Khamis, 27 Februari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 62 Jilid 1


Surat keenam puluh dua dituliskan kepada Mirza Husamuddin Ahmad untuk menjelaskan bahawa Jazbah tarikan yang berlaku sebelum suluk bukanlah maksud, bahkan Jazbah yang berlaku itu adalah Wasilah perantara untuk meringkaskan Manazil Suluk tingkatan suluk dengan cara memudahkan. Jazbah yang termasuk dalam tujuan untuk dicapai adalah Jazbah yang berlaku setelah suluk. Surat ini juga menjelaskan tentang apa yang bersesuaian.

Segala puji bagi Allah serta salam ke atas para hamba-Nya yang terpilih. 

Ketahuilah, jalan wusul itu tersusun daripada  dua bahagian iaitu Jazbah dan Suluk dalam kata lain disebutkan dengan Tasfiyah dan Tazkiyah. Jazbah adalah muqaddimah permulaan suluk, bukanlah sebahagian daripada maksud. Sedangkan Tasfiyah sebelum Tazkiyah bukanlah termasuk dalam tuntutan.

Jazbah yang menjadi maksud dan Tasfiyah yang dituntut yang sebenarnya hanya akan terhasil setelah sempurnanya suluk. Manakala, Tazkiyah yang terhasil berada dalam Sayr Fillah persiaran di dalam Allah.

Jazbah dan Tasfiyah yang disebutkan tadi itu berfaidah bagi Suluk dan Tazkiyah, sebenarnya hanya untuk memudahkan perjalanan suluk. Kerana urusan ini tidak akan terhasil tanpa suluk.

Keindahan yang dicari tidak akan tercapai tanpa meringkaskan Manazil tingkatan.

Jazbah yang pertama tadi rupa gambarannya persis seperti Jazbah yang kedua tapi tidaklah sama secara hakikatnya. Apa yang diceritakan ini, bukanlah apa yang sedang difahami dengan masuknya Nihayah penghujung pada Bidayah permulaan seperti yang telah diucap oleh Para Masyaikh silsilah yang tinggi ini iaitu masuknya rupa gambaran Nihayah pada Bidayah. Kalau begitu, maka Bidayah sama saja seperti haqiqat Nihayah sedangkan tidaklah sama diantara Nihayah dan Bidayah.

Penjelasan tentang perbahasan yang disebutkan ini secara terperinci terdapat dalam risalah yang telah daku suntingkan pada mentahqiqkan Haqiqat Jazbah serta Suluk dan yang semisalnya.

Kesimpulannya, bahawa meringkaskan untuk memudahkan faham rupa gambaran dengan haqiqat adalah Dhoruri boleh saja, manakala menjelaskan perkara haqiqat dengan menggunakan rupa gambaran adalah ditegah.

Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dengan kebenaran yang hakiki dan menjauhkan kami daripada rupa gambaran yang batil sesat dengan kehormatan Nabi yang dipilih dan keluarganya yang Abrar ke atasnya dan mereka selawat yang paling sempurna dan tahiyyat penghormatan yang paling utama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...