Maktub Keduabelas
Pada menerangkan tentang berlakunya Fana' dan Baqa, penzahiran wajah (aspek, ciri-ciri, rupa, gambaran) yang Khas pada segala suatu, Haqiqat Sair Fillah, Tajalli Zati Al Barqi dan lain-lainnya. Hadhrat Mujaddid قدس سره menuliskan surat ini kepada Syaikhnya yang agung.
Permohonan dari hamba yang hina, Ahmad, ingin menyampaikan permohonannya kepada Hadhrat Tuan Syaikh puncak segala kehormatan. Bahawa permohonan yang diinginkan darinya itu tiadalah dapat dia berikan disebabkan banyaknya kecuaian dirinya.
ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Fana' Fillah dan Baqa Billah itu telah disingkapkan oleh Al Haq سبحانه dengan 'Inayat dari-Nya. Kini menjadi nyatalah tentang apakah itu wajah yang khas pada segala suatu, apakah makna dari Sair Fillah, apakah itu Tajalli Zati Al Barqi, siapakah dia Muhammadi Mashrab, dan apa-apa yang serupa dengan sedemikian. Dia telah mendapat maklumat pada setiap Maqam kerana Lawazimnya (kebiasaan-kebiasaan) dan Dharuriyyatnya (terlalu biasa) berada pada Maqam itu. Pada Maqam itu terlihat juga adanya tempat persinggahan. Semua yang telah diceritakan oleh para Auliya' Allah tentang Maqam ini telah disingkapkan semuanya sehingga tiada yang tinggal kecuali cuma sedikit saja. Tiada lah apa yang diceritakan Para Auliya Allah itu melainkan daku telah diperlihatkan dan diajarkan ilmu tentangnya sebelum-sebelum ini lagi tanpa 'Illat. Daku juga melihat zawat zat-zat segala Asya' bagaimana ia dijadikan dan daku juga melihat Asal Qabiliyyat dan Isti'dad bagaimana ia dijadikan dan diciptakan. Allah سبحانه tidak boleh ditsabitkan (ditakdirkan, dihukumkan) pada dirinya Qabiliyat. Kerana tidak patut bahawa ditakdirkan keatas Allah suatu pun.
Kami tinggalkan permohonan ini daripada menjadikannya panjang lebar.
Seseorang itu tidak sedar bilakah masanya telah meninggalkannya.
*Telah siap diterjemahkan pada 26 Zulqa'dah 1445 Hijriah bersamaan 3 June 2024 Masihi pukul 2:14 petang di Surau An-Nur Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan