Maktub surat yang keempat puluh dua untuk Syaikh Muhammad Al Jatri juga, pada menerangkan bahawa alat penggilap yang terbaik untuk menghilangkan kekaratan Mahabbat cinta kepada selain Al Haqq dalam haqiqat Jami' Qalbiyyah adalah dengan menuruti sunnah yang mulia ke atas Shahib pemiliknya selawat, salam dan tahiyyat.
Semoga Allah سبحانه memberi kesejahteraan dan memanjangkan umur kamu :
Ketahuilah, selama Insan itu masih dicemari dengan kekotoran yang beragam rupa, dia tidak akan dipeduli dan dibiarkan. Dia perlu menggilap cermin Haqiqat yang Jami' secara keseluruhannya daripada dikotori kekaratan Mahabbah cinta kepada selain-Nya عز وجل.
Alat penggilap yang terbaik untuk menghilangkan kekaratan itu adalah dengan menuruti sunnah Mushtofawiyyah Saniyyah yang tinggi, ke atas tempat terbitnya selawat, salam dan tahiyyat penghormatan.
Urusan yang sedemikian itu adalah untuk menghilangkan adat kebiasaan Nafsaniyyat dan menghindarkan resam kebiasaan Zulmaniyyat. Maka, alangkah beruntungnya bagi mereka yang mendapat kemuliaan dengan nikmat yang besar ini dan betapa sialnya mereka yang diharamkan daripada daulat yang tinggi ini.
Kini tinggal lagi sebuah harapan, bahawa saudaraku yang mulia Miyan Muzhoffar ibni Al Marhum Syaikh Kahuran, orang-orang yang terkenal, anak-anak para akabir pembesar dan yang di sekitarnya yang memiliki kaitan adalah sekelompok yang terlalu ramai. Mereka semua itu berada dalam Mahal Tarahum tempat untuk berbelas kasihan. Jadi, untuk apa lagi kamu mahu merasa pening yang berlebihan?
والسلام عليكم وعلى سائر من اتبع الهدى
siap terjemah :
12 Rejab 1446, 5:28 petang
Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan