Sabtu, 31 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 188 Jilid 1



Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 188 Jilid 1


Maktub yang keseratus lapan puluh lapan dituliskan kepada Khawajah Muhammad Shiddiq Al Badakhshi pada menghuraikan kemusykilan masalah-masalah yang telah ditanyakan

Telah tiba surat dari saudara yang mulia, didalamnya terdapat pertanyaan tentang tiga perkara. Wahai Muhib pecinta yang dikasihi, hendaklah difahami bahawasanya tersembunyinya sebahagian Lathaif pada Martabat kedudukan Qalb ialah sebuah ringkasan kepada beberapa Lathaif yang mana kesemuanya itu telah terhimpun dalam Qalb.

Ringkasan itu bukan bererti bahawa Qalb telah dapat bersiar dalam Lathaif tertentu itu yang mana kesemuanya terhimpun di dalam martabat Qalb.

Sesungguhnya persiaran Qalb tidak membawa apa-apa makna pun kepada sebab tersembunyinya Lathaif itu pada Maqam Qalb

Yang kedua, bahawa orang yang memiliki Isti'dad kesediaan dalam menempuh Martabat Qalb atau Ruh, maka Syaikh yang Shahib Tasharruf akan dapat menilai kemampuannya sehinggalah dia dapat sampai kepada Martabat Fauqaniyyat. Tetapi urusan ini memiliki perincian yang dalam dan tidak boleh diceritakan sekarang kerana sukar untuk meluahkannya dalam tulisan.

Yang ketiga, bahawasanya Zhahir apabila tercelup dalam warna Bathin, dan apabila Bathin tercelup dengan warna Zhahir, maka pada ketika itu tidak akan ada lagi kesukaran buat menzahirkan Ahkam ketetapan Zhahir pada yang Bathin dan tampaklah Ahwal Bathin pada yang Zhahir.

والسلام

Siap diterjemahkan pada 27 Safar 1446 Hijrah, 10:47, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...