Maktub surat yang keempat puluh dituliskan juga kepada Syaikh Muhammad Al Jatri pada menerangkannya untuk mencapai keikhlasan yang mana ikhlas itu ialah satu Juzuk bahagian dari tiga bahagian yang terdapat dalam hukum syariat. Surat ini juga untuk menjelaskan bahawa Tariqat dan Haqiqat itu adalah Khadim kepada Syariat, yang mana dengan kedua itu akan menyempurnakan Juzuk bahagian yang satu ini iaitu Ikhlas dan yang semisal sedemikian.
نحمده ونصلي على نبيه ونسلم
wahai si dia yang dikhidmati : sungguh diriku telah diberikan pengetahuan setelah mengharungi manazil persinggahan suluk dan maqamat jazbah, bahawa tujuan daripada persiaran suluk ini adalah untuk menghasilkan maqam ikhlas. Ikhlas itu akan terhasil bergantung dengan hasilnya fana ilahi tuhan kepada Afaqiyyah dan Anfusiyyah. Ikhlas seperti inilah ialah satu juzuk daripada syariat.
Sesungguhnya syariat itu sendiri memiliki tiga juzuk bahagian iaitu ilmu, amal dan ikhlas. Seterusnya, Tariqat dan Haqiqat itu adalah khadim yang membantu Syariat untuk menyempurnakan bahagiannya yang satu itu, iaitu ikhlas dan inilah fakta yang sebenarnya.
Akan tetapi, setiap orang tidak ingin memahami tentang yang sedemikian itu dan kebanyakan orang di dunia ini berpuas hati dengan mimpi dan imaginasi dan hanya berpuas hati dengan kacang walnut dan pisang.
apa yang mereka boleh dapat dari kesempurnaan syariat itu sedangkan mereka tidak mencapai haqiqat Tariqat dan Haqiqat. Mereka menyangka bahawa syariat hanyalah kulit dan haqiqat adalah isi sedangkan mereka tidak tahu apakah haqiqat sebenar urusan ini. Bahkan, mereka itu tertipu dengan perkara karut marut dari kalangan ahli sufi dan mereka tergila-gila dengan ahwal dan maqamat Sufliyyah yang tingkat bawah.
Semoga Allah سبحانه memberi petunjuk kepada mereka akan jalan yang lurus.
والسلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
siap terjemah,
11 Rejab 1446 Hijrah / 11 January 2025 Masihi
5:46 petang, Khanqah Naqshabandi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan