Sabtu, 18 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 57 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh tujuh dituliskan untuk Syaikh Muhammad Yusuf tentang sebuah nasihat

semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kamu istiqamah di atas jalan nenek moyang kamu yang mulia dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin penghulu sekalian rasul, ke atasnya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

Hendaklah diketahui, kedaulatan, kepimpinan,  dan kekerabatan adalah harta warisan yang terdapat dalam kalangan kamu. Seharusnya, kehidupan dan pergaulan kamu berlandaskan jalan yang mudah bagi kamu melayakkan diri untuk mendapatkan warisan itu. 

Apa yang daku maksudkan ialah, hendaklah kamu mengelokkan zahir kamu dengan zahir syariat dan menghiasi batin kamu dengan batin syariat, terhiasnya batin dengan syariat itulah ungkapan dari haqiqat. Sesungguhnya, tariqat dan haqiqat itu adalah dua ungkapan daripada Haqiqat Syariat. 

Dan yang mengatakan tariqat sahaja satu-satunya diri sebenar haqiqat syariat, sedangkan dia menganggap tariqat beserta haqiqat adalah dua perkara yang berlainan. Maka,i'tiqad seperti ini adalah i'tiqad para mulhid dan zindiq.

menurut sangkaan faqir terhadap kamu, kamu adalah orang yang sangat baik, jadikanlah beberapa fakta itu sebagai saksi kepada makna ucapan ini. Daku juga telah menceritakan sedikit sebanyak fakta itu kepada ayah kamu yang mulia.

Akhir sekali apa yang ingin daku sebutkan, adalah Syaikh Abdul Ghani itu seorang lelaki yang dipenuhi dengan kesolehan dan berakhlak mulia. Jadi, sekiranya dia datang untuk berkhidmat padamu dalam satu urusan, maka berikanlah perhatian kepadanya. 

والسلام والإكرام

siap terjemah

19 Rajab 1446 Hijrah, 8:28 pagi, Khanqah Naqshaband, Keningau, Sabah, Malaysia

Khamis, 16 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 56 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh enam dituliskan kepada Syaikh Abdul Wahab bin Sayyid Ahmad Al Multani pada menyerahkan seorang daripada kalangan Saadat. Sesungguhnya Para Saadah yang mulia lagi suci, mereka itu adalah orang yang memiliki banyak keberkahan disebabkan perantaraan juz'iyyah sebahagian kecil daripada Sayyid al-Awwalin wal Akhirin, ke atasnya dan ahli keluarganya semoga dilimpahkan selawat. Ya ! lidah siapakah yang dapat menceritakan dengan terperinci manqabat perbuatan baik mereka dan mahmadat perkara yang selayaknya dipuji dari diri mereka ? disebabkan tiada yang berani melakukannya, maka kami cuba memberanikan diri untuk menceritakan bab ini supaya pujian kami terhadap mereka itu menjadi sebab kebahagiaan kami sendiri bahkan hanya dengan memuji merekalah diri kami juga akan mendapat pujian dan kami juga ingin menzahirkan mawaddah kasih sayang terhadap mereka yang adalah kasih terhadap mereka itu adalah perintah daripada Allah.


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan orang yang mencintai mereka dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin ke atasnya dan keluarganya selawat dan salam.

Orang yang membawa surat yang sedang dibaca ini ialah Sayyid Ahmad, dia ini adalah termasuk dalam golongan Saadah, sekumpulan penuntut ilmu dan termasuk dalam jemaah orang-orang soleh.

Sungguh dia telah menghadapi had batasannya kerana hidupnya yang berterusan susah. Jika pintu keluhuran itu masih memiliki ruang, maka orang yang diberi isyarat tadi itu layak diberikan pandangan perhatian dan pertolongan lagi dia itu tersangatlah berhak untuk itu. Jika pintu keluhuran yang tinggi itu sudah tidak memiliki ruang, maka serahkanlah dia kepada seseorang yang mukhlisin agar dia menjadi tenang tenteram dalam kehidupannya. 

Tatkala daku yakin padamu, maka daku mengutus surat ini padamu, kerana kamu sering memberi perhatian yang sempurna dalam menguruskan urusan orang-orang faqir dan berhajat. Demikian lagi,  kerana kamu sering memberi tumpuan yang khusus untuk menolong para saadah yang besar, maka sebelum kami menghantar surat ini, kami sendiri telah menyunting perkataan-perkataan di dalamnya dan apa yang telah disebutkan, walaupun dalam keadaan dia tidak gembira dengan apa yang ditulis. Hal itu tampak tatkala dia hendak pergi, dia tidak gembira sebagaimana gembiranya seseorang yang mendapat rukhsah keringanan. Sifatnya sebegitu tiada lain adalah kerana dia itu termasuk dalam golongan orang yang mukhlisin.


semoga Allah سبحانه mengurniakan kita istiqamah dan ikhlas untuk mencintai mereka.

