Isnin, 14 Oktober 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat 94 Jilid 1

Maktub surat yang ke sembilan puluh empat dituliskan untuk Khudhor Khan Al Ludi pada menjelaskan tentang perlunya seseorang itu memiliki aqaid pegangan kepercayaan yang benar dan melaksanakan amal perbuatan yang baik agar dia mampu terbang ke Alam Haqiqat dengan kedua sayap ini.


Semoga Allah سبحانه mengurniakan rezeki kepada kamu dengan istiqamah ketetapan atas jalan syariat musthofawiyyah ke atas shahib pemiliknya selawat, salam dan penghormatan. Sayugianya, perkara yang pertama sekali kena ada pada diri seorang manusia itu ialah Aqaid yang sah mengikut ketetapan pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah yang betul, yang mana mereka itulah tempat yang selamat. Seterusnya, seorang manusia itu hendaklah melakukan amal perbuatan yang baik iaitu perkara yang diwajibkan oleh hukum hakam fiqhiyyat.

Sesungguhnya, perkara yang dapat membantu seseorang itu dalam melakukan semua ini adalah Taufiq Ilahi setelah mempelajari hukum hakam yang fardhu, sunnat, wajib, mustahab, halal, haram, musytabihat.


Setelah terhasilnya dua sayap ini iaitu Iktiqad dan Amali, maka barulah boleh terbang menembus ke sisi Alam Haqiqat.

Tanpa terhasil dua perkara yang dapat membantu ini, maka mustahil untuk terbang menuju ke sisi Alam Haqiqat.

Syair

ومن المحال السير في طرق الصفا
يا سعد من غير اتباع المصطفى

Sebahagian daripada perkara yang mustahil adalah berjalan untuk menuju jalan-jalan kesucian

Wahai Sa'ad, tapi jalannya itu bukan dengan Ittiba' Musthofa ﷺ 

Semoga Allah سبحانه meneguhkan kami dan kamu atas mengikutinya ﷺ ke atas dirinya dan ahli keluarganya selawat dan salam.

*Siap diterjemahkan oleh alfaqir lagi haqir pada 11 Rabi'us Tsani 1446 Hijrah bersamaan 14 Oktober 2024, 15:22, Kampung Kota Ayangan, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...