Sabtu, 26 Oktober 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat 28 Jilid 1

Maktub Imam Rabbani surat yang kedua puluh lapan dituliskan juga untuk Khawajah 'Amak pada menjelaskan tentang ketinggian Hal tetapi menggunakan 'ibarat yang tidak jelas pada ketika Tanazzul turun dan Taba'ud jauh

Aku sungguh gembira dengan datangnya surat daripada kamu yang mukhlis pada sisi kedermawanan, surat tersebut telah pun selamat sampai ke sini. Aku sungguh telah menerima kemuliaan disebabkan dapat membacanya. 

Apakah nikmat yang lebih besar selain daripada dapat memperingati orang tawanan yang telah dimerdekakan dan apakah daulat yang lebih agung selain daripada daulat perhatian bagi orang yang telah sampai dalam keadaan tidak dipeduli. Sedangkan orang yang tidak dipeduli itu ialah seorang yang lemah pada ketika dia tidak mendapati sebarang kemampuan pada dirinya untuk sampai.

Dia telah memilih kemalasan di Zawiyah yang terabai tanpa paksaan dan dia telah lari daripada mendapatkan Qurb penghampiran. Dia juga merasa lapang dengan kejauhan dan merasa tenang dengan Infishal keterpisahan daripada Ittishal ketersambungan pada ketika dia telah melihat ahli tawanan lain memilih kebebasan sebagai usaha seorang tawanan yang terhutang budi.

Syair :

اذا ما اراد الطمع مني مالكي
لقلت على رأس القناعة أحجار

Apabila seorang yang tamak ingin untuk medapatkan kerajaanku dari diriku,
Maka aku katakan atas puncak Qana'ah, jagalah kerajaanku.

Untuk apa aku memeningkan kepala kamu berlebih-lebihan dengan menggunakan 'ibarat yang tidak memiliki hubungan dan isyarat yang tidak biasa digunakan. 

Semoga Allah تعالى mengukuhkan pendirian kami dan kamu juga dalam mengikuti Penghulu Sekalian Rasul عليه وعلى آله من الصلوات أفضلها ومن التسليمات أكملها

*** Siap diterjemahkan pada 23 Rabi'us Tsani 1446 Hijrah bersamaan 27 Oktober 2024 Masihi pukul 6:43 pagi di Keningau, Sabah, Malaysia.

Isnin, 14 Oktober 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat 94 Jilid 1

Maktub surat yang ke sembilan puluh empat dituliskan untuk Khudhor Khan Al Ludi pada menjelaskan tentang perlunya seseorang itu memiliki aqaid pegangan kepercayaan yang benar dan melaksanakan amal perbuatan yang baik agar dia mampu terbang ke Alam Haqiqat dengan kedua sayap ini.


Semoga Allah سبحانه mengurniakan rezeki kepada kamu dengan istiqamah ketetapan atas jalan syariat musthofawiyyah ke atas shahib pemiliknya selawat, salam dan penghormatan. Sayugianya, perkara yang pertama sekali kena ada pada diri seorang manusia itu ialah Aqaid yang sah mengikut ketetapan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah yang betul, yang mana mereka itulah tempat yang selamat. Seterusnya, seorang manusia itu hendaklah melakukan amal perbuatan yang baik iaitu perkara yang diwajibkan oleh hukum hakam fiqhiyyat.

Sesungguhnya, perkara yang dapat membantu seseorang itu dalam melakukan semua ini adalah Taufiq Ilahi setelah mempelajari hukum hakam yang fardhu, sunnat, wajib, mustahab, halal, haram, musytabihat.


Setelah terhasilnya dua sayap ini iaitu Iktiqad dan Amali, maka barulah boleh terbang menembus ke sisi Alam Haqiqat.

Tanpa terhasil dua perkara yang dapat membantu ini, maka mustahil untuk terbang menuju ke sisi Alam Haqiqat.

