Ahad, 21 Julai 2024

Maktubat Imam Rabbani Surat Yang Ke 88 Jilid 1

Maktub Yang Ke 88 Jilid 1

Maktub yang kelapan puluh lapan dituliskan untuk Yahlawan Mahmud pada menjelaskan keutamaan beruban dalam mengusahakan iman dan kebaikan, juga nasihat untuk membiasakan diri dalam keadaan Khauf ketakutan pada usia muda dan Roja' ketika lanjut usia.

Semoga Allah سبحانه menjadikan kamu dawam sentiasa bersamanya. Apakah nikmat yang lebih agung daripada seorang yang mengusahakan iman dan kebaikan sehingga rambutnya beruban seperti yang datang dalam hadith nabawi ke atasnya shalawat dan salam ; 

"Barangsiapa yang beruban dalam islam, maka diampunkan dosanya."

Seharusnyalah setelah seseorang itu beruban, dia hendaklah menguatkan lagi sisi Roja' pengharapannya dan membiasakan diri untuk Zhan Maghfirah bersangka baik mendapat keampunan kerana Khauf ketakutan sepatutnya sudah berlebihan pada ketika usia remajanya. 

Jadi, pada ketika lanjut usia, tiada apa yang penting melainkan menguatkan pengharapan.

Semoga dikurniakan kesejahteraan pada awal dan akhir.

*Siap diterjemahkan pada 16 Muharram 1446 Hijrah bersamaan 22 July 2024 Masihi pukul 2:36 petang di Khanqah Naqshabandi, Maahad Daarus Sa'aadah, Keningau, Sabah, Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Maktubat Imam Rabbani 69 Jilid 1

Surat keenam puluh sembilan dituliskan untuk Khan Khanan pada menerangkan bahawa dengan tawadhu rendah diri itu pasti akan mendapatkan ketin...