Sabtu, 26 Oktober 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat 28 Jilid 1

Maktub Imam Rabbani surat yang kedua puluh lapan dituliskan juga untuk Khawajah 'Amak pada menjelaskan tentang ketinggian Hal tetapi menggunakan 'ibarat yang tidak jelas pada ketika Tanazzul turun dan Taba'ud jauh

Aku sungguh gembira dengan datangnya surat daripada kamu yang mukhlis pada sisi kedermawanan, surat tersebut telah pun selamat sampai ke sini. Aku sungguh telah menerima kemuliaan disebabkan dapat membacanya. 

Apakah nikmat yang lebih besar selain daripada dapat memperingati orang tawanan yang telah dimerdekakan dan apakah daulat yang lebih agung selain daripada daulat perhatian bagi orang yang telah sampai dalam keadaan tidak dipeduli. Sedangkan orang yang tidak dipeduli itu ialah seorang yang lemah pada ketika dia tidak mendapati sebarang kemampuan pada dirinya untuk sampai.

Dia telah memilih kemalasan di Zawiyah yang terabai tanpa paksaan dan dia telah lari daripada mendapatkan Qurb penghampiran. Dia juga merasa lapang dengan kejauhan dan merasa tenang dengan Infishal keterpisahan daripada Ittishal ketersambungan pada ketika dia telah melihat ahli tawanan lain memilih kebebasan sebagai usaha seorang tawanan yang terhutang budi.

Syair :

اذا ما اراد الطمع مني مالكي
لقلت على رأس القناعة أحجار

Apabila seorang yang tamak ingin untuk medapatkan kerajaanku dari diriku,
Maka aku katakan atas puncak Qana'ah, jagalah kerajaanku.

Untuk apa aku memeningkan kepala kamu berlebih-lebihan dengan menggunakan 'ibarat yang tidak memiliki hubungan dan isyarat yang tidak biasa digunakan. 

Semoga Allah تعالى mengukuhkan pendirian kami dan kamu juga dalam mengikuti Penghulu Sekalian Rasul عليه وعلى آله من الصلوات أفضلها ومن التسليمات أكملها

*** Siap diterjemahkan pada 23 Rabi'us Tsani 1446 Hijrah bersamaan 27 Oktober 2024 Masihi pukul 6:43 pagi di Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...