Khamis, 29 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 123 Jilid 1




MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 123 JILID 1

Maktub yang keseratus dua puluh tiga dituliskan untuk Mulla Thahir Al Badakhshi pada menerangkan bahawa perlaksanaan amalan Nafil walaupun amalan berhaji, amalan tersebut dianggap tidak berguna apabila dia biasa mensia-siakan satu amalan fardhu dari sekian banyak fardhu.

Telah sampai surat dari saudaraku yang mendapat petunjuk. Mudah-mudahan dia sentiasa dalam keadaan suci daripada kotoran segala Ta'aluqat sepertimana namanya Thahir yang suci.

Wahai saudara, sungguh telah datang dalam sebuah perkhabaran, bahawa tanda Allah تعالى tidak mempedulikan seorang hamba itu ialah sibuknya dia pada perkara yang tidak berguna dan sibuk melakukan amalan nafil daripada sekian banyak amalan nawafil serta meninggalkan satu amalan fardhu daripada fardhu-fardhu yang lain. Segala amal perbuatannya itu termasuk dalam perkara yang tidak berguna. 

Maka hendaklah kau selidiki semua Ahwal keadaanmu, supaya kau dapat mengetahui kesibukanmu pada amal yang mana, amal nafil atau fardhu dan berapakah amalan yang terhalang kerana melaksanakan haji nafil sedangkan amal itu dapat saja diusahakan untuk dijaga.

Maka sayugianya seorang yang berakal itu memerhatikan dengan perhatian yang mendalam, cukuplah untukmu isyarat petunjuk ini.

والسلام عليكم
Salam keselamatan keatas kamu dan rakan-rakan kamu.


Siap diterjemahkan pada 25 Safar 1446 Hijrah bersamaan 29 August 2024 Masihi. Keningau, Sabah, Malaysia. 21:17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...