Jumaat, 10 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 39 Jilid 1


Maktub surat yang ketiga puluh sembilan dituliskan juga kepada Syaikh Muhammad Al Jatri untuk menjelaskan bahawa amal perbuatan kebiasaan itu bergantung kepada Qalb dan Qalb tidak akan diberikan futuh pembukaan tanpa melaksanakan amalan yang memiliki rupa bentuk dan ibadat kebiasaan sehari-hari serta patuh pada semua itu.

Mudah-mudahan Allah سبحانه mengurniakan kita keupayaan untuk berpaling daripada segala suatu selain diri-Nya dan menjadikan kita menghadap ke sisinya yang suci melalui perantaraan kehormatan Penghulu sekalian manusia, yang menyelamatkan manusia daripada pandangan yang sesat, ke atas dirinya dan keluarganya semoga dilimpahkan selawat dan salam.

Ketahuilah! kebiasaan diri seseorang itu bergantung pada Qalb. Maka jika Qalb itu terpesona dan tertarik dengan selain Al Haqq سبحانه وتالى, itulah Qalb yang rosak dan cacat. Pada ketika itu, tidak akan terhasil suatu apa pun daripada beragam rupa bentuk amalan dan banyaknya ibadat yang kebiasaan semata-mata.

Tapi hendaklah diketahui, sudah tentulah semua amal dan ibadat tadi perlunya kepada Qalb yang sejahtera. Qalb yang sejahtera itu adalah Qalb yang selamat daripada terpersona kepada selain-Nya تعالى dalam masa yang sama hendaklah diberi perhatian juga kepada amalan-amalan kebaikan yang berkaitan dengan tubuh badan yang disuruh hukum syara' untuk melaksanakannya.

Segala dakwaan bahawa Qalb yang sejahtera itu tidak perlu kepada melaksanakan amalan kebaikan, maka dakwaan itu adalah sesat sepertimana sesatnya dakwaan yang mengatakan bahawa wujudnya ruh itu tidak memerlukan kepada tubuh badan, dakwaan seperti ini tidak dapat dibayangkan menurut fikiran yang waras.

Hendaklah diketahui, terhasilnya ahwal Qalbiyyah tanpa terhasilnya amalan kebaikan Qalibiyyah itu adalah hal yang mustahil. Banyak orang daripada kalangan Atheis yang tidak beragama menggunakan dakwaan ini pada zaman sekarang. 

Semoga Allah سبحانه menyelamatkan kita daripada Iktiqad pegang-pegangan mereka yang buruk itu dengan melalui kehormatan kekasih-Nya ke atas dirinya selawat, salam dan tahiyyat penghormatan.



siap diterjemahkan pada

11 Rajab 1446 Hijriyah bersamaan 10 January 2025 Masihi.

9:02 malam, Khanqah Naqshabandi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...