan, supaya Tuan dapat menuliskan suatu daripada sebahagian ilmu-ilmunya, atau Tuan boleh memerintahkan Faqir untuk menuliskan suatu padanya, dan Khatir fikiran untuk menyampaikan perkara ini kepada Tuan menjadi semakin kuat.
Semasa daku memikirkan perkara ini, tiba-tiba ilmu-ilmu pengetahuan tentang nota karangan ini menjadi semakin melimpah lebat; maka daku pun menuliskannya, dan menerangkan sebahagian ilmu-ilmu ke dalam Risalah itu untuk menghimpunkan apa yang telah daku tuliskan di dalam nota ini secara keseluruhan.
Jika Tuan Syaikh ingin menjadikan nota karangan ini sebagai Takmil penyempurnaan Risalah itu, adalah dipersilakan. Sebaliknya, jika Tuan Syaikh ingin menuliskan beberapa ilmu yang sesuai untuknya di dalam risalah itu dan daku menerimanya, maka itu pun daku mempersilakannya.
Terlalu berlebihan dalam memanjangkan penulisan surat ini adalah keluar daripada adab.
Dan laporan mengenai Khwajah Burhan, selama ini dia telah pun bersikap dengan baik dan melakukan perkara yang baik-baik. Dia telah mendapat peluang untuk berada pada Sayr yang ketiga yang bersesuaian dengan Maqam Jazbah, kini disebabkan dia telah menjadi orang penting yang diperintahkan untuk membantu mencari sumber mata pencarian, makanan, dia menjadi kelam kabut dan sedikit terganggu. Maka daku menghantarkan dia kepada pihak Tuan yang mulia, dan apa saja keputusan Tuan untuknya, ianya akan diterima.
*Telah menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu oleh 'Abdu Faqir Haqir La Syai' Miskin umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada 17 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 25 May 2024 Masihi pukul 7:31 malam di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan