Rabu, 5 Jun 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ketujubelas Jilid Pertama

Maktub Ketujuhbelas

Tentang Ahwal yang berkaitan dengan 'Uruj dan Nuzul. Hadhrat Mujaddid قدس سره الأقداس menuliskan surat ini untuk Syaikhnya yang mulia.

Permohonan daripada Khadim yang hina. Sesungguhnya kawan ini (diri Hadhrat Mujaddid sendiri ) yang terhenti sejak beberapa waktu telah zahir hari kebebasan untuknya. Dia telah naik daripada Maqam itu dengan melalui Uruj, lalu dia turun ke bawah dari Maqam itu. Tetapi tidak dia dapat Nuzul dengan sempurna. Kawan-kawan lain yang berada di bawah Maqam ini, mereka juga telah 'Uruj dan mereka telah memberi Tawajjuh untuk Nuzul daripada jalan Maqam Fauqani tersebut. Setiap kaifiyat yang terzahir setelahnya kami akan menuliskannya. Tapi jika Shahib Mu'amalat tuan empunya urusan yang menuliskan tentang suatu Ahwalnya setelah berlaku Inkisyaf ketersingkapan, maka itu lebih baik. Bila Nuzul yang berlaku ini tersangat kuat dan mendesak, maka telah berlakulah keatas tubuh Faqir ini kelemahan sehingga perlu untuk makan julab, daku tidak dapat menyibukkan diri untuk menuliskan tentang urusan Nuzul ini dan tidak juga daku dapat melihat kesempatan untuk menuliskannya. Mungkin akan datang Faqir akan menceritakannya. 

إن شاء الله تعالى

*Telah diterjemahkan pada 29 Zulqa'dah 1445 Hijriah bersamaan 6 June 2024 Masihi pukul 11:15 pagi di Kampung Kadalakan, Jalan Banjar, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...