Maktub surat yang kelima puluh tujuh dituliskan untuk Syaikh Muhammad Yusuf tentang sebuah nasihat
semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kamu istiqamah di atas jalan nenek moyang kamu yang mulia dengan kehormatan Sayyid al-Mursalin penghulu sekalian rasul, ke atasnya dan ahli keluarganya selawat dan salam.
Hendaklah diketahui, kedaulatan, kepimpinan, dan kekerabatan adalah harta warisan yang terdapat dalam kalangan kamu. Seharusnya, kehidupan dan pergaulan kamu berlandaskan jalan yang mudah bagi kamu melayakkan diri untuk mendapatkan warisan itu.
Apa yang daku maksudkan ialah, hendaklah kamu mengelokkan zahir kamu dengan zahir syariat dan menghiasi batin kamu dengan batin syariat, terhiasnya batin dengan syariat itulah ungkapan dari haqiqat. Sesungguhnya, tariqat dan haqiqat itu adalah dua ungkapan daripada Haqiqat Syariat.
Dan yang mengatakan tariqat sahaja satu-satunya diri sebenar haqiqat syariat, sedangkan dia menganggap tariqat beserta haqiqat adalah dua perkara yang berlainan. Maka,i'tiqad seperti ini adalah i'tiqad para mulhid dan zindiq.
menurut sangkaan faqir terhadap kamu, kamu adalah orang yang sangat baik, jadikanlah beberapa fakta itu sebagai saksi kepada makna ucapan ini. Daku juga telah menceritakan sedikit sebanyak fakta itu kepada ayah kamu yang mulia.
Akhir sekali apa yang ingin daku sebutkan, adalah Syaikh Abdul Ghani itu seorang lelaki yang dipenuhi dengan kesolehan dan berakhlak mulia. Jadi, sekiranya dia datang untuk berkhidmat padamu dalam satu urusan, maka berikanlah perhatian kepadanya.
والسلام والإكرام
siap terjemah
19 Rajab 1446 Hijrah, 8:28 pagi, Khanqah Naqshaband, Keningau, Sabah, Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan