Sabtu, 31 Ogos 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 141 Jilid 1



MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT YANG KE 141 JILID 1

Maktub yang keseratus empat puluh satu dituliskan kepada Mulla Muhammad Qilli pada menjelaskan bahawa tunjang pada pekerjaan ini adalah Mahabbat kecintaan dan keikhlasan


Semoga Allah سبحانه وتعالى memberi nikmat kepada kami dan kamu juga dengan Taraqqiyat kemajuan dengan sebab kehormatan Sayyidul Mursalin Penghulu sekalian Rasul عليه وعلى آله الصلوات والتسليمات

Wahai Muhib pecinta, sungguh kamu sudah tidak lagi menuliskan surat tentang Ahwal keadaan Qalb yang terhasil pada diri kamu buat beberapa ketika sehinggalah kami meneliti surat kamu dahulu yang menceritakan tentang kaifiyatnya. 

Hendaklah kamu terus menuliskan tentang urusan ini juga secara saksama, kerana dengan menuliskan surat itu menyebabkan dapatnya pandangan Tawajjuh yang Ghaib.

Tunjang urusan ini dengan adanya Mahabbat kecintaan dan keikhlasan. Tidak perlu bersedih sekiranya tidak dapat diketahui akan terhasilnya Taraqqi kemajuan, kerana apabila telah kekal istiqamah berterusan dalam keadaan ikhlas maka perkara itu akan memudahkan bagi sekalian urusan-urusan sepanjang usia pada setiap ketika.

والسلام

Siap diterjemahkan 26 Safar 1446 Hijrah, 16:31, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...