Berlebihan daripada ini hanya akan membuat surat ini menjadi panjang.


siap terjemah

16 Rajab 1446 Hijrah, 5:11 petang, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Selasa, 14 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 51 Jilid 1



Maktub surat yang kelima puluh satu dituliskan juga untuk al-Sayyid an-Naqib al-Syaikh Farid Bukhari tentang galakkan memperkenalkan hukum syariat ke atas Sahib pemiliknya selawat dan salam

Kami memohon kepada Allah سبحانه agar mengukuhkan tiang rukun undang-undang syariat dan menyebarluaskan hukum hakam Millah agama yang putih lagi mudah (islam) dengan perantaraan wujudnya silsilah keturunan yang agung lagi mulia.

Inilah pekerjaan yang sebenar dan selebihnya adalah perkara yang sia-sia. 

Untuk Ghuroba dari kalangan ahli islam mendapatkan kelepasan pada hari ini daripada tenggelam ke dasar laut kesesatan adalah dengan mendapatkan pertolongan daripada bahtera ahli bait keluarga Khairil Basyar sebaik-baik manusia, sumber risalah yang ke atasnya dan ahli keluarganya, semoga dilimpahkan selawat yang paling sempurna dan salam yang paling afdhal.

Dia عليه الصلاة والسلام telah bersabda : perumpamaan ahli baitku seperti perumpamaan bahtera Nuh, siapa yang menaikinya akan selamat dan siapa yang bertindak sebaliknya, akan binasa.

Maka apa yang sepatutnya dibuat adalah menggunakan semua himmah kesungguhan yang tinggi untuk menghasilkan kebahagiaan yang agung ini.

Sungguh telah menjadi mudah bagi mereka itu dengan 'inayat bantuan daripada Allah سبحانه وتعالى الجاه والجلال والعظمة والشوكة Maha Suci Dia, yang Tertinggi, yang Memiliki Kehormatan, yang Maha Agung, yang Maha Besar, yang tidak memiliki had batasan semuanya itu.

Jika terhimpun semua kurniaan yang telah disebutkan ini serta pada dirinya sendiri memiliki kehormatan, maka mereka yang seperti itulah yang telah mendahului dalam medan kebahagiaan mengatasi sekalian rakan-rakan. Al-Faqir disini akan sentiasa memberi tawajjuh kepada kamu dengan sepenuh iradah untuk menzahirkan perkataan-perkataan seperti ini agar dapat menguatkan syariat yang benar dan untuk memperkenalkannya kepada orang ramai.

Kini, mereka telah melihat hilal anak bulan Ramadan di Delhi, Hadhrat Walidah faham keadaan sakitku, dia menyuruhku agar daku berhenti, jadi daku pun berhenti dalam keadaan terdesak untuk mendengar pengkhataman al-quran.

Perkara inilah yang bernilai di sisi Allah سبحانه وتعالى, dan apa yang diharapkan dari Allah ialah terhasilnya kebahagiaan di kedua alam (dunia dan akhirat).

siap terjemah
15 Rajab 1446 Hijrah/ 15 January 2025 Masihi
Rabu, 1:17 petang

Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia

Isnin, 13 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 50 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh tentang kecelaan dunia yang hina dituliskan untuk al- Sayyid an- Naqib al-Syaikh Farid al-Bukhari juga.

semoga Allah سبحانه memuliakan kamu dengan kelepasan daripada merasa sedap terhadap perkara selain Diri-Nya dan mudah-mudahan Dia menjadikan kamu bertawajjuh menghadap diri kepada-Nya سبحانه  secara keseluruhan serta menjadikan kamu dirundung perasaan cinta kepada-Nya secara berterusan melalui kehormatan Penghulu Sekalian Manusia Yang Membebaskan Daripada Pandangan Yang Kabur, ke atas dirinya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

Ketahuilah, dunia ini manis pada zahirnya dan dingin segar pada rupanya. Tetapi, pada realitinya dunia itu adalah racun yang membunuh dan nikmat yang palsu. Tiada faedahnya memiliki memiliki hubungan rapat dan kemesraan yang mengikat dengan dunia. 

Menerima dunia adalah perkara yang memalukan dan terpesona padanya adalah hal yang gila. Hukumnya itu sama seperti hukum najis yang disalut dengan emas dan rupanya sama seperti racun yang dicampur dengan gula. Orang yang berakal tidak akan tertipu dengan nikmat yang tidak bermutu seperti ini dan orang yang pintar juga tidak akan mahu memiliki barangan yang telah rosak.

