Isnin, 13 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 50 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh tentang kecelaan dunia yang hina dituliskan untuk al- Sayyid an- Naqib al-Syaikh Farid al-Bukhari juga.

semoga Allah سبحانه memuliakan kamu dengan kelepasan daripada merasa sedap terhadap perkara selain Diri-Nya dan mudah-mudahan Dia menjadikan kamu bertawajjuh menghadap diri kepada-Nya سبحانه  secara keseluruhan serta menjadikan kamu dirundung perasaan cinta kepada-Nya secara berterusan melalui kehormatan Penghulu Sekalian Manusia Yang Membebaskan Daripada Pandangan Yang Kabur, ke atas dirinya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

Ketahuilah, dunia ini manis pada zahirnya dan dingin segar pada rupanya. Tetapi, pada realitinya dunia itu adalah racun yang membunuh dan nikmat yang palsu. Tiada faedahnya memiliki memiliki hubungan rapat dan kemesraan yang mengikat dengan dunia. 

Menerima dunia adalah perkara yang memalukan dan terpesona padanya adalah hal yang gila. Hukumnya itu sama seperti hukum najis yang disalut dengan emas dan rupanya sama seperti racun yang dicampur dengan gula. Orang yang berakal tidak akan tertipu dengan nikmat yang tidak bermutu seperti ini dan orang yang pintar juga tidak akan mahu memiliki barangan yang telah rosak.

Kerana ini, para fuqaha telah berkata;

kalau seseorang itu hendak mewasiatkan hartanya untuk orang-orang yang pintar, maka hendaklah dia memberikan hartanya itu kepada orang-orang yang zuhud. Kerana mereka itu sering meninggalkan dunia, dan  perbuatan mereka tidak mempedulikan dunia itu menunjukkan betapa sempurnanya akal dan rasional mereka.

berlebih-lebihan dalam menuliskannya adalah Ithnab menjadikan penulisan ini panjang. 

Tinggal lagi keinginan daku yang satu ini, Syaikh Zakariyya diberi bebanan untuk mengutip cukai dalam usianya sekarang. Dalam keadaan sebegitu dia sentiasa merasa takut dengan perkiraan yang cepat, perkiraan cepat itu menurutnya sangat mudah berbanding dengan perkiraan yang lambat.

Dia melihat kepada piagamnya yang agung pada alam asbab ini berkat tawajjuh dari kamu yang mulia. Dia berharap adalah keadaannya yang sedang berkhidmat di tempat yang tinggi itu ialah dapat dizahirkan dalam tulisan yang baru juga yakni dapat disampaikan kepada para tuan-tuannya.

syair :

ألا أعطني قلبا ترى من جسارة 
الأسود وإن ألفيتني قبل ثعلبا

tidakkah kau mahu memberikan kepadaku hati yang telah melihat daripada seekor hitam yang berani, walaupun dulu kau telah menyelamatkan aku daripada ular.

Semoga Allah سبحانه memudahkan daulat yang memiliki gambaran dan maknawi ini dengan kehormatan Nabi al-Ummi dan keluarganya yang mulia, ke atas dirinya dan mereka semua selawat serta salam.

siap terjemah
14 Rajab 1446 Masihi/13 January 2025
9:48 malam, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...