Jumaat, 24 Mei 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ketiga Jilid Pertama

Maktub Ketiga 

Pada menjelaskan bahawa terhentinya Para sahabat-sahabat Tariqat [mereka yang bersuhbah dengan Hadhrat Mujaddid Alfi Tsani Syaikh Ahmad Faruqi As Sirhindi] pada Maqamat tertentu dan menjelaskan tentang apa-apa yang berkaitan dengan perkara tersebut. Hadhrat Mujaddid قدس الله سره الأقداس menuliskan surat laporan ini kepada Syaikhnya yang Agung.

Surat Permintaan :

Sahabat-Sahabat Tariqat yang tinggal di sini dan Sahabat-Sahabat yang berada di sana, setiap satu dari mereka sedang tersekat pada suatu Maqam, padahal untuk mereka keluar daripada Maqam tersebut adalah tersangat sukar. Sedang daku sendiri tidak mendapati diriku memiliki Qudrat untuk melepaskannya. Semoga Allah سبحانه mengurniakan kami Taraqqi peningkatan dengan keberkatan Tawajjuh Tuan Syaikh yang tinggi.

Salah seorang yang rapat denganku telah pun melampaui Maqam tersebut dan kini dia telah pun sampai pada Muqaddimah Tajalliyat Zatiyyah, dan Hal keadaannya sekarang tersangatlah baik, sekarang dia telah pun meletakkan kakinya di atas tapak kaki Faqir ini.  

Daku berharap perkara yang sama akan berlaku kepada mereka yang lain juga. Sebahagian daripada Ikhwan Tariqat, mereka tidak Munasib sesuai untuk berjalan pada jalan Tariqat Muqarrabin, akan tetapi dengan melihatkan Hal mereka, adalah mereka itu Muafakat sesuai pada jalan Tariqat Abrar, dan apa yang telah mereka hasilkan daripada Yaqin secara keseluruhannya adalah Ghanimah Harta yang bernilai juga. Sebaiknya kami hendaklah memerintahkan mereka untuk kekal pada Jalan Tariqat itu.

Setiap manusia, masing-masing memiliki Shan keadaan yang khas. 

Daku tidak berani memperincikan nama-nama mereka; Kerana Hal keadaan mereka itu tidak tersembunyi daripada Tuan Syaikh dan berlebihan pada menjelaskannya akan menyebabkan daku terkeluar daripada adab yang baik.

Hadhrat Mir Sayyid Syah Husain pada suatu hari telah menyampaikan laporan, ketika dia Mashgul sibuk melakukan latihan kerohanian dia melihat bahawa dirinya seolah-olah telah sampai ke satu gerbang yang besar. Lalu dikatakan kepadanya bahawa ini adalah pintu Hayrat ahwal kebingungan, dan dia pun berkata : “tatkala daku melihat ke dalam, daku telah mendapati ada Hadhrat Syaikh [ Khwajah Baqi Billah] dan engkau [ Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi ] berada bersamanya, dan apabila daku ingin pergi ke tempat itu, kakiku tidak dapat melangkahinya.”

*Siap diterjemahkan oleh Faqir Haqir La Syai' umpama debu di telapak kaki Para Masyaikh Azmye bin Asli عفى الله عنه ولوالديه ولمشائخه pada Jumaat 15 Zulqa'dah 1445 Hijriah bertepatan 24 May 2024 Masihi pukul 3:08 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...