Jumaat, 7 Jun 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Keduapuluh Jilid Pertama

Maktub Keduapuluh 

Tentang menyerahkan sebahagian yang memerlukan majikan. Hadhrat Mujaddid قدس سره menuliskannya kepada Syaikhnya yang agung.

Permohonan daripada khadim yang hina ini. Telah terjadi kekeliruan waktu untuk daku hadir berkhidmat ke hadapan Tuan Syaikh yang tinggi kerana masih menguruskan bahagian pekerjaan untuk ibu Habibullah As Sirhind, isterinya dan khadim-khadimnya yang lain yang telah daku sebutkan kesemuanya dalam surat yang lalu. Jika pekerjaan yang disyaratkan ini sampai kepada mereka di Dehli maka mereka itu akan menyuruh Maulana 'Ali untuk menerimanya bagi pihak mereka semua. Kerana sebahagian mereka yang memerlukan kerja itu datang dengan menggunakan wakil, sebahagian lagi datang dengan diri sendiri tanpa wakil. Jika tiada tempat pekerjaan mereka itu di Dehli, maka disyaratkan untuk mereka hidup, mampu berdiri dan sihat untuk dibawa bekerja ke tempat lain. Berlebihan menceritakannya akan memanjangkan surat ini.

*Telah diterjemahkan pada 2 Zulhijjah 1445 Hijriah 8 June 2024 Masihi pukul 2:54 petang di Surau An-Nur, Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...