Syair

ومن المحال السير في طرق الصفا
يا سعد من غير اتباع المصطفى

Sebahagian daripada perkara yang mustahil adalah berjalan untuk menuju jalan-jalan kesucian

Wahai Sa'ad, tapi jalannya itu bukan dengan Ittiba' Musthofa ﷺ 

Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dan kamu atas mengikutinya ﷺ ke atas dirinya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

*Siap diterjemahkan oleh alfaqir lagi haqir pada 11 Rabi'us Tsani 1446 Hijrah bersamaan 14 Oktober 2024, 15:22, Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah, Malaysia.

Selasa, 8 Oktober 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat 55 Jilid 1

Maktub yang kelima puluh lima dituliskan untuk Sayyid Abdul Wahhab Al Bukhari untuk menzahirkan perasaan cinta

Sungguh telah muncul perasaan cinta dalam hatiku pada kamu sejak sekian lama tanpa hubungan yang pasti. Perasaan ini menjadikan kami sentiasa sibuk mendoakan kebaikan buat kamu dengan hati tanpa disengajakan. Rujukan tentang perasaan cinta ini yang mana telah warid dari Penghulu Sekalian Kainat dan Kebanggaan Buat Segala Maujudat عليه وآله الصلوات والتسليمات 

من أحب أخاه فليعلم إياه

Barangsiapa yang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukannya

aku berpendapat bahawa menyampaikan perasaan cintaku ini lebih utama lagi lebih sesuai dan kerana cinta ini berkaitan dengan kaum kerabat Nabi ﷺ yang mana terhasil pada tangannya tali pertolongan yang sempurna. 

Mudah-mudahan Allah سبحانه mengurniakan istiqamah ketetapan untuk mencintai mereka dengan kehormatan Penghulu Sekalian Manusia عليه وعلى آله الصلاة والسلام


Siap diterjemahkan oleh alfaqir lagi miskin pada 6 Rabi' Tsani 1446 Hijrah bersamaan 9 Oktober 2024 Masihi, pukul 9:16 pagi di Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Maktubat Imam Rabbani Surat 25 Jilid 1

Maktub yang kedua puluh lima

Dituliskan untuk Khawajah Jahan pada mendorongnya untuk mengikuti Sayyidil Mursalin ﷺ dan Khulafa' Rasyidin عليه وعليهم من الصلوات أكملها ومن التسليمات أتمها

Semoga Allah تعالى sejahterakan hati kamu dan melapangkan dada kamu serta mentazkiyyahkan Nafs kamu. Sekarang kesemua isi kulit kamu bahkan secara keseluruhan yang sempurna pada Ruh, Sir, Khafi dan Akhfa adalah berfungsi untuk mengikuti Sayyidil Mursalin عليه وعلى آله من الصلوات أفضلها ومن التسليمات أكملها. Maka hendaklah kamu mengikutinya dan Khulafa'nya yang Rasyidin Al Hadiin Al Mahdiyyin daripada yang setelahnya. Kerana mereka itu umpama bintang-bintang petunjuk dan matahari-matahari wilayat kewaliyan. 

Barangsiapa yang mendapat kemuliaan dengan mengikuti mereka itu maka sungguh dia akan berjaya dengan kejayaan yang besar. Maka sesiapa yang dijadikan untuk menyalahi mereka, sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang sangat jauh. Kesimpulan dari maksud penulisan surat ini adalah untuk menyatakan keterpaksaan dan kesempitan hidup yang dialami anak keturunan Al Marhum Syaikh Sulthan. Hendaklah kamu menggunakan bantuan dan pertolongan mereka yang ada di sisi kamu. Sesungguhnya dengan cara seperti itu mereka akan merasa merdeka.

Bahkan mereka itu akan berusaha untuk menunaikan hajat keperluan manusia yang lemah. Semoga Allah تعالى menambahkan taufiq pada diri kamu dan menjadikan kebaikan sebagai teman baik kamu. والسلام عليكم وعلى سائر من اتبع الهدى

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...