Isnin, 26 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Ke 218 Jilid 1

MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 218 JILID 1

Maktub yang kedua ratus lapan belas dituliskan untuk Mulla Daud pada menerangkan perlunya untuk memelihara adab-adab kepada Syaikh Tariqat

Telah tiba surat sharif yang mulia daripada saudara yang mulia iaitu Mulla Daud dan layak untuk mendapat pujian. Al Haq سبحانه telah menjadikan zahir dan batinnya suci dan terhias dengan perkara-perkara yang boleh mendapat keridhaan, dengan kehurmatan Nabi dan keluarganya yang mulia ke atas mereka selawat dan salam.

Hal yang perlu diusahakan ialah ketiadaan jatuh dalam kemalasan untuk mengulang-ngulang zikir pada Qalb dan istiqamah tetap atas jalan Para Akabir قدس الله أسرارهم untuk mendapatkan pelbagai Tawajjuhat daripada diri mereka.

Maka bila mana datangnya satu kegelapan dan sebuah suasana yang tidak elok yang tidak dapat dielakkan maka cara penyembuhannya tiada lain adalah dengan kembali, tunduk dengan rayuan, pergi dan pulang ke sisi Al Haq yang suci جل سلطانه. Tawajjuh yang sempurna kepada pembimbingnya ialah  wasilah yang dapat menyampaikan kepada terhasilnya Daulat ini. Maka hendaklah memelihara adab-adab yang dapat menyampaikan kepada Daulat yang agung ini, begitu jugalah sepatutnya perlu memelihara adab kepada perkara yang dapat menghasilkan Hudhur dan Ghaibat.

Hendaklah menjadikan keridhaan daripada mereka semua iaitu Para Kabir sebagai wasilah kepada menghasilkan keridhaan Al Haq سبحانه dan inilah dia sebenarnya jalan kelepasan dan kejayaan.

Wassalam


*Siap diterjemahkan oleh faqir Azmye bin Asli pada 21 Safar 1446 Hijrah bersamaan 26 August 2024 di Hospital Baru, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...