MAKTUBAT IMAM RABBANI SURAT 241 JILID 1
Maktub yang kedua ratus empat puluh satu dituliskan kepada Maulana Muhammad Shalih pada menjelaskan Taraqqi kemajuan sebahagian Ashab rakan-rakan
Setelah mengucapkan pujian dan selawat adalah dimaklumkan kepada saudara yang mendapat petunjuk bahawa Ahwal keadaan had-had batasan ini wajib untuk dipuji dan rakan-rakan yang berada di sana dalam keseronokan dan kegembiraan khususnya Maulana Muhammad Shiddiq. Sesungguhnya dia telah mendapat kemuliaan dalam beberapa hari ini dengan kurniaan Wilayat Khassah dan Tahqiqnya Ism Al Kulli yang meningkat daripada asalnya Al Ism Al Juz'i. Dia telah memandangnya bersama sedemikian itu sehinggalah keatas. Kesemua yang dia perolehi ini adalah dengan 'Inayat bantuan daripada Allah سبحانه .
Mudah-mudahan dia akan cenderung untuk Ruju' kembali setelah terhasilnya peluang yang melimpah ruah ini daripada sana dan sesungguhnya Allah telah mengkhususkan rahmat-Nya buat mereka-mereka yang Dia ingini.
Maka sayugianya, hendaklah kamu menulis Ahwal keadaan kamu dan Ahwal keadaan rakan-rakan yang telah masuk ke dalam Tariqat ini dan juga Ahwal kesemua mereka yang ingin masuk dalam Tariqat ini sekarang dan hendaklah juga kamu menetap tinggal disana dalam beberapa hari lagi.
Wassalam
Siap diterjemahkan pada 21 Safar 1446 Hijrah di Hospital Baru, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan