Maktub Kedua Ratus Dua Puluh Tiga
Kepada Khwajah Jamaluddin Husain Al Kulabi pada mendesaknya agar mendedahkan ahwal kepada Syaikhnya.
Saudara Khwajah Jamaluddin Husain sudah lama tidak memberikan khabar tentang kaifiyat ahwalnya. Adakah dia tidak pernah mendengar bahawa Masyaikh Kubrawiyah apabila murid tidak menyampaikan laporan kepada Syaikhnya tentang ahwalnya selama tiga hari, mereka akan mengajarkan murid itu adab disiplin, yang telah berlalu biarlah telah berlalu. Maka murid itu tidak akan melakukan perangai yang sama buat kali kedua bahkan dia akan menuliskannya setiap kali berlakunya ahwal. Hendaklah dia mengambil peluang terhadap ketibaan saudara yang mulia dan bersungguh-sungguh untuk berkhidmat dan memenangi fikirannya serta beriktiqad bahawa persahabatan dengannya adalah suatu perkara yang dicintai.
“Kepada kamu inilah khazanah yang diingini.”
*Telah siap diterjemahkan pada 10 Zulhijjah 1445 Hijriah bersamaan 17 June 2024 Masihi pukul 4:22 petang di Surau An-Nur, Kampung Kadalakan, Keningau 89008, Sabah, Malaysia.
%20An%20elderly%20Mullah%20seated%20under%20a%20tree%20with%20a%20musician%20and%20devotees,%20India,%20Delhi,%20circa%201800.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan