Maktub Kesembilanbelas
Tentang menyerahkan sebahagian yang memerlukan majikan. Hadhrat Mujaddid قدس سره telah menuliskan surat ini juga untuk Syaikhnya mulia.
Permohonan daripada khadim yang hina, telah datang seorang tentera dan dia telah memberitahu bahawa majikan pekerja para Fuqara akan tiba di Dehli, Sirhind tidak lama lagi, yakni majikan yang dapat memberikan pekerjaan buat mereka. Askar itu telah dihalang daripada bertemu Tuan syaikh, jadi daku sendiri merujuk ke hadapan Hadhrat Tuan Syaikh yang tinggi kerana waktu musim luruh tidak lama lagi akan habis lalu mereka (para Fuqara) akan dihantar kepada orang yang memerlukan setelah musim luruh benar-benar telah selesai. Atas dasar ini daku memberanikan diri menuliskan permohonan ini. Jika perkhabaran ketibaan majikan ini benar, hendaklah disuruh pembawa surat ini memisahkan seribu taka atas nama Syaikh Al Hafiz Abil Hasan iaitu seorang ahli ilmu dan seribu taka lagi dipisahkan atas nama Syaikh Al Hafiz Shah Muhammad iaitu seorang yang dilantik menjadi wakil Syaikh Nawab. Keduanya masih hidup lagi sihat, tiada apa yang perlu diragukan daripada mereka berdua. Setiap satu dari mereka berdua telah mengirimkan wakil yang boleh dipercaya dan boleh diharapkan di Sirhind.
*Telah diterjemahkan pada 2 Zulhijjah 1445 Hijriah 7 June 2024 Masihi pukul 7:10 malam di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan