Khamis, 16 Januari 2025

Maktubat Imam Rabbani Surat 56 Jilid 1


Maktub surat yang kelima puluh enam dituliskan kepada Syaikh Abdul Wahab bin Sayyid Ahmad Al Multani pada menyerahkan seorang daripada kalangan Saadat. Sesungguhnya Para Saadah yang mulia lagi suci, mereka itu adalah orang yang memiliki banyak keberkahan disebabkan perantaraan juz'iyyah sebahagian kecil daripada Sayyid al-Awwalin wal Akhirin, ke atasnya dan ahli keluarganya semoga dilimpahkan selawat. Ya ! lidah siapakah yang dapat menceritakan dengan terperinci manqabat perbuatan baik mereka dan mahmadat perkara yang selayaknya dipuji dari diri mereka ? disebabkan tiada yang berani melakukannya, maka kami cuba memberanikan diri untuk menceritakan bab ini supaya pujian kami terhadap mereka itu menjadi sebab kebahagiaan kami sendiri bahkan hanya dengan memuji merekalah diri kami juga akan mendapat pujian dan kami juga ingin menzahirkan mawaddah kasih sayang terhadap mereka yang adalah kasih terhadap mereka itu adalah perintah daripada Allah.


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan orang yang mencintai mereka dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin ke atasnya dan keluarganya selawat dan salam.

Orang yang membawa surat yang sedang dibaca ini ialah Sayyid Ahmad, dia ini adalah termasuk dalam golongan Saadah, sekumpulan penuntut ilmu dan termasuk dalam jemaah orang-orang soleh.

Sungguh dia telah menghadapi had batasannya kerana hidupnya yang berterusan susah. Jika pintu keluhuran itu masih memiliki ruang, maka orang yang diberi isyarat tadi itu layak diberikan pandangan perhatian dan pertolongan lagi dia itu tersangatlah berhak untuk itu. Jika pintu keluhuran yang tinggi itu sudah tidak memiliki ruang, maka serahkanlah dia kepada seseorang yang mukhlisin agar dia menjadi tenang tenteram dalam kehidupannya. 

Tatkala daku yakin padamu, maka daku mengutus surat ini padamu, kerana kamu sering memberi perhatian yang sempurna dalam menguruskan urusan orang-orang faqir dan berhajat. Demikian lagi,  kerana kamu sering memberi tumpuan yang khusus untuk menolong para saadah yang besar, maka sebelum kami menghantar surat ini, kami sendiri telah menyunting perkataan-perkataan di dalamnya dan apa yang telah disebutkan, walaupun dalam keadaan dia tidak gembira dengan apa yang ditulis. Hal itu tampak tatkala dia hendak pergi, dia tidak gembira sebagaimana gembiranya seseorang yang mendapat rukhsah keringanan. Sifatnya sebegitu tiada lain adalah kerana dia itu termasuk dalam golongan orang yang mukhlisin.


semoga Allah سبحانه mengurniakan kita istiqamah dan ikhlas untuk mencintai mereka.

Berlebihan daripada ini hanya akan membuat surat ini menjadi panjang.


siap terjemah

16 Rajab 1446 Hijrah, 5:11 petang, Khanqah Naqshabandi, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...