Kerana ini, para fuqaha telah berkata;

kalau seseorang itu hendak mewasiatkan hartanya untuk orang-orang yang pintar, maka hendaklah dia memberikan hartanya itu kepada orang-orang yang zuhud. Kerana mereka itu sering meninggalkan dunia, dan  perbuatan mereka tidak mempedulikan dunia itu menunjukkan betapa sempurnanya akal dan rasional mereka.

berlebih-lebihan dalam menuliskannya adalah Ithnab menjadikan penulisan ini panjang. 

Tinggal lagi keinginan daku yang satu ini, Syaikh Zakariyya diberi bebanan untuk mengutip cukai dalam usianya sekarang. Dalam keadaan sebegitu dia sentiasa merasa takut dengan perkiraan yang cepat, perkiraan cepat itu menurutnya sangat mudah berbanding dengan perkiraan yang lambat.

Dia melihat kepada piagamnya yang agung pada alam asbab ini berkat tawajjuh dari kamu yang mulia. Dia berharap adalah keadaannya yang sedang berkhidmat di tempat yang tinggi itu ialah dapat dizahirkan dalam tulisan yang baru juga yakni dapat disampaikan kepada para tuan-tuannya.

syair :

ألا أعطني قلبا ترى من جسارة 
الأسود وإن ألفيتني قبل ثعلبا

tidakkah kau mahu memberikan kepadaku hati yang telah melihat daripada seekor hitam yang berani, walaupun dulu kau telah menyelamatkan aku daripada ular.

Semoga Allah سبحانه memudahkan daulat yang memiliki gambaran dan maknawi ini dengan kehormatan Nabi al-Ummi dan keluarganya yang mulia, ke atas dirinya dan mereka semua selawat serta salam.

siap terjemah
14 Rajab 1446 Masihi/13 January 2025
9:48 malam, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Ahad, 12 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 42 Jilid 1


Maktub surat yang keempat puluh dua untuk Syaikh Muhammad Al Jatri juga, pada menerangkan bahawa alat penggilap yang terbaik untuk menghilangkan kekaratan Mahabbat cinta kepada selain Al Haqq dalam haqiqat Jami' Qalbiyyah adalah dengan menuruti sunnah yang mulia ke atas Shahib pemiliknya selawat, salam dan tahiyyat.

Semoga Allah سبحانه memberi kesejahteraan dan memanjangkan umur kamu :

Ketahuilah, selama Insan itu masih dicemari dengan kekotoran yang beragam rupa, dia tidak akan dipeduli dan dibiarkan. Dia perlu menggilap cermin Haqiqat yang Jami' secara keseluruhannya daripada dikotori kekaratan Mahabbah cinta kepada selain-Nya عز وجل.

Alat penggilap yang terbaik untuk menghilangkan kekaratan itu adalah dengan menuruti sunnah  Mushtofawiyyah Saniyyah yang tinggi, ke atas tempat terbitnya selawat, salam dan tahiyyat penghormatan. 

Urusan yang sedemikian itu adalah untuk menghilangkan adat kebiasaan Nafsaniyyat dan menghindarkan resam kebiasaan Zulmaniyyat. Maka, alangkah beruntungnya bagi mereka yang mendapat kemuliaan dengan nikmat yang besar ini dan betapa sialnya mereka yang diharamkan daripada daulat yang tinggi ini.

Kini tinggal lagi sebuah harapan, bahawa saudaraku yang mulia Miyan Muzhoffar ibni Al Marhum Syaikh Kahuran, orang-orang yang terkenal, anak-anak para akabir pembesar dan yang di sekitarnya yang memiliki kaitan adalah sekelompok yang terlalu ramai. Mereka semua itu berada dalam Mahal Tarahum tempat untuk berbelas kasihan. Jadi, untuk apa lagi kamu mahu merasa pening yang berlebihan?

والسلام عليكم وعلى سائر من اتبع الهدى


siap terjemah :

12 Rejab 1446, 5:28 petang
Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia

Sabtu, 11 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 40 Jilid 1


Maktub surat yang keempat puluh dituliskan juga kepada Syaikh Muhammad Al Jatri pada menerangkannya untuk mencapai keikhlasan yang mana ikhlas itu ialah satu Juzuk bahagian dari tiga bahagian yang terdapat dalam hukum syariat. Surat ini juga untuk menjelaskan bahawa Tariqat dan Haqiqat itu adalah Khadim kepada Syariat, yang mana dengan kedua itu akan menyempurnakan Juzuk bahagian yang satu ini iaitu Ikhlas dan yang semisal sedemikian.

نحمده ونصلي على نبيه ونسلم 

wahai si dia yang dikhidmati : sungguh diriku telah diberikan pengetahuan setelah mengharungi manazil persinggahan suluk dan maqamat jazbah, bahawa tujuan daripada persiaran suluk ini adalah untuk menghasilkan maqam ikhlas. Ikhlas itu akan terhasil bergantung dengan hasilnya fana ilahi tuhan kepada Afaqiyyah dan Anfusiyyah. Ikhlas seperti inilah ialah satu juzuk daripada syariat. 

Sesungguhnya syariat itu sendiri memiliki tiga juzuk bahagian iaitu ilmu, amal dan ikhlas. Seterusnya, Tariqat dan Haqiqat itu adalah khadim yang membantu Syariat untuk menyempurnakan bahagiannya yang satu itu, iaitu ikhlas dan inilah fakta yang sebenarnya.

Akan tetapi, setiap orang tidak ingin memahami tentang yang sedemikian itu dan kebanyakan orang di dunia ini berpuas hati dengan mimpi dan imaginasi dan hanya berpuas hati dengan kacang walnut dan pisang.

apa yang mereka boleh dapat dari kesempurnaan syariat itu sedangkan mereka tidak mencapai haqiqat Tariqat dan Haqiqat. Mereka menyangka bahawa syariat hanyalah kulit dan haqiqat adalah isi sedangkan mereka tidak tahu apakah haqiqat sebenar urusan ini. Bahkan, mereka itu tertipu dengan perkara karut marut dari kalangan ahli sufi dan mereka tergila-gila dengan ahwal dan maqamat Sufliyyah yang tingkat bawah.

Semoga Allah سبحانه memberi petunjuk kepada mereka akan jalan yang lurus. 

والسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

siap terjemah,
11 Rejab 1446 Hijrah / 11 January 2025 Masihi
5:46 petang, Khanqah Naqshabandi

Jumaat, 10 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 39 Jilid 1


Maktub surat yang ketiga puluh sembilan dituliskan juga kepada Syaikh Muhammad Al Jatri untuk menjelaskan bahawa amal perbuatan kebiasaan itu bergantung kepada Qalb dan Qalb tidak akan diberikan futuh pembukaan tanpa melaksanakan amalan yang memiliki rupa bentuk dan ibadat kebiasaan sehari-hari serta patuh pada semua itu.

Mudah-mudahan Allah سبحانه mengurniakan kita keupayaan untuk berpaling daripada segala suatu selain diri-Nya dan menjadikan kita menghadap ke sisinya yang suci melalui perantaraan kehormatan Penghulu sekalian manusia, yang menyelamatkan manusia daripada pandangan yang sesat, ke atas dirinya dan keluarganya semoga dilimpahkan selawat dan salam.

Ketahuilah! kebiasaan diri seseorang itu bergantung pada Qalb. Maka jika Qalb itu terpesona dan tertarik dengan selain Al Haqq سبحانه وتالى, itulah Qalb yang rosak dan cacat. Pada ketika itu, tidak akan terhasil suatu apa pun daripada beragam rupa bentuk amalan dan banyaknya ibadat yang kebiasaan semata-mata.

Tapi hendaklah diketahui, sudah tentulah semua amal dan ibadat tadi perlunya kepada Qalb yang sejahtera. Qalb yang sejahtera itu adalah Qalb yang selamat daripada terpersona kepada selain-Nya تعالى dalam masa yang sama hendaklah diberi perhatian juga kepada amalan-amalan kebaikan yang berkaitan dengan tubuh badan yang disuruh hukum syara' untuk melaksanakannya.

Segala dakwaan bahawa Qalb yang sejahtera itu tidak perlu kepada melaksanakan amalan kebaikan, maka dakwaan itu adalah sesat sepertimana sesatnya dakwaan yang mengatakan bahawa wujudnya ruh itu tidak memerlukan kepada tubuh badan, dakwaan seperti ini tidak dapat dibayangkan menurut fikiran yang waras.

Hendaklah diketahui, terhasilnya ahwal Qalbiyyah tanpa terhasilnya amalan kebaikan Qalibiyyah itu adalah hal yang mustahil. Banyak orang daripada kalangan Atheis yang tidak beragama menggunakan dakwaan ini pada zaman sekarang. 

Semoga Allah سبحانه menyelamatkan kita daripada Iktiqad pegang-pegangan mereka yang buruk itu dengan melalui kehormatan kekasih-Nya ke atas dirinya selawat, salam dan tahiyyat penghormatan.



siap diterjemahkan pada

11 Rajab 1446 Hijriyah bersamaan 10 January 2025 Masihi.

9:02 malam, Khanqah Naqshabandi